SPECIAL ADS

7 Oktober 2014

Harga Minyak Malaysia (Rm2.30) Antara Terendah di Asia Tenggara. Indonesia, Singapura, China, Filipina, Vietnam, Thailand Pun Kalah Dengan Malaysia? Brunei Termurah!

harga minyak malaysia
Harga Minyak Malaysia (Rm2.30) Antara Terendah di Asia Tenggara. Indonesia, Singapura, China, Filipina, Vietnam, Thailand Pun Kalah Dengan Malaysia?  Masih belum terlambat lagi lagi untuk Berita Semasa mengucapkan Salam Aidil Adha untuk semua umat Islam di malaysia amnya. “Salam pengorbanan” untuk semua rakyat di Malaysia. Ehem….
Jikalau mahu dibandingkan dengan lain menteri kabinet di Malaysia, dilihat Ahmad Maslan yang dilihat lebih cenderung untuk tampil ke hadapan dengan “kesetiaan” yang tidak berbelah bahagi sebagai perisai mempertahankan asakan daripada rakyat marhaen yang acapkali terkena kejutan dengan dasar dan tindakan oleh kerajaan Malaysia umumnya dan bosnya Datuk Seri Najib Razak amnya.
Ada yang mengatakan lebih diam daripada berbicara. Jikalau mahu berbicara biarlah bermanafaat kepada orang lain tanpa mengelirukan pemikiran pengikut anda. Mungkin Ahmad Maslan ada alasan tersendiri untuk bertindak sebegitu rupa. Ehemm….
Terbaru, Ahmad Maslan telah menjumpai fakta terbaru yang boleh dikongsikan bersama serta digunakan sebagai senjata dan perisai bagi menghalalkan tindakan pengumuman kenaikan harga minyak baru-baru ini yang mana anda boleh semak kenyataan dan respon balas orang ramai pada paparan di bawah ini :

CGPA Ahmad Maslan
Berita Ahmad Maslan
Facebook Ahmad Maslan
Subsidi Minyak Brunei
Universiti Ahmad Maslan
Video Ahmad Maslan

Perbandingan harga Minyak Minyak Malaysia Vs Harga di Brunei, Singapura, Indonesia, Thailand?
  1. Patutkah kita bandingkan dengan negara-negara yang tidak mempunyai simpanan minyak seperti Singapura, Thailand, Filipina contohnya? Adilkah?
    Keduanya mengapa perlu tukarkan matawang setiap negara ini kepada matawang Malaysia?
  2. Contohnya US$1 = RM3.20. Sepatutnya bandingkan setiap negara itu kepada matawang negara mereka.
  3. Kepada Ahmad Maslan, anda tahukah harga minyak di Brunei hanya serendah BND0.53 seliter sahaja untuk rakyat Brunei? Jikalau pendapatan rakyat Brunei BND1,500 terbebankah mereka dengan kos minyak tersebut?
  4. Dan tidak lupa juga, kepada Ahmad Maslan. Di Brunei kerete pendaftaran Malaysia akan dikenakan kadar harga yang minyak yang berbeza BND1.10. Itu cara mereka layan rakyat mereka dibandingkan warga asing di Brunei. Berbeza antara keistimewaan bergelar rakyat Brunei VS warga asing di Brunei. Bagaiamana pula di Malaysia? Ehem….
  5. Dan akhir sekali, Ahmad Maslan mungkin sudah lupa yang mana minyak RON95 yang berkualiti rendah untuk rakyat marhaen mula diperkenalkan di mana harga minyak RON97 diletakkan pada harga yang premium. Masih ingat lagi Ahamd Maslan?
Untuk melihat bukti harga minyak di Brunei contohnya, anda boleh semak laporan Berita Semasadi bawah ini :
KLIK SINI : Negara Terkaya di Dunia 2014 : Negara Jiran Malaysia, (Singapura RM203,527 & Brunei RM180,171 Tersenarai)
Berita Semasa tidak pasti samada Ahmad Maslan ada masa atau tidak untuk membuat semakan terprinci terlebih dahulu sebelum berkongsi apa yang difikirkan beliau sebagai fakta yang harus dikongsikan bersama follower setia akaun Twitternya. Nah…ini angka yang sebenarnya…
harga minyakKepada Ahmad Maslan, harga petrol yang dikatakan turun pada tahun 2009 itu bukan harga RON97, tetapi adalah harga bagi RON95. Sebelum 2009, petrol yang digunakan bagi majoriti rakyat Malaysia adalah RON 97. Pada 2009 bermulanya plan alternatif penggunaan petrol yang lebih murah iaitu RON95, bagi memberikan kepelbagaian kualiti dan harga minyak kepada pengguna kenderaan di Malaysia
Bukan sebab harga turun, tetapi disebabkan petrol yang digunakan itu berbeza

Sejarah Harga Minyak di Malaysia (2006-2014)?

Harap maaf Datuk Ahmad Maslan, anda telah membuat perbandingan yang tidak sepadan…Ini angka sebenarnya melibatkan tempoh antara 2006 sehingga pengumuman terkini harga minyak di Malaysia
  • 28 Februari 2006 : RM1.92 (naik 30 sen)
  • 4 Jun 2008 : RM2.70 (Naik 78 sen)
  • 23 Ogos 2008 : RM2.55 (Turun 15 sen)
  • 25 September 2008 : RM2.45 (Turun 10 sen)
  • 15 Oktober 2008 : RM2.30 (Turun 15 sen)
  • 1 November 2008 : RM2.15 (Turun 15 sen)
  • 18 November 2008 : RM2.00 (Turun 15 sen)
  • 3 Disember 2008 : RM1.90 (Turun 10 sen)
  • 16 Disember 208 : RM1.80 (Turun 10 sen)
  • 1 September 2009 : RM2.05 (Naik 25 sen)
Minyak RON95 Untuk Rakyat Marhaen Mula Diperkenalkan 2009
  • 12 Mei 2009 : RM1.75
  • 1 September 2009 : RM1.80 (Naik 5 sen)
  • 16 Julai 2010 : 1.85 (Naik 5 sen)
  • 4 Disember 2010 : RM1.90 (Naik 5 sen)
  • 3 September 2013 : RM2.10 (Naik 20 sen)
  • 2 Oktober 2014 : RM2.30 (Naik 20 sen)
Kepada Ahmad Maslan, buka masalah mahal atau tidak. Masalahnya kenaikan harga minyak dan diesel baru-baru ini akan menyebabkan kesan rantaian yang dahsyat di mana akan digunakan sepenuhnya oleh peniaga dan pengusaha yang benar-benar terbeban dengan kos operasi penrigaan mereka dan tidak lupa juga yang akan mengambil kesmepatan, yang mana akhirnya kos bebanan tersebut akhirnya akan dipulangkan semula kepada rakyat marhaen di sini, di sana dan di situ.
harga minyak malaysia
P/S : Ahmad Maslan, mungkin tidak terkesan dengan kos kenaikan harga minyak di Malaysia dengan gaji berbelas ribu sebulan ditambah lambakan elaun dan kemudahan lain, termasuklah pengecualian pembayaran minyak di Malaysia. tetapi bagaiaman pula dengan nasib rakyat marhaen?
PP/S : Mengapa tidak Ahmad Maslan tukarkan kepada matawang USD bandingkan gaji rakyat Malaysia dengan negara luar. Boleh? Erm….
beritasemasa.com.my

Tiada ulasan: