Serpihan yang dipercayai bangkai pesawat dilaporkan ditemui di pantai Indonesia, namun pihak berkuasa setakat ini belum mengesahkan sama ada ia adalah daripada pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang hilang.
Menurut laporan agensi berita Xinhua itu, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) hari ini berkata, serpihan yang terapung tersebut mungkin telah hanyut menjauhi perairan Barat Australia dan menuju Indonesia.
" ATSB terus menerima maklumat daripada orang awam yang menemui material yang dibawa arus ke pantai Australia dan mereka beranggapan ia datang daripada pesawat MH370.
“Pihak ATSB meneliti semua maklumat itu dengan berhati-hati. Namun berdasarkan model arus yang dikeluarkan Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia, jika ada serpihan yang terapung, ia berkemungkinan besar sudah dibawa arus ke barat, menjauhi garis pantai Australia.”
ATSB yang mengetuai misi pencarian pesawat yang hilang itu di perairan Barat Australia sudahpun menghubungi pihak berkuasa Indonesia.
"Ada kemungkinan serpihan itu dihanyutkan ke perairan Indonesia, dan pemberitahuan sudah disampaikan ke perhatian pihak berkuasa negara itu bagi memeriksa jika benar ada serpihan yang boleh dikaitkan dengan pesawat tersebut,” kata kenyataan daripada operasi pencarian ATSB.
Pada 8 Mac lalu, pesawat MH370 yang membawa sejumlah 227 penumpang dan 12 kru kabin meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 12.41 pagi dan kemudian hilang dari radar sejam kemudian ketika melintasi ruang udara Laut China Selatan.
Pesawat berkenaan dipercayai tersasar laluan lalu berakhir di selatan Lautan Hindi. Operasi pencarian dasar laut kini sedang dijalankan di sebalah barat perairan Australia, iaitu zon yang dikenal pasti oleh pasukan penganalisis.
Menurut ATSB, ketika pesawat MH370 melalui zon tersebut, ia dipercayai telah kehabisan bahan api dan mula terbang rendah.
Fasa baharu pencarian dasar laut telah dimulakan bulan ini dan setakat ini melibatkan kawasan seluas 1,200 kilometer persegi .
Kapal GO Phoenix yang disewa Malaysia dalam misi tersebut kini meneruskan operasi selepas ia singgah di Pelabuhan Fremantle Port di Perth untuk mengisi minyak Selasa lalu.
Kapal tersebut dilengkapi jentera pengesan dasar laut cangggih iaitu 'ProSAS' yang mampu menjalankan pencarian sehingga kedalaman 6,000 meter dan meliputi kawasan seluas 194 kilometer persegi sehari.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan