SPECIAL ADS

11 Oktober 2014

Belanjawan 2015 : Belanjawan Sorong Tarik.



1. Pembentangan belanjawan adalah satu perkara. Namun disana terdapat perkara yang lebih penting iaitu memastikan perbelanjaan negara diurus dengan penuh hemah, berjimat dan bertanggungjawab. Justeru hasil mahsul negara bukan sahaja berbentuk satu pendapatan semata - mata tetapi juga adalah amanah yang perlu ditunai haknya.


2. Berdasarkan corak dan gaya perbelanjaan kerajaan serta pengurusan ekonomi negara sebelum ini, sememangnya sangat merunsingkan rakyat terbanyak. Kerajaan masih gagal membawa formasi seimbang dalam perbelanjaan wang negara serta penjanaan pendapatan supaya menghasilkan Ekonomi Berkat melalui pengurusan Ekonomi Taqwa yang pastinya akan menggandakan perolehan negara dan rakyat terbanyak.

3. Pengurusan Ekonomi Taqwa adalah berorientasikan keadilan dan kesaksamaan dalam agihan kekayaan negara. Mengelak dari ekonomi mungkar seperti riba, monopoli, membazir dan mengabaikan tanggungjawab terhadap hak dan amanah yang perlu ditunai kepada pihak yang berhak memilikinya.

4. Pun begitu, secara positifnya, saya bersetuju usaha kerajaan menambah jumlah rumah mampu milik dan skim pembiayaan perumahan dan ianya baik untuk rakyat khasnya generasi muda yang hari ini rata - ratanya sukar memiliki rumah. Dewan Pemuda PAS Malaysia sebelum ini pernah mencadangkan perkara tersebut dan dimasukkan dalam Dokumen Anak Muda Berkebajikan yang diperjuangkan selama ini.

5. Namun di satu sudut lain, saya lihat masih wujud elemen dan keadaan sorong tarik dalam Belajawan 2015 ini. Satu keadaan dilihat kerajaan menyorong atau menghulur tetapi dalam satu keadaan lain, pula pada subjek yang sama kerajaan dilihat menarik.



Contoh mudah ialah minyak. Kerajaan isytihar tiada GST keatas minyak tetapi realitinya harga minyak RON 95 telah dinaikkan 20 sen se liter ketika mana harga minyak dunia sedang berada pada trend menurun. Sementara contoh kedua ialah GST . SST dimansuhkan namun diganti dengan GST sedang kutipan GST lebih tinggi dari SST.

Nasrudin bin Hassan at Tantawi
MP Temerloh

Tiada ulasan: