SPECIAL ADS

17 Oktober 2014

Gadis Pelarian Bosnia Kini Menteri Termuda Di Sweden

KIRA-KIRA 22 tahun lalu, gadis ini adalah pelarian perang dari Bosnia Herzegovina di Sweden, ketika itu beliau berusia lima tahun.
Aida Hadzialic dilahirkan pada tahun 1987 dan merupakan pelajar lulusan undang-undang di Universiti Lund. Pada usianya 23 tahun, beliau menjawat jawatan sebagai Timbalan Datuk Bandaraya Sweden, Hamlstad.
Dan kini, pada usianya 27 tahun beliau merupakan Menteri termuda di Sweden, memegang portfolio Pendidikan Menengah Tinggi Dan Inisiatif Dewasa Sweden.
Menurut Aida, beliau menyertai parti demokrasi sosial kerana tertarik dengan model kebajikan negara itu yang memberikan peluang kepada keluarganya untuk memulakan hidup ketika melarikan diri dari peperangan.
Gadis berjaya ini meminati bidang fotografi sebagai hobinya, menjadikan filem ‘The English Patient’ sebagai filem kegemaran dan menyifatkan penulis Ernest Hemingway sebagai penulis yang terbaik.
Beliau suka mendengar lagu dari Chopin dan Alicia Keys.
MYNEWSHUB.CC

Tiada ulasan: