SPECIAL ADS

17 Oktober 2014

Minyak RON95 Lebih Murah Tanpa Subsidi


Berdasarkan penanda aras harga minyak Brent, minyak RON95 kini berharga US$83 setong pada hari ini dan di Malaysia sepatutnya dijual pada harga dibawah RM2.30 per liter.

Kesimpulan yang mengejutkan ini dibuat berdasarkan kepada laporan terbaru oleh AmResearch Sdn Bhd yang dikeluarkan hari ini, yang mengatakan: "Kami menganggarkan bahawa pulang modal dari harga minyak mentah dunia berada pada purata AS$ 84,80 setong sekiranya harga RON95  kekal pada RM2.30 seliter tanpa subsidi kerajaan."

Jika harga minyak Brent terus menurun, sebagaimana yang diramal oleh penganalisis global, rakyat Malaysia sebenarnya membayar cukai ke atas harga petrol RON95 jika harganya kekal pada RM2.30 per liter.

Beberapa tahun sebelum ini, keadaan yang sama seperti ini juga pernah berlaku iaitu apabila harga minyak global menjunam dari paras tertinggi US$140 setong kepada lebih kurang US$30 setong - tetapi harga minyak tempatan masih lagi sama.

Menurut penganalisis, lebih elok kepada rakyat Malaysia sekiranya harga RON95 dibiarkan mengikut harga pasaran daripada menjadi harga kawalan.

Penganalisis ketika dihubungi berkata penurunan harga RON95 dalam masa terdekat ketika harga minyak sedang menjunam ini agak mustahil kerana ini adalah peluang kepada kerajaan untuk menampung kembali lebih kurang RM50 billion yang dibelanjakan sebagai subsidi minyak lebih dari dua tahun lalu.

Sebarang perubahan - mungkin peralihan daripada harga subsidi kepada harga pasaran bagi petrol RON95 dan diesel- boleh berlaku hanya apabila mekanisme harga bahan api yang baru diumumkan, kemungkinan pada bulan Januari.

Menurut AmResearch, kerajaan berhasrat untuk mengapungkan harga minyak RON95 kepada harga pasaran sambil mensasarkan subsidi petrol kepada golongan berpendapatan rendah.

Tiada ulasan: