SPECIAL ADS

8 Oktober 2014

Selangor digesa tunai matlamat Langkah Kajang laksana pendidikan percuma

rara3
SHAH ALAM : Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menggesa pentadbiran Datuk Menteri Besar Mohamed Azmin Ali melaksanakan janji pendidikan percuma di Universiti Selangor (UNISEL), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Kolej Antarabangsa Industri Pendidikan Negeri Selangor (INPENS).
Penyelaras Segmentasi Wanita Muda SAMM (Wanita Muda), Young Syefura Othman berkata perlaksanaan pendidikan percuma itu merealisasikan matlamat ‘Langkah Kajang’ yang mahu menukar Menteri Besar terdahulu kerana gagal melaksanakan janji yang terkandung dalam manifesto Pakatan Rakyat.
“Antara slogan ‘Langkah Kajang’ ialah untuk melangkah ke Putrajaya. Sebagai NGO yang mesra PR, suka kami mengingatkan tentang salah satu janji pilihanraya PR ialah Pendidikan Percuma. Isu yang melibatkan anak muda khususnya golongan mahasiswa ini wajar diambil perhatian,” tegas Syefura.
SAMM mahu melihat Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi serta Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad melaksanakan janji itu bersesuaian dengan kemampuan Kerajaan Negeri samada:
1. Pendidikan percuma kepada semua pelajar UNISEL, KUIS dan INPENS, atau
2. Pendidikan percuma kepada pelajar anak selangor di UNISEL, KUIS dan INPENS, atau
3. Pendidikan percuma kepada pelajar miskin di UNISEL, KUIS dan INPENS beserta inisiatif mengesan golongan itu dengan lebih tepat
“Namun sebagai menghormati dasar hak belajar dan pendidikan percuma untuk semua, Wanita Muda mencadangkan supaya ditetapkan kuota bagi memberi keadilan sewajarnya seperti 40 peratus untuk anak Selangor, 30 peratus pelajar-pelajar pintar dari seluruh negara, 20 peratus pelajar pertengahan dari keluarga miskin dan 10 peratus pelajar antarabangsa,” tegas Syefura. SK

Tiada ulasan: