Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tegurannya kepada kerajaan sebelum ini dapat dibuktikan dalam pilihan raya sama ada berasas atau tidak.
“Jikalau teguran tidak berasas, dan dasar serta pendekatan yang ditegur diteruskan juga, maka sudah tentu kemenangan yang besar akan diperolehi.
“Sebaliknya jika prestasi dalam pilihan raya menjadi lebih buruk maka besar kemungkinan teguran yang dibuat berasas,” katanya.
Menulis dalam blognya hari ini, Mahathir turut berkata, dalam sebuah negara demokrasi, ujian yang terbaik ialah apabila pilihan raya diadakan.
Mahathir turut memberikan contoh apabila kemenangan besar Tun Abdullah Ahmad Badawi pada pilihan raya umum 2004.
Menurutnya, pada PRU-11, perdana menteri kelima itu menang besar tetapi kehilangan lima buah negeri, satu wilayah dan kemerosotan jumlah ahli parlimen BN di dalam dewan rakyat pada PRU-12.
Justeru, Mahathir berkata, pencapaian Najib pada PRU-13 dilihat lebih buruk berbanding Abdullah setelah memberi jutaan wang kerajaan kepada rakyat, membelakangkan Dasar Ekonomi Baru, melayan orang yang tidak hargai layanan, meningkatkan hutang kerajaan dan mendengar nasihat konsultan luar.
"Dengan pencapaian yang buruk ini sepatutnya dikaji semula dasar dan amalan yang jelas tidak baik. Tetapi tidak. Pendekatan diteruskan. Teguran diterima tetapi tidak menukar apa-apa.
"Penegur tidak ingin menjadi penasihat British. Teguran bukan arahan.
"Tetapi mereka yang tidak mengambil iktibar dari pengalaman dahulu yang meneruskan juga pendekatan lama akan didera dengan pencapaian yang sama atau lebih buruk di masa hadapan," kata Mahathir.
Beliau juga menulis, penasihat British kepada raja-raja Melayu sebelum merdeka perlu diterima. MK

Tiada ulasan:
Catat Ulasan