SPECIAL ADS

6 Oktober 2014

Bukan Melayu enggan dukung identiti Melayu

Prof Datuk Dr Teo Kok Seong berkata dengan wujudnya sekolah jenis seperti SJKC, generasi akan datang akan mempunyai jati diri yang berbeza-beza dan gagal menguasai bahasa Melayu dengan baik. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 Oktober, 2014.
Namun, ia masih gagal diterapkan di Malaysia ekoran keengganan kaum bukan Melayu mendukung identiti Melayu, kata Prof Datuk Dr Teo Kok Seong menurut laporan Utusan Malaysia.

Felo Utama Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia itu berkata, kaum Baba dan Nyonya sudah membuktikan yang walaupun mereka identifikasi diri mereka dengan budaya Melayu, identiti asal mereka tetap terpelihara.

"Inilah bentuk perpaduan sempurna, mereka mendukung identiti Melayu tanpa merasa kehilangan identiti asal mereka," katanya di dalam laporan itu hari ini.

"Namun apa yang berlaku sekarang, kaum bukan Melayu tidak sanggup mendukung identiti Melayu, mereka hanya mahukan identiti mereka sahaja. Bukan tidak boleh. Negara kita dibina atas asas kemajmukan, sebab itu kerajaan membenarkan sekolah pelbagai aliran.

"Perlu ada perimbangan, tidak bolehlah hendak mendukung jati diri ektnik mereka sahaja sehingga bahasa kebangsaan pun tidak mahu dipelajari," dia dipetik berkata dalam akhbar milik Umno itu.

Umno Bahagian Petaling Jaya Utara semalam menyarankan perwakilan parti itu membahaskan dalam perhimpunan agung tahunan akan datang isu sama ada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) perlu dikekalkan atau dimansuhkan kerana ia didakwa dijadikan alat menabur sentimen anti-kerajaan.

Timbalan ketua bahagian, Mohamad Azli Mohemed Saad berkata perhimpunan itu ialah platform sesuai membahaskan perkara itu dan sama ada pengambilan murid serta tenaga pengajar Melayu dan India perlu ditingkatkan ke tahap 60%.
"Tindakan ini amat penting kerana tidak ada negara lain di dunia ini yang mengamalkan sistem pendidikan dua aliran.
"Sistem pendidikan di peringkat rendah dan menengah mesti di bawah satu payung sahaja," katanya kepada Mingguan Malaysia semalam.
Teo berkata sistem persekolahan peringkat awal di Malaysia terdedah kepada 7 aliran iaitu sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan, sekolah agama, sekolah persendirian Cina yang tidak tertakluk kepada sukatan pelajaran ditetapkan kerajaan, sekolah swasta, sekolah antarabangsa dan belajar di rumah.

Katanya dengan pelbagai aliran berkenaan akan wujud generasi akan datang yang mempunyai jati diri yang berbeza-beza dan gagal menguasai bahasa Melayu dengan baik.

"Apa erti kerakyatan mereka jika hendak dibandingkan dengan pendatang asing yang baru beberapa bulan menetap di sini tetapi sudah boleh menguasai bahasa Melayu? TMI

Tiada ulasan: