SPECIAL ADS

8 Oktober 2014

Kos sara hidup tumpuan tertinggi rakyat Malaysia untuk Bajet 2015

kos sara hidup

KUALA LUMPUR: Isu kos sara hidup dianggap paling penting dalam kalangan rakyat Malaysia menjelang pengumuman Bajet 2015 pada 10 Oktober nanti.

Dalam satu tinjauan yang dijalankan di laman web Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, didapati bahawa 'Kos Sara Hidup' mendapat pilihan tertinggi dengan undian sebanyak 36,921.

Undian tersebut dijalankan sejak Ogos 2014 menerusi laman mikrowww.najibrazak.com/bajet2015bagi mendapatkan maklum balas berkaitan isu yang menjadi tumpuan menjelang Bajet 2015 Jumaat ini.

Selain 'Kos Sara Hidup', empat kategori tertinggi seterusnya ialah Pekerjaan yang mendapat 22,459 undian, Perumahan dan Kehidupan Bandar (20,478 undian), Pendidikan (13,762 undian) dan Kebajikan Sosial bagi OKU & Golongan Tidak Bernasib Baik (13,738 undian).

Bagi isu Keselamatan Awam & Rasuah pula, ia mendapat 10,759 undian.

Isu itu agak hangat diperbincangkan serta mendapat perhatian susulan pendakwaan terhadap beberapa pegawai tertinggi Jabatan Kastam DiRaja Malaysia oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.

Selain itu, kategori Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), yang menjadi topik perdebatan sejak ia diumumkan pada Bajet tahun lalu, hanya mendapat 10,143 undian.

Kategori lain dalam senarai undian ialah Penjagaan Kesihatan, Persekitaran & Pertanian, Pengangkutan & Infrastruktur, Pembangunan Ekonomi, Kebudayaan dan Pelancongan, Percukaian, Perniagaan dan Kewangan, Perkhidmatan Awam, Pembangunan Luar Bandar.

Kategori yang mendapat undian terendah ialah Belia & Sukan dengan hanya 1,918 undi.

Sementara itu dalam ruangan maklum balas pula, komen daripada Mohd Arif yang meminta supaya harga petrol dikurangkan mendapat sokongan tertinggi oleh rakyat Malaysia.

"Harga minyak petrol kian meningkat. Saya berharap subsidi minyak petrol ini hanya untuk golongan berpendapatan RM5,000 ke bawah. Kos minyak petrol ini meningkatkan perbelanjaan isi rumah," kata komen tersebut.

Komen seterusnya yang mendapat perhatian ialah daripada Abdul Rahman Kamis yang meminta kerajaan memperhalusi pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Selain itu, komen daripada Mohd Shafie pula menyatakan harapan agar Bajet 2015 lebih menitikberatkan kesusahan golongan pertengahan.

Kos sara hidup dijangkaakan diberi tumpuan seriusoleh kerajaan pada pengumuman Bajet 2015 oleh Perdana Menteri Jumaat ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Dr Ahmad Husni Hanadzlah, Ogos lalu yang berkata perkara itu adalah antara 30 inisiatif kerajaan dalam Bajet 2015 dalam usaha membantu mengurangi beban rakyat.

Ia juga merupakanpermintaan golongan belia Gen-Ymenerusi satu sesi Google Hangout bersama astroawani.com, yang mahukan agihan peruntukan lebih adil agar ia memanfaatkan golongan yang benar-benar memerlukannya. Astro Awani

Tiada ulasan: