04 Jun : Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, Malaysia tidak patut menuruti model Singapura yang mengawal portal atas talian kerana ia melanggar Akta Jaminan Koridor Raya Multimedia (MSC) yang menjamin tiada penapisan internet.
"DAP kesal apabila menteri komunikasi dan multimedia yang baru dilantik Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek memulakan penggalnya dengan memungkiri janji BN sebelumnya untuk tidak menapis Internet, apabila mahukan kawalan ke atas portal atas talian.
"Di mana 'Janji Ditepati' BN?" kata Lim (kanan) dalam kenyataannya hari ini.
MSC dilancarkan pada 1996 oleh perdana menteri pada masa itu Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melonjakkan teknologi maklumat di negara ini. Terdapat sepuluh perkara dijamin, termasuk tiada penapisan Internet.
Ahmad Shabery semalam berkata, kerajaan sedang menimbang untukmengawal portal berita seperti yang dilaksanakan Singapura pada minggu lalu.
Ahmad Shabery berkata kerajaan sedang menjalankan kajian untuk membolehkan pelaksanaannya tidak bertentangan dengan prinsip sedia ada.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan