SPECIAL ADS

4 Jun 2013

Tiada masaalah bahas titah Agong, kata pakar perlembagaan


04 Jun : Pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari berkata, tiada masalah untuk rakyat Malaysia mengkritik titah Yang di-Pertuan Agong dan mempersoalkan keputusan pilihan raya kerana kedua-dua tindakan itu merupakan hak yang dijamin oleh perlembagaan.

"Kita mesti selalu ingat bahawa di negara ini, perlembagaan yang paling tinggi dan semua orang, termasuk Agong, tertakluk kepadanya.

"Tiada seorang pun, termasuk Agong, mempunyai kuasa untuk menafikan hak yang dijamin oleh undang-undang dan perlembagaan negara.

"Ini termasuk hak untuk mempersoalkan keputusan pilihan raya, selama mana ia dibuat menurut perlembagaan," katanya 

Tiada ulasan: