KUALA LUMPUR 07 Jun : Seorang muslim yang taat menjadikan politik sebagai landasan untuk mendaulatkan syariat dan meninggikan syiar agama Allah swt ini, kata Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan.
Menurutnya, melibatkan diri dengan parti dan terjun ke medan politik bukan suatu tindakan yang main-main.
"Rasa nak masuk, kita masuk dan rasa nak keluar kita keluar. Rasa nak terjun, kita terjun dan rasa nak lompat, kita lompat.
"Sepertilah dunia politik ini tiada Tuhan yang memandang dan malaikat yang mencatat," tulis beliau di Facebook.
Apatah lagi, katanya seorang muslim yang mempunyai aqidah, akhlak dan fikrah yang mana penglibatannya di medan siasah atau politik adalah sebuah perjuangan dan ia memerlukan prinsip yang jelas dan tegas.
Jelasnya, seorang muslim sewajarnya memiliki harga diri dan maruah yang tidak mungkin boleh ditukar dagang dengan nilai mata wang dunia.

Beliau menegaskan, biar berapa taruhannya, perkiraan seorang muslim tidak terhenti di muka dunia bahkan masa depannya di akhirat terlebih aula diambil kira.
Katanya, seorang politikus yang beragama Islam tidak boleh membebaskan diri dari hukum taklifi yang membabitkan dosa dan pahala atau syurga dan neraka.

Tambahnya lagi, biarpun di mercu kuasa dan pengaruh, taqwa dan warak mestilah senantiasa tersemat di jiwanya.
Justeru, tegas beliau seorang muslim yang taat menjadikan politik sebagai landasan untuk mendaulatkan syariat dan meninggikan syiar agama Allah.
Mereka, ujarnya sekali-kali tidak membenarkan diri mereka menjadi kuda tunggangan para banjingan politik yang tidak bermoral dan beretika, apa lagi nilai diri dan harga maruah mereka hanya dijual semurah tiket haram di pasaran gelap.

"Inilah kekotoran sebuah politik kotor yang tidak berpaksi kepada akhlak dan etika dan bertunjangkan prinsip perjuangan," ujarnya lagi.
Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Temerloh mengingatkan ahli-ahli politik kalau berpolitik, biarlah politik itu membina perjuangan dan apabila berjuang biarlah berprinsip tanpa syarat.
"Tentu sahaja penglibatan kita bersama perjuangan ini untuk meninggikan kalimah Allah swt sehingga ia lebih tinggi mengatasi ideologi ciptaan manusia, justeru itu tanggungjawab kita sebagai seorang hamba Allah swt.

"Lantaran itu kita mesti sabar mendepani pelbagai cabaran dan mesti pula tabah menyerap tekanan.
"Kalau kita tidak berani dan tidak pula bersedia, maka usahlah kita berjuang. Sebaiknya tunggu sahaja keputusan dari Allah swt," katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan