SPECIAL ADS

30 April 2013

Muhyiddin Nujum Pak Belalang!

01 Mei : Nujum Pak Belalang meramal lagi. Kali ini Ramalannya ialah campur tangan asing akan berlaku kalau DSAI jadi PM. Cuma setakat ini belum ada air ajaib yang boleh memaparkan ramalannya.

Kuasa asing menurutnya sudah bersedia campur tangan sebaik saja DSAI ditabalkan menjadi PM. Ramalan cari makan dari Nujum Pak Belalang!

Selain itu, Nujum Pak Belalang juga merujuk kepada lapuran akhbar mengenai ada pemimpin pembangkang(PR) yang menyeru supaya jangan pangkah PAS sebagai kelam kabut di kalangan pembangkang.

Ucapannya disiarkan oleh TV 9 dan mungkin juga TV 3 suku dan lain lain stesyen TV tetapi RTM turut menyiarkan kesepakatan yang dicapai oleh PR di Kota Damansara di mana persetujuan PAS menyerahkan kerusi itu kepada PKR dan PSM.

Dua maklumat berlainan yang ditunjukkan oleh media BN, satu cuba menunjukkan kecelaruan dan satu lagi menunjukkan semangat pemaufakatan yang kukuh dalam PR.

Lapuran akhbar yang dirujuk oleh Nujum Pak Belalang merupakan tulisan di blog timbalan pengerusi DAP Johor yang nampak macam parasit dalam PR tetapi yang kelakarnya, apabila ada seruan dari pemimpin PR yang menunjukkan adanya perbalahan dalam PR disensaikan oleh akhbar BN sementara lapuran mengenai kekuatan dan sambutan rakyat di mana jua adanya PR tidak pula disiarkan.

Lapuran sebegini akan jadi buah mulut orang seperti Nujum Pak Belalang sebagai usaha melembukan rakyat. Kononnya BN yang mampu menyelamatkan negara dari campur tangan asing ini dan kononnya dia mahu menyampaikan mesej kepada pembangkang (PR) bahawa BN betul betul mahu menyelamatkan negara.

Tetapi seperti biasalah, nujum Pak Belalang sekadar menipu sahaja, mesej yang sebenarnya ialah BN mahu membolot terus hasil kekayaan negara dengan menjadikan rakyat hamba yang membayar dengan harga yang tinggi. Kehadiran APCO sudahpun membuktikan ada campur tangan asing dan kehadiran ini terjadi semasa BN memerintah. Sambil itu ada yang kata anak TPM yang akan jatuh kepada warga asing di mana saya tidak pasti mengenainya tetapi saya pasti anak PM sekarang akan jatuh ke tangan warga asing yang dikenali sebagai penjenayah antarabangsa.

Semuga rakyat tidak membeli ramalan Nujum Pak Belalang yang ada niat sepeti Nujum Pak Belalang dalam epik melayu lama, mahu jadi PM (seperti Nujum Pak Belalang purba yang dapat kahwin anak raja)."
 


Oleh: Notan

UMNO Sudah Nyanyuk?


01 Mei : Assalamualaikum Tengah hari tadi ketika menunggu untuk menjemput anak di sekolah, terjumpa rakan yang merupakan seorang ustaz yang mengajar di salah sebuah sekolah di Air Putih, Kemaman dan bertindak sebagai imam di surau berhampiran rumahnya.Katanya hari ini beliau pulang awal kerana ada mesyuarat di PPD dan sebab itu sempat menjemput anaknya yang belajar di pra sekolah tersebut.

Yang menariknya, katanya PPD digunakan habis habisan oleh UMNO dan nampak kepada perkembangan semasa, UMNO macam orang yang dah nak mati.Saya setuju dengan beliau sambil menyifatkan UMNO seperti seorang tua yang sampai ke usia nyanyuk dan berperangai macam budak budak.

Bukan setakat PPD yang digunakan UMNO, tetapi seluruh jentera kerajaan yang boleh digunakan.Bukan setakat masuk pertandingan di PRU 13 tetapi UMNO benar benar mahu menang atau dengan kata lain UMNO tidak boleh kalah.Tetapi UMNO tidak mempunyai apa apa yang boleh ditawarkan kepada rakyat, jadi jalan yang diambil oleh UMNO ialah menidakkan tawaran yang dibuat oleh PR.

Berbagai perkara yang dibangkitkan UMNO semata mata untuk menunjukkan PR tidak layak memerintah sehingga sanggup menjadi pengedar video lucah pada ketika UMNO menafikan penglibatan mereka membikin video tersebut.Memang benarlah kata rakan tadi bahawa UMNO macam orang nak mati, tak perlu pergi jauh untuk melihat apa yang dilakukan oleh PPD, cukup melihat apa yang terpampang di tengah jalan.PR 

memaparkan segala janjinya tetapi UMNO tidak kelihatan walau satupun janjinya tetapi yang boleh dilihat hanyalah kata kata provokasi dan cemuhan kepada PR terutama PAS kalau di Terengganu.

Untuk apa sebenarnya bertanya apa yang rakyat dapat ketika PAS memerintah? Bukankah pemerintahan sudah diambil alih oleh UMNO, bukan sepenggal tetapi dua penggal, jadi kenapa bertanya pasal zaman PAS, senaraikan apa yang rakyat dapat ketika UMNO memerintah? Bodoh tapi sewel atau buang tabiat UMNO ini.Pendek kata UMNO sudah kehabisan modal untuk ditawarkan kepada rakyat dan mula merapu meraban seperti orang tua yang sampai kepada usia nyanyuk dan berperangai macam budak budak.

Apa yang menarik lagi dalam perbualan ringkas dengan rakan ini ialah ketika beliau membangkitkan mengenai gelombang kebangkitan rakyat di Terengganu yang katanya merupakan gelombang kebangkitan dari bawah, sama seperti yang dikatakan oleh MSO walaupun saya lebih melihatnya sebagai silent wave, atau gelombang senyap yang tidak disedari oleh lawan dan rakan rakan yang berada diluar.Selama lima tahun kebelakangan ini saya  berada di tengah tengah gelombang senyap ini dan yakin benar ada perubahan yang ketara di kalangan pengundi atas pagar yang bertukar kepada penyokong PR.

Apapun istilah yang digunakan, yang jelas ada perubahan waima di kalangan pakcik dan makcik di kampung kampung tetapi satu perkara yang masih dibimbangi ialah kelicikan UMNO di saat akhir, Minda orang kampung di persisiran pantai yang ada di Terengganu tidak teguh dan mudah cair dengan sedikit habuan RM dari UMNO.UMNO memang mahir tentang ini sejak adanya wang ehsan lagi.

Berdasarkan perbualan ringkas ini, saya ingin menarik perhatian semua pembaca tulisan saya kepada  perkara utama yang disebut sepanjangan perbualan saya dengan rakan ustaz ini ia itu :

1- Kita sebagai pendakwah harus menerima sesiapa jua yang ingin berubah dan bersama kita tanpa perlu mengunkit kesalahan lalunya.Baginda Nabi tidak pernah mempersoalkan tindakan Syaidina Omar membunuh anaknya ketika zaman jahiliyahnya.Merujuk kepada kesediaan Mat Tyson bersama sama berkempen untk kemenangan kita.

2- Pertolongan ALLAH sampai dalam berbagai bagai bentuk, di samping diberinya kita kekuatan, dijadikan kem musuh porak peranda.Jadi yakinlah dengan pertolongan ALLAH dengan terus bangkit qiam  memohon pertongannya dan bersyukur dengan nikmatnya.

Demikanlah harapan kita dan jangan jadikan gelombang yang berlaku samada bawah atau atas sia sia dan berlalu begitu saja.Inilah peluang terbaik kita dan gunakan peluang terbaik itu sebaik mungkin, jangan sesekali melampaui kuasa ALLAH.

Notan

BN terpalit skandal!!!


01 Mei : Kata-kata hikmat : Untuk membaiki dunia, maka baikilah manusianya. Untuk membaiki manusia, maka terlebih dahulu baikilah hatinya.

Untuk merubah Malaysia kena ubahlah pemimpinnya. Untuk merubah pemimpinnya. Maka rakyatnya wajib berubah. Ini Kali Lah!

Rakyat Malaysia yang tercinta, percayalah selagi umno/BN terus berkuasa dalam politik negeri dan Negara yang kita sayangi ini PERUBAHAN KE ARAH LEBIH BAIK DALAM PENTADBIRAN, PENGURUSAN, PENDIDIKAN, EKONOMI, PERUNDANGAN, SOSIAL, KEBAJIKAN, KESELAMATAN DAN APA JUA TIDAK MUNGKIN akan kita kecapi lagi perubahan terbaik itu untuk rakyat...

Percayalah slogan Rakyat didahulukan hanyalah slogan manis indah umno/BN untuk memperdaya dan memerangkap kita semua...

Betul Rakyat didahulukan dengan beban hidup yang menghimpit hidup rakyat harga MINYAK TERUS MENINGKAT NAIK...harga barangan asas gula, susu, tepong juga naik...

Hutang Negara juga terus NAIK KINI MENCECAH ANGKA YANG AMAT MEMBIMBANGKAN...RM500 billion bukan 500 juta, tapi 500 ribu juta.

PRU 13 pada hari Ahad 5 Mei 2013 inilah peluang rakyat Malaysia untuk berubah bersama para pemimpin Pakatan Rakyat PAS/PKR/DAP untuk Malaysia yang baru, pemerintah Malaysia yang baru.

Dengan sosok peribadi para pemimpin Pakatan Rakyat PAS/PKR/DAP seperti Nik Aziz, Anwar Ibrahim, Haji Hadi, Dr Harun Din, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Husam, Mahfuz, Salahuddin Ayub, Mat Sabu, Azmin, Saifuddin Nasution, Sivarasa, Nurendren, Tian Chua, TS Khalid Ibrahim, Khalid Samad, Dr Dzulkiley, Dr Mariah,Ustaz Idris Ahmad, Ustaz Azizan, Takiyuddin Hassan, Lim Guan Eng, Anthony Loke, Tony Pua, Teresa, Dr Manuty, Mustafa Kamil, Mazlan Aliman, Dr Mujahid Yusof Rawa, Nasrudin Tontowi, Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Ibrahim, Dato' Fauzi Abdul Rahman, Dato Chua Jui Meng, Fauziah Saleh, Nurul Izzah dan lain-lain sebenar lebih berwibawa untuk memimpin dan mentadbir negeri dan Negara Malaysia dengan lebih baik.

Berbanding sosok dan peribadi para pemimpin umno/BN dari Najib, Mahyuddin, Chua Soi Lek, Shafie Afdal, Mahathir, Zahid Hamidi, Noh Omar, Nazri, Azalina Said, Jamil Khair, Mashitah, Koo So Kun, Rosnah Shirlin, Hanifah Aman, Musa Aman, Ahmad Said, Ghani Othman, Isa Samad, Ali Rustam, Dr Zambry, Adnan, Mohamed Hassan, Taib Mahmud dan lain-lain yang dimaklumi majority rakyat terpalit dengan berbagai-bagai isu dan skandal.

Rakyat Malaysia kena bijak dan cerdik. 12 kali pilihanraya tak kan selama-lama masih diperbodohkan.

Andai umno/BN terus berkuasa lagi selepas PRU 13 ini, percayalah kesombongan, keangkuhan dan kezaliman umno/BN juga akan terus-menerus mencengkam kuasa milik rakyat Malaysia.

Rakyat Malaysia akan dipersetankan, rakyat Malaysia akan diperbodohkan lagi, rakyat Malaysia akan menerima banyak lagi beban hidup yang menghimpit kehidupan di dalam semua bidang...

Ya kalian sebagai rakyat Malaysia kurang pendapatan RM3,000 dihamburkan RM500 BR1M, dihambur lagi RM500 BR1M kali kedua, pelajar dapat RM100, mahasiswa dapat baucar buku RM200.

Dianggarkan 5.2 juta rakyat daripada 28 juta rakyat dapat BR1M kali pertama sejak merdeka 56 tahun dulu. BR1M ini cuma bernilai makanan terselit dicelah gigi.

Mereka para pemimpin umno/BN yang tamak dan rakusnya mereka meratah dan menyamun harta rakyat, harta negeri dan Negara melalui nama-nama projek itu projek ini puluh juta untuk seorang keluarga menteri, ada ratus juta untuk keluarga menteri.

Ambil beberapa contoh seperti kes projek lembu yang tak jadi RM250 juta untuk seorang keluarga menteri, projek dibawah kementerian belia seorang anak menteri dapat RM30 juta.

Boleh anda sebagai rakyat yang cerdik dan tak buta hati, tak juga buta akal budi membandingkan rakyat 5.2 juta setiap seorang dapat RM500. Seorang keluarga menteri mungkin ada 5, 6 orang anak dapat atas nama projek kerajaan RM250 juta.

Seorang lagi anak menteri yang memang dah kaya raya dapat RM30 juta atas nama projek kerajaan juga.

Beberapa orang lagi anak bekas perdana menteri menjadi orang terkaya di Malaysia kerana meratah harta rakyat, khazanah negeri dan Negara semasa bapak jadi perdana menteri.

Apa punya umno/BN, mereka ingat wang dan harta negeri dan Negara ini mereka punya anak beranak ka...boleh agih sesuka hati mereka. Sekian banyak untuk anak bini aku jalankan projek kerajaan, sekian banyak lagi kamu agih-agihkan la sesama kamu.

Rakyat tak cemburu menteri, anak menteri mau jadi kaya. Tapi biarlah kaya ikut jalan yang betul. Yang rakyat marah anak-anak kamu kaya raya sebab bapa kamu jadi perdana menteri, jadi menteri, jadi menteri besar, ketua menteri...

Allah Subhanahu wa Ta'ala tunjukkan bukti yang zahir dapat dilihat rakyat, bilamana ada menteri besar umno/BN didapati salah kerana rasuah, nyatalah mereka kaya raya kerana wang haram itu.

Rakyat Malaysia MESTI BANGUN, WAJIB BANGKIT untuk menghentikan semua angkara jahat para pemimpin umno/BN...untuk menyelamatkan harta dan khazanah negeri dan Negara dari diratah dan disamun oleh para pemimpin umno/BN.

Untuk selamatkan wang rakyat dari diagih-agihkan sesama anak beranak dan adik beradik para pemimpin umno/BN yang rasuah dan tidak amanah itu.

Untuk menyelamatkan wang dan harta rakyat, negeri dan Negara dari diagih-agihkan sesama krooni dan juga tauke belaan umno/BN.

Kuasa rakyat Malaysialah yang akan menamatkan nafsu jahat, nafsu serakah, nafsu tamak, nafsu rakus para pemimpin umno/BN itu.

Rakyat Malaysia WAJIB UNDI PAKATAN RAKYAT PAS/PKR/DAP pada PRU 13 hari Ahad 5 Mei 2013 ini.

Insya Allah bi izniLlah dengan UNDI RAKYAT MALAYSIA kemenangan Pakatan Rakyat PAS/PKR/DAP akan membawa sinar baru di bumi Malaysia. Dengan kepimpinan yang bertaqwa, amanah, adil dan tidak rasuah memimpin dan mentadbir negeri dan Negara ini, insya Allah, insya Allah kata Maher Zain... rakyat, negeri dan Negara kita Malaysia bumi bertuah ini akan lebih aman, damai dan berkat.

Sebagai rakyat yang bijak, cerdik dan merdeka ANDA JANGAN TAKUT, JANGAN BIMBANG UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN PARTI KERAJAAN YANG BARU UNTUK MENTADBIR DAN MEMIMPIN NEGERI DAN NEGARA KITA.

Ya Allah makbulkan doa-doa kami hamba-hamba-Mu yang lemah ini, kurniakanlah kami, negeri dan Negara kami Malaysia ini pemimpin-pemimpin yang bertaqwa, pemimpin-pemimpin yang baik, pemimpin-pemimpin yang amanah, pemimpin-pemimpin yang adil untuk memimpin dan mentadbir negeri dan Negara kami dengan lebih baik.

Ya Allah bukakanlah pintu hati seluruh rakyat Malaysia yang layak mengundi agar mereka bersatu hati memilih dan mengundi calon-calon Pakatan Rakyat PAS/PKR/DAP dalam PRU 13 ini.

Ya Allah kurniakanlah kemenangan calon-calon Pakatan Rakyat PAS/PKR/DAP sesungguhnya Ya Allah Engkau Maha Kuasa, Maha Mengetahui kebaikan, keikhlasan dan sifat jujur dan amanah para pemimpin Pakatan Rakyat untuk berusaha membawa perubahan dalam kepimpinan dan pentadbiran dalam negeri dan Negara kami, amin ya Rabbal'alamin

TaqabalaLlahu minna wa minkum!!!

UNDILAH CALON-CALON PAKATAN RAKYAT PAS/PKR/DAP DI TEMPAT ANDA

INI KALI LAH!!! ALLAHU AKBAR!!! REFORMASI!!!!!!!!!!!!!!"
 


Oleh: IbnuSabah

Benarkah Malaysia amal demokrasi?



29 Apr : KEBOBROKAN pemerintahan BN sekarang bukan lagi rahsia, malah ia telah menjadi bualan setiap peringkat rakyat yang prihatin dan masih waras daripada bencana dan dusta media perdana. Rasa tidak malu atau tidak segan berdusta itu dipamerkan oleh pemimpin utama Islam mengisytiharkan pembubaran Parlimen baru-baru ini.

Perbuatan menyalahgunakan jentera negara dan media kerajaan sebelum pilihan raya diadakan sehingga kini dan seterusnya membayangkan kepincangan dan peri buruknya perjalanan demokrasi di Malaysia termasuklah pengumuman Manifesto BN lebih dua jam, sementara bagi partiparti pembangkang hanya diperuntukkan hanya 10 minit secara rakaman setiap satu.


Sistem pendaftaran pengundi yang bermuslihat telah menyebabkan jutaan pengundi muda Islam terhalang daripada menunaikan tugas mereka sebagai warga negara.

Hak mengundi adalah hak asasi rakyat yang sudah akil baligh atau dalam kadar umur yang telah ditetapkan. Tidak mengundi dalam sistem pengundian yang betul adalah suatu dosa dan menyebabkan seseorang itu mati dalam keadaan jahiliah.

Demokrasi bukan hanya aktiviti mengundi, tetapi mempunyai unsur-unsur penting untuk memastikan ciri utama dan sifatnya yang memberikan kedaulatan terhadap hak rakyat dan kemerdekaan mereka.

Antaranya daftar pengundi yang betul, mewakili realiti rakyat yang berhak mengundi, kaedah mengundi yang tidak dimanipulasi untuk kemenangan parti tertentu, taburan pengundi yang mewakili tempat tinggal mereka yang sah dan tidak disusun atur oleh SPR untuk memastikan kemenangan sebelah pihak, akses kepada media yang sama rata dan adil oleh parti-parti yang memasuki pilihan raya termasuk parti pembangkang.

Perbelanjaan yang mempunyai had daripada wang parti, dan bukan menyalahgunakan wang kerajaan dengan pemberian dan agihan gula-gula memancing undi dengan projek berbilion ringgit daripada dana kerajaan.
Seterusnya wujud SPR dan petugas SPR yang adil, berintegriti dan tidak memihak kecuali kepada rakyat semata-mata demi memelihara integriti dan amalan demokrasi yang sihat.

Sebenarnya banyak lagi ciri demokrasi yang tulen dan sihat seperti mana yang diamalkan oleh negara-negara maju yang tidak berlaku di Malaysia. Sebab itulah Bersih menuntut pembersihan dalam semua aspek yang berkaitan dengan perjalanan demokrasi di Malaysia ini. Ini juga menjadi tuntutan dan harapan masyarakat yang prihatin kepada kelangsungan amalan berpolitik secara sihat dan bertamadun di Malaysia.

Kita bimbang Malaysia jatuh dalam kancah krisis politik yang membawa padah seperti negaranegara membangun lain di dunia ini. Kezaliman tidak akan membuahkan keselamatan, sebab itulah setelah lebih 50 tahun merdeka rakyat Malaysia masih tidak merasa aman daripada kejahatan penjenayah dan malah daripada intimidasi dan kezaliman penguasa dan pasukan keselamatan. Oleh itu, janji BN untuk membawa keselamatan dalam manifestonya adalah suatu yang aneh dan ditertawakan oleh rakyat yang insaf.

Reputasi buruk Sebenarnya para pemimpin yang mempunyai reputasi buruk seperti itu tidak mungkin dapat dikategorikan dalam golongan pemimpin yang baik, adil atau cemerlang. Lambang dacing tidak semestinya menjanjikan keadilan sebaliknya ia adalah pemangkin kepada perbuatan zalim pemerintah. Dakwaan untuk membawa kemakmuran nyatanya kini menyebabkan rakyat semakin terhimpit dengan harga barang yang meningkat dan paras kemiskinan yang tetap meningkat dan mencengkam mereka.

Ini semua adalah kerana salah urus, salah tadbir harta awam dan sifat boros, membazir, rasuah dan menguntungkan kaum kroni keluarga dan sahabat handai yang dilakukan oleh mereka. Keuntungan Petronas yang begitu banyak tidak dapat dinikmati oleh rakyat tapi digunakan untuk membailout atau melepaskan syarikat kroni dan keluarga yang terjerat dengan hutang dan diisytihar sebagai muflis atau bankrap.

Negara diperintah dengan budaya komersial dan tamak untuk mengaut keuntungan. BN terang-terang mendidik rakyat menjadi mata duitan, berkerja dan berpolitik kerana kepentingan sempit dan bukan kerana kepentingan rakyat. Sebab itu mereka tidak dapat menghasilkan semangat dan pemimpin yang berjiwa murni, berakhlak mulia dan suka berkorban untuk rakyat.

Sebaliknya mereka terus menerus mendidik rakyat menjadi manusia egoistik, pentingkah diri sendiri, mementingkan budaya mengaut sebanyak mungkin harta dengan kuasa politik yang ada.

Mereka berfikir dengan naluri tamak dan gila kuasa biarpun mencabul prinsip demokrasi, agama dan integriti.
Oleh itu insan yang dibangun oleh mereka sebenarnya tidak punya modal jati diri, tapi hanya bermodalkan sikap mengampu “ampu sana dan ampu sini”. Modul latihan BTN – umpamanya – adalah salah satu contoh. Apa yang dilahirkan oleh mereka; umumnya ialah insan yang kurang bermoral dan tidak bermodal kemanusiaan atau keagamaan yang sejati Daripada huraian di atas nyata benar bahawa para pemimpin berkenaan sudah tidak boleh dipercayai dan termasuk dalam kumpulan pemimpin yang zalim apabila dihubungkaitkan dengan kes-kes pemenjaraan tanpa pengadilan, dan berbagai undangundang zalim yang mereka kuatkuasakan.

Mencegah ulama, profesor Islam dan pendakwah agama Islam daripada menyibarkan ilmu agama mereka sehingga ada yang mati dalam keadaan diharamkan daripada mengajar di masjid-masjid Allah dan surau, bahkan ramai lagi yang tersekat – meskipun bersijil daripada al Azhar dan bertaraf pemimpin ulama dan sebagainya – tidak dibenarkan mengajar dan berdakwah kerana tidak diberi tauliah oleh pemimpin politik atau pegawai suruhan mereka yang tidak pun bertauliah atau bersijil setaraf dengan orang yang hendak diberi tauliah..

Profesor Dr Dato’ Haron Din pernah disifatkan oleh mereka sebagai penjenayah syariah kerana mengajar tanpa tauliah di Selangor; meskipun beliau telah mengajar sekian lama di UKM dan bersara; di mana pencen beliau pun dibayar oleh kerajaan Malaysia. Dato’ Ismail Kamus hendak ditangkap oleh Jais kerana mengajar (dengan dakwaan mereka ) tanpa tauliah.

Sedangkan beliau adalah bekas pegawai agama yang telah menandatangai surat pemberian tauliah yang banyak ketika bertugas di Jabatan Agama. Alangkah zalim dan besarnya dosa mengkhianati masjid Allah, ilmu Allah, dan hak rakyat untuk mendapat bimbingan ilmu dari golongan ulama ini.

Cara para pemimpin politik BN memperalat dan mengguna polis untuk menggangu – akhir akhir ini – terhadap ceramah Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan lain lain tokoh semakin menampakkan ketidakdemokrasian pemerintah BN. Mereka tidak sepatutnya mendedahkan polis kepada kebencian rakyat dan pergelutan langsung dengan gelombang kebangkitan rakyat. Justeru, ini akan merendahkan lagi imej pasukan keselamatan berkenaan kerana salah tadbir dan salah guna atau urus politikus BN.

Setelah pembubaran Parlimen seperti suasana sekarang sepatutnya amalan tidak demokratik seperti ini tidak boleh dilakukan oleh caretaker government; jika tidak makna demokrasi dan pilihan raya di negara ini semakin kosong dan tidak relevan; manakala negara akan menuju kepada keadaan anarchi dan huru-hara.
Allah melarang umat Islam dan rakyat seluruhnya daripada memihak dan mengundi serta mencalonkan orang yang zalim, orang yang penuh dengan rekod buruk dalam memerintah negara. Allah berfirman: dalam Surah Hud ayat 113: “Jangan kalian cenderung menyokong orang yang zalim; kelak kalian akan dibakar oleh api neraka. (ketika itu) kalian tidak akan ada selain Allah sebagai penyelamat dan kalian tidak akan mendapat apa-apa pertolongan.“

Allah berfirman dalam Surah Mariam ayat 68-72 yang bermaksud: “Demi Tuhanmu (wahai Muhammad) Kami akan himpunkan mereka semua dengan golongan syaitan dan akan Kami tampilkan mereka dengan melutut di tubir neraka. Kemudian Kami akan rentap (dan sentap) golongan penderhaka yang paling biadab terhadap Tuhan Yang Maha pemurah. Kemudian kami yang lebih tahu siapa yang lebih wajar dihumban dan dibakar di dalam neraka. Semua kamu pasti akan dibawa ke tubir berkenaan. Ini adalah ketentuan Tuhanmu yang azali dan pasti. Kemudian Kami akan selamatkan golongan yang bertakwa (daripada seksa neraka) dan kami akan biarkan manusia penzalim tersebut terbongkang di dalam neraka.

Rasulullah bersabda: “Orang yang paling keras diseksa pada hari kiamat kelak adalah pemimpin / pemerintah yang zalim”. Sabda Nabi lagi yang bermaksud: “Apabila manusia dihimpunkan pada hari kiamat di pinggir titian siratul mustaqim Allah berfirman; Akulah Allah, Akulah Raja (yang sebenar) Akulah Dayyan ( pemilik hakiki agama ini); demi kemulian dan kebesaran-Ku (pada hari ini) tiada seorangpun manusia penzalim yang dapat melepasi siratul mustaqim ini. Kemudian berserulah seorang Malaikat di pihak Allah (bertanya); Mana dia manusia penzalim berkenaan.?

Mana juak-juak penyokong penzalim tersebut. Mana dia pembantu yang menajamkan pena (pensil) penzalim. (wartawan upahan). Mana dia golongan yang mangajukan dakwat untuk penzalim (menulis).
Kemudian neraka berseru kepada orang mukmin: Wahai mukmin, ayoh segeralah kamu menyeberangi sirat ini kerana cahaya mu memalapkan (nyalaan lidah) apiku.“
Golongan zalim Suatu ketika seorang lelaki datang bertanya kepada Sufyan al Thauri. Dia berkata: Saya ini penjahit pakaian untuk seorang raja (pemerintah) yang zalim; adakah saya terjumlah dalam kalangan penyokong beliau.

Sufyan al Thauri menjawab: “Anda bukan golongan penyokong tapi anda adalah daripada golongan penzalim itu sendiri.

Golongan penyokong ialah orang yang menjual kepada anda jarum dan benang (untuk menjahit).”
Dalam hadis lain menyebutkan: “Siapa yang berjalan bersama orang zalim untuk membantunya , sedangkan dia tahu orang berkenaan adalah orang yang zalim maka dia telah keluar daripada (agama) Islam.“ (Hadis riwayat Ahmad dan Tabrani) Abu Hurairah r.a.. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: “Tiga orang Allah enggan bercakap-cakap dengan mereka pada hari kiamat kelak. Allah tidak sudi memandang muka mereka, Allah tidak akan membersihkan mereka daripada dosa (dan noda).

Untuk mereka disiapkan seksa yang sangat pedih. (Mereka ialah): Orang tua yang berzina, pemerintah yang suka berdusta dan fakir miskin yang takabbur.” – Hadis ditakhrijkan oleh Imam Muslim.

Mengundi dalam sistem peralihan kuasa yang benar dan adil adalah suatu kewajipan agama. Ini kerana mengundi dan melantik pemimpin masyarakat dan negara adalah termasuk dalam kewajiban menunaikan kesaksian seperti yang termaktub dalam Surah al Talaq ayat 2 yang bermaksud: “Tegakkan kesaksian kerana Allah, justeru itulah bimbingan nasihat untuk mereka yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Siapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Allah berikan kepadanya jalan keluar.”

Tidak melaksanakan kewajipan ini adalah suatu kejahatan menyembunyikan kesaksian yang diperintahkan oleh Allah dalam ayat tersebut. Malah golongan yang mati dan tidak pernah membai’ah atau mengundi dan melantik pemimpin adalah mati dalam jahiliah sepertimana yang ditegaskan oleh Rasulullah dalam hadis baginda: “…Siapa yang mati tapi tidak pernah membai’ah pemimpin maka matinya adalah kematian dalam jahiliah.”

Selanjutnya mengundi dan melantik orang yang tidak wajar dilantik menurut syarak adalah juga suatu kejahatan menyembunyikan kesaksian yang benar sepertimana yang dituntut oleh ayat ini. Allah berfirman dalam Surah al Baqarah 283 yang bermaksud: “Siapa yang menyembunyikan kesaksian (yang benar) maka dia adalah insan berdosa.”

Oleh USTAZ ABDUL GHANI SAMSUDDIN

Pakatan terus kumpul angka besar di NS

01 Mei : Menjelang empat hari sebelum pengundian, Pakatan Rakyat terus mengumpulkan angka besar dalam ceramah mereka di Negeri Sembilan, dengan perkembangan terkini sekurang-kurangnya 25,000 orang hadir dalam ceramahnya di Sikamat malam tadi.

Perkembangan itu dilihat cuba memberi isyarat kepada BN agar bersedia berhadapan kemungkinan memberi laluan kepada sebuah kerajaan negeri baru di negeri itu.

NONEBertempat di Jalan Datuk Siamang Gagap, Sikamat malam tadi, pelbagai kaum hadir pada majlis ceramah raksasa menampilkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Orang ramai sabar menunggu beliau yang diperkenalkan sebagai "perdana menteri Malaysia ketujuh" dan menyambutnya dengan sorakan dan laungan sewaktu beliau tiba pada jam 11.20 malam.

"Pilihan raya hujung minggu ini saudara, minggu depan kita batal hutan PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional).

"(Pada) 5 Mei kita pilihan raya, 6 Mei kita bentuk kerajaan baru, dan 7 Mei kita turunkan harga minyak!" kata Anwar disambut sorakan gemuruh daripada hadirin ceramah.

Mood sama di Terminal 2 Seremban


Kehadiran Anwar dilihat menyuntik semangat tambahan kepada kempen Pakatan terutamanya jentera PKR yang bertanding di DUN Ampangan dan Sikamat yang dimenangi dengan majoriti tipis sahaja pada tahun 2008.

Ampangan dimenangi PKR dengan majoriti 165 undi sementara Sikamat pula dimenangi dengan majoriti 499 undi sahaja.

NONE"Sudah pasti kedatangan beliau (Anwar) memberikan dorongan kepada kebangkitan rakyat di Seremban.

"Pada saya lawatan beliau ini adalah untuk memastikan kita terus fokus dalam kempen pada saat-saat terakhir ini," kata pengerusi PKR negeri, Datuk Kamarul Baharin Abbas yang bertanding di kerusi DUN Ampangan dan mempertahankan Parlimen Teluk Kemang.

Pada pilihan raya tahun 2008, Pakatan Rakyat berjaya menafikan majoriti dua pertiga BN di Negeri Sembilan.

Pakatan Rakyat memenangi 15 kerusi (DAP 10 kerusi, PKR empat kerusi dan PAS satu kerusi) sementara BN menguasai 21 kerusi.

"Mood yang sama malam ini dirasai pada ceramah Pakatan bertempat di Terminal 2 Seremban lima tahun lalu tepat dua hari sebelum hari mengundi," kata seorang pengunjung ceramah yang tidak mahu dinamakan kepada Malaysiakini.

'Wyue wu, huan zheng fu'

Ceramah malam tadi juga membuktikan majoriti pengundi Melayu di kawasan bandar terus bersama Pakatan. 

Manakala dua ceramah raksasa DAP di pasar besar Seremban dan Oakland Park sebelum ini berjaya menarik majoriti pengundi Cina.

Jalan Datuk Siamang Gagap yang kebiasaannya adalah laluan empat lorong bertukar menjadi laluan selorong yang hanya muat dilalui motosikal apabila pengunjung ceramah turut melimpahi jalan itu untuk mendengar ucapan Anwar.

Mereka turut beramai-ramai melaungkan ungkapan "wyue wu, huanzheng fu (5 Mei, Kita tukar kerajaan)" berulang-ulang kali sewaktu menanti Anwar tiba ke tapak ceramah.

Di penghujung ceramah, Anwar membakar semangat pengunjung dengan mengetuai laungan "Reformasi", "Membujur lalu melintang patah", dan laungan "Ubah" yang disambut dengan sorakan "Ini Kalilah".res

Manifesto PR lebih dekat dengan orang muda


Dr Maszlee Malik
01 Mei : MANIFESTO yang dibentangkan Pakatan Rakyat (PR) lebih dekat dengan orang muda dan memberi harapan baru kepada rakyat.

Penganalisis politik, Dr Maszlee Malik berpendapat, manifesto berkenaan adalah realistik di mana ia memberikan apa yang rakyat perlukan dan bukannya apa yang dimahukan.

Katanya, manifesto PR menjurus kepada permasalahan orang muda berpendapatan rendah yang tinggal di bandar besar.

“Jika di luar negara, kita boleh tahu bagaimana satu-satu manifesto dibuat iaitu dengan cara survey dan macam-macam lagi. Di sini, mungkin manifesto PR itu dibuat oleh orang muda apabila mengaitkan pelbagai masalah orang muda seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), harga kereta tinggi, susah mendapatkan rumah kerana harga tinggi dan pelbagai lagi masalah yang begitu dekat dengan anak muda.

“Masalah itu turut diterjemahkan lagi dengan kadar tol mahal, harga minyak tinggi dan menyebabkan hutang isi rumah meningkat sehingga menjadikan jurang pendapatan negara ini antara tertinggi di Asia Tenggara dan ketiga tertinggi di Asia,” katanya.

Menurutnya, sungguhpun manifesto di Malaysia masih belum mencerminkan ideologi, tetapi ia menunjukkan satu kematangan dalam sistem politik negara.

“Barisan Nasional (BN) dan PR, kedua-duanya mempunyai manifesto yang begitu dekat dengan rakyat cuma BN lebih bersikap defensif berbanding PR yang ofensif (menyerang).

“Jika mahukan satu politik matang, perlulah ada perubahan. Manifesto BN mahu menunjukkan kekuasaan dan mahu kekal berkuasa. PR pula sebaliknya kerana sukar difahami tetapi jelas mahukan perubahan dan membawa harapan rakyat,” katanya.

Menurutnya, manifesto BN juga banyak beri manfaat kepada rakyat khususnya berpendapat rendah dengan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan pelbagai lagi.

“Rakyat di luar bandar lebih mendapat manfaat ini, cuma adakah pemberian tersebut dapat selesaikan masalah mereka. Ini kerana pemberian itu bukan bersifat berterusan. 

“Masyarakat perlu diupayakan kerana ia sebahagian sistem pendidikan. Demokrasi juga bukan sekadar ideologi semata-mata,” katanya.

Menurutnya, walaupun manifesto dibuat belum capai tahap ideologi, tetapi berharap di masa depan ia boleh memperkasakan masyarakat.

Mat Taib masuk PAS sebelum Umno kalah

01 Mei : TAN Sri Muhammad Muhd. Taib, bekas Menteri Besar Selangor tidak memberitahu dia membawa bersamanya ramai orang UMNO menyertai PAS.

Dia masuk seorang diri saja. Tiada yang tahu adakah isteri, adik-adiknya masuk PAS sama. Dia pun tidak suruh orang-orang UMNO tinggalkanlah UMNO dan masuklah PAS.

Yang dia kata, rakyat perlu beri peluang kepada PAS dan kirim pasukan PAS yang kuat ke Parlimen dan DUN-DUN. Kalau hantar enam orang ke DUN Perak di tengah ADUN DAP yang ramai, tak nampaklah PAS itu kuat.

Dia tak kata, UMNO tidak buat apa-apa tentang Islam tapi dia kata, PAS dan pimpinan ulamanya lebih komited dengan Islam.

Setakat ini tidak terdengar dia maki UMNO begitu dan begini. Tidak seperti satu dua kerat budak PAS yang terkeluar dari  PAS kata hodoh tentang partinya. Nyatalah  pemimpin UMNO yang masuk PAS itu matang  dan budak-budak PAS yang  cicir dari PAS itu kebudak-budakan.

Mat Taib terima hakikat dia kalah pertandingan Timbalan Presiden UMNO empat tahun lalu, dan ia memberi peluang kepadanya banyak masa befikir dan berguru tentang Islam dan al-Quran, telah mengubah pandangan politiknya, mahukan Islam ditdingkatkan dan PAS yang memperjuangkan Islam itu diperkuatkan.

Atas latar belakang itulah  dia saja masuk  PAS dulu dan logiknya siapa yang hendak ikut, ikutlah dan yang tak mahu itu biarkanlah.

Sebagaimana yang diagak, rakan-rakannya yang sudah tidak aktif dalam UMNO mengira tindakan bekas MB Selangora dan bekas  Naib Presiden UMNO itu salah. Macam-macamlah mereka menyesalinya.

Biasalah bagi reaksi orang UMNO mengira pemimpin mereka dulu begitu dan begini. Kalau mereka kata tindakan Mat Taib itu betul, maka tidak layak lagi mereka berada dalam UMNO. Mereka tidak boleh jadi UMNO lagi.  Bagi menjadikan mereka kekal dalam UMNO, mereka mesti kata Mat Taib tidak betul.

Apapun Mat Taib sudah mengamalkan hak demokrasinya dan melaksanakan hak yang perlembagaan Malaysia benarkan kepadanya. Dia boleh dari parti yang  tidak sesuai lagi dengannya dan boleh menyertai mana-mana parti politik yang halal.

Sebagai seorang Islam, dia menyertai parti  Islam yang pada pandangan terbaik masa ini.

Dia sudah kata berbulan dulu, Islam adalah panduan hidup terbaik yang perlu diikuti dan dia berkata elok tentang PAS. Anak-anak saya balik beritahu saya Muhamamd Taib bercakap elok tentang Islam  dan PAS.

Ia adalah perkembangan yang baik. Rupanya ia adalah perkembangan dia hendak masuk PAS.

PAS adalah betul sejak dari mula, cuma ia adalah kelemahan di sana sini dan pernah juga silap tetapi ia istiqamah dengan perjuangannya baik kalah mahu pun menang. Tetapi PAS itu bertambah matang  dan bertambah kuat. Ia bukan  saja dikuatkan oleh sokongan orang Islam tetapi ia juga mulai disokong oleh orang bukan Islam.

Bertambah ramai orang profesional masuk PAS.  Ada yang berpendapat profesional yang menyertai PAS lebih ramai dari yang bersama  UMNO. Yang bersama  UMNO itu ada benda yanga mereka mahu, yang menyertai PAS itu kerana Allah dan mahu melihat PAS kuat.

Dalam gelombang ramai yang menyertai PAS itulah Mat Taib menyertai PAS. Dia menyertai PAS sebelum PAS menang dan sebelum UMNO kalah. Dia masuk dulu. Selepas UMNO kalah nanti ramai yang bersama PAS. Tetapi bersama PAS dulu adalah lebih baik dari bersamanya selepas UMNO kalah.

Syabas! Mat Taib sudah dulu.

Jangan buat silap kali ke 13

KUALA LUMPUR 01 Mei : Rakyat diseru jangan lagi membuat kesilapan kali ke 13 dengan mengundi BN sebagai kerajaan persekutuan pada 5 Mei ini.

Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata demikian sebagai menjawab saranan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak yang berkata Pakatan Rakyat tidak layak diberi peluang kedua untuk memerintah di negeri-negeri yang dimenanginya 2008.

“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah bertungkus-lumus lima tahun untuk mencari satu kesalahan pada pimpinan Pakatan Rakyat, tapi mereka gagal menjumpai apa-apa.
 
"Dengan SPRM yang terkenal dengan kecekapan dan kepantasannya dalam sebarang kes melibat pimpinan PR, PR sudah boleh dikira sebagai teramat bersih kerana tiada satu kes rasuah pun sehingga kini. Rakyat lebih pandai menilai,” kata Tuan Ibrahim.

Berbanding dengan BN yang dikerumi dengan skandal-skandal penyelewengan, Tuan Ibrahim berkata rakyat perlu memikirkan apakah BN layak diberi peluang untuk kali ke 13.

“Kerajaan yang dipilih mestilah amanah dalam menjaga hak dan duit rakyat. Prestasi kerajaan negeri PR dengan integriti para pemimpin BN, rakyat perlu memilih Pakatan. Jangan tersilap buat kali ke 13,” nasihat Tuan Ibrahim (gambar), yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Ketika berkempen di Padang Keda, Pekan Baru Keda, Kupang, Najib menyuruh rakyat membetulkan kesilapan mereka di 2008.

“Kalau dah silap boleh betulkan pada 5 Mei ini (PRU13). Dulu tersasar, terpesong takpe, buat silap sekali takpe, jangan dua kali buat silap," katanya.

Najib berkata canangan perubahan PR hanya janji kosong.

“Kalau nak buat perubahan kena ada wawasan, dan kena ada kemampuan untuk menterjemahkan agenda menjadi realiti dan kenyataan," beliau tegaskan.

Kemampuan datang apabila menjadi kerajaan, jawab Tuan Ibrahim.

“PR boleh menterjemahkan segala janji menjadi realiti dan kenyataan. Rakyat cuma perlu memberi peluang kepada PR untuk sekali sahaja untuk kami buktikan.

"Jika peluang tidak diberi, manalah rakyat boleh mengesahkan bahawa BN sedang berbohong ke tidak bahawa negara akan bankrap di bawah pemerintahan PR,” tegas beliau. 

Khalid : Saya Tunggu Najib Di Pelabuhan Klang


SHAH ALAM 30 APRIL : Saya akan tunggu Perdana Menteri dan calon Menteri Besarnya di satu restoran di Pelabuhan Klang esok jam 10.30 pagi untuk berdebat dengan mereka.
Itu respons daripada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terhadap cabaran daripada Datuk Seri Najib Razak.
Najib telah mencabar Abdul Khalid untuk membentangkan laporan pencapaian lima tahun pentadbiran Pakatan Rakyat  Selangor.
“Saya dengan hati terbuka menerima cabaran itu dan telah menyatakan kesediaan saya untuk mengadakan perbahasan dengan beliau.
“Walau bagaimanapun sehingga ke saat ini saya tidak menerima sebarang reaksi daripada Perdana Menteri,” kata Abdul Khalid di dalam satu kenyataan media di sini hari ini.
Abdul Khalid berkata beliau serta rakyat Selangor akan menunggu Najib esok, di Perkarangan Restoran Iskandar di Pandamaran Jaya, Pelabuhan Klang.
Abdul Khalid, yang juga calon kerusi DUN Pelabuhan Klang, mahu Najib membawa calon Menteri Besar Selangornya bagi orang ramai mengenali siapa yang akan menerajui pentadbiran negeri sekiranya Umno-BN berjaya tawan Selangor.

Dalang Sebenar 13 Mei Di Bongkar!!!



30 Apr : Dato’ Mohd Tamrin b. Tun Abdul Ghafar Baba menyangkal fitnah UMNO terhadap Lim Kit Siang dan DAP sebagai dalang peristiwa Mei 13, 1969.

Lihat video pendedahan oleh Tamrin Ghafar Baba.. saksikanlah!!



Nik Aziz pemegang amanah tanah RM4j

30 Apr : Datuk Nik Aziz Nik Mat bukan pemilik, tetapi hanya pemegang amanah bagi 14 lot tanah 1.76 hektar bernilai RM4 juta yang dipertikaikan Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali, kata Pemuda PAS Kelantan.

Ketua penerangannya Ahmad Fadhi Shaari menjelaskan, kesemua lot rezab Melayu dengan milikan selama-lamanya (perpetuity) itu sebenarnya milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), yang dibeli terus daripada orang perseorangan antara tahun 2006 sehingga 2007. 

Bagaimanapun, jelas Ahmad Fadhi, oleh kerana PMBK tidak ditakrifkan sebagai Melayu bawah Seksyen 13A Enakmen Rizab Melayu Kelantan 1930 dan Seksyen 104 Enakmen Tanah Kelantan 1938, perbadanan itu menamakan Nik Aziz selaku pengerusi PMBK sebagai pemegang amanah.

Bagi mengesahkan keputusan itu, kata Ahmad Fadhi lagi, Surat Ikatan Amanah bertarikh 5 November 2007 dimeterai yang mensyaratkan Nik Aziz melepaskan pegangan tanah tersebut pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh PMBK. 

"Berasaskan kepada fakta-fakta ini, YAB Tuan Guru (Nik Aziz) bukanlah pemegang pemilik sebenar bagi 14 lot tanah seluas 4.4 ekar (1.76 ekar) sebagaimana yang didakwa oleh calon Bunga Raya (Ibrahim)," kata Ahmad Fadhi.

Utusan: Di balik imej zuhud
Utusan Online hari ini melaporkan, di sebalik imej zuhud, Nik Aziz yang juga mursyidul Am PAS memiliki lot tanah itu yang dikatakan boleh melebihi RM10 juta jika statusnya ditukar daripada pertanian kepada komersial.

Memetik Ibrahim, laman itu juga melaporkan, isteri Nik Aziz, Tuan Sabariah Tuan Ishak turut memiliki 13 lot tanah sekitar jajahan Kota Bharu dianggarkan bernilai jutaan ringgit, termasuk dua lot tanah di Pulau Melaka yang dipajakkan 40 tahun kepada Petronas Dagangan Berhad bagi membina stesen minyak.

NONEKesemua tanah atas nama Nik Abdul Aziz itu didakwa didaftarkan selepas 1990 ketika beliau memegang jawatan menteri besar.

Sambil mengaku terkejut, Ibrahim mempersoalkan bagaimana tanah itu diperoleh ketika Nik Aziz bertugas sebagai penjawat awam dan ketua kerajaan.

Ibrahim berkata, pendedahannya bukan bertujuan memfitnah kerana berkemungkinan tanah itu dimiliki menerusi cara yang betul dan sah tetapi hanya mempersoalkan dari aspek moral.

Beliau juga mencabar anak anak menteri besar Nik Abduh yang menentangnya di Parlimen Pasir Mas dalam pilihan raya umum kali ini memperjelas bagaimana bapanya memiliki tanah itu.

Pendidikan percuma tidak jadikan pelajar malas


Penganalisis: Pendidikan percuma tidak jadikan pelajar malas
SHAH ALAM 30 Apr :  Dasar pendidikan percuma diketengahkan oleh manifesto Pakatan Rakyat (PR) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 tidak akan menyebabkan pelajar pusat pengajian tinggi menjadi malas untuk belajar, demikian menurut seorang penganalisis hari ini.

Pensyarah Fakulti Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara, Profesor Madya Dr Shaharuddin Badaruddin berkata, sebagai bekas penerima dermasiswa beliau mengakui tidak pernah berasa malas untuk belajar.
“Saya tidak malas pun. Yang saya tahu, masa saya belajar di Universiti Malaya (UM) pada tahun 1982, saya menerima dermasiswa, bukannya biasiswa.
“Saya juga dikecualikan dari membayar yuran dan mendapat lagi elaun sara diri,” katanya ketika menjawab soalan hadirin Wacana Sinar Harian Siri ke-19, bertajuk Manifesto PRU13 Barisan Nasional vs Pakatan Rakyat di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini.
Wacana kali ini turut menampilkan penganalisis politik Dr Maszlee Malik dan Ketua Kluster Etnisiti dan Pekerjaan, Institut Kajian Etnik (Kita), Prof Dr Mansor Mohd Noor sebagai ahli panel.
Wacana ini dikendalikan oleh Ketua Eksekutif Institut Bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan.

Selain pendidikan percuma, manifesto PR yang dilancarkan Februari lalu turut disertakan pemberian caj eletrik dan air lebih rendah, penghapusan tol serta pemberian rawatan kesihantan percuma bagi wad dua dan tiga di semua hospital kerajaan.

Shaharuddin menambah, sekiranya pemberian pendidikan percuma boleh dilaksanakan pada tahun 1980an, mengapa perkara sama tidak boleh dilaksanakan pada masa sekarang.

Mengakui ada dakwaan yang mengatakan bahawa pendidikan percuma sukar dilaksanakan memandangkan jumlah pelajar semasa adalah terlalu ramai, Shaharuddin menjelaskan dari sudut lain pendapatan negara ketika ini semakin meningkat.

“Jadi, suasana yang ada pada tahun 1980an itu masih boleh diteruskan.

“Kalau dulu boleh dilakukan mengapa sekarang tidak boleh?” katanya lagi.

Sementara itu, Maszlee pula berpendapat, terdapat perbezaan di antara pendidikan percuma dengan pencapaian yang dicapai negara seperti Jerman dan negara-negara

Scandinavian lain yang dapat memberikan pendidikan percuma kepada rakyatnya.

Namun jelas beliau, pemberian pendidikan percuma di negara-negara terbabit tidak menjadi isu sama ada ia akan menjadikan pelajar menjadi malas ataupun tidak.

“Apa yang perlu menjadi perhatian utama ialah kandungan yang diajar di universiti itu dan juga suasana sekeliling.

“Dalam kes ini, sistem pendidikan awal sebelum itu perlu diberi penumpuan ataupun pemilihan universiti itu satu isu lain,” jelas beliau.

13 Mei angkara Dr M mahu rampas kuasa Tunku


JOHOR BAHRU 30 Apr : Rusuhan kaum 13 Mei berpunca dari percubaan untuk merampas kuasa dari Tunku Abdul Rahman yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Tamrin Tun Ghafar (gambar).

Anak bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba itu berkata, perkara tersebut diberitahu sendiri kepada beliau dan Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh bekas Menteri Dalam Negeri, Tun Ghazali Shafie.

“(Menteri Dalam Negeri ketika itu) Ghazali (Shafie) memberitahu Anwar (Ibrahim) dan saya, ketika kami berada dalam Pemuda Umno, bahawa kejadian itu adalah percubaan kecil untuk merampas kuasa yang dirancang pemimpin-pemimpin Umno dan Mahathir turut terlibat,” kata Tamrin dalam ceramahnya di Gelang Patah malam tadi.

"Tunku telah menulis dalam kolum ‘As I See It” dalam akhbar The Star, dua tahun sebelum beliau meninggal dunia, bahawa kejadian itu adalah percubaan merampas kuasa yang sengaja dilakukan pemimpin-pemimpin Umno yang kemudiannya menyalahkan DAP dan Cina," katanya lagi.

Pendedahan Tamrin itu sama dengan apa yang didapati oleh hasil kajian Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Dr Kua Kia Soong tentang peristiwa berdarah 13 Mei itu.


(Tun Ghafar dan Tunku Abdul Rahman)

Menurut Dr Kua, peristiwa 13 Mei adalah akibat dari percubaan merampas kuasa dari Tunku yang dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri pada masa itu, Tun Abdul Razak Hussein yang turut disokong oleh Dr Mahathir.

Tamrin seterusnya menceritakan, Tunku telah mengusir Dr Mahathir dari Umno kerana menulis surat menuntut Tunku meletak jawatan selepas rusuhan itu.

"Selepas Tunku berundur dan Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri, dia membawa Dr Mahathir masuk Umno semula dan melantiknya sebagai Menteri Pelajaran.

"Perkara itu menunjukkan Razak terhutang budi kepada Dr Mahathir (kerana menuntut Tunku berundur)," kata beliau sambil menambah Lim Kit Siang tidak ada di Kuala Lumpur ketika rusuhan itu berlaku.

Tamrin berkata, tindakan Umno menakut-nakutkan orang Melayu dengan peristiwa 13 Mei membuktikan parti itu begitu terdesak kini.

Abdul Aziz Mustafa

IKRAM : Pilih PR Untungkan Negara dan Rakyat



KUALA LUMPUR  30 Apr : Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) berpandangan penglibatan politik adalah sebahagian daripada tuntutan Islam sebagai ad-din yang syumul.

Presidennya, Dr. Mohd Parid Sheikh Ahmad (gambar)berkata, kuasa pemerintahan diperlukan bagi menjayakan agenda penegakan syariah dan pelaksanaan amar makruf nahi mungkar.

“Justeru, penglibatan  umat Islam di dalam PRU kali ini adalah amat penting dan dianggap kritikal untuk memilih wakil pemimpin yang mampu membantu merealisasikan cita-cita dakwah tersebut,” ujarnya dalam perutusan kepada para pengundi sempena PRU13 yang berlangsung pada 5 Mei ini.

Ikram, jelas beliau merumuskan bahawa memilih wakil dari blok Pakatan Rakyat (PR) dalam PRU13 kali ini adalah satu kewajaran yang lebih berasas dan menguntungkan negara dan rakyat jelata.

Rumusan itu, katanya berdasarkan kaedah dan prinsip ‘kemudharatan yang lebih ringan’ iaitu ‘pilihan terbaik di antara dua pilihan, pilihan yang lebih ringan kemudaratannya dan kurang kejahatannya’.

Beliau menjlaskan, Ikram menganggap pemilihan tersebut sebagai satu kecenderungan atau pilihan yang pragmatis yang dijangka akan lebih menyebelahi rakyat, lebih adil kepada semua, lebih bermanfaat kepada negara, lebih jujur kepada Islam dan bangsa Melayu serta lebih memantapkan institusi Raja berperlembagaan.

“Pilihan ini akan membuka lebih banyak ruang dialog, perbincangan, perundingan dan permuafakatan bagi melaksanakan agenda perubahan dan pembersihan pentadbiran dan pengurusan perjalanan negara, supaya tiada berlaku lagi salah laku dan penyelewengan pegawai-pegawai pemerintah, sekaligus menghapuskan kemungkinan rasuah,” ujarnya.

Sehubungan itu, kata beliau lagi, Ikram menyeru agar ummah tidaklah perlu takut, jika pendirian politik ummah kali ini membawa kepada perubahan kerajaan di peringkat pusat.

Katanaya, kejatuhan kerajaan BN tidak akan melucutkan kuasa pemerintahan daripada genggaman umat Islam.

“Ummat Islam tetap memiliki jumlah kerusi parlimen yang cukup selesa,” ujarnya lagi.

Beliau menambah, penguasaan ummah akan terus terpelihara dengan kewujudan berbagai-bagai institusi dan badan yang sedia ada bagi menjamin kelangsungan kekuasaan ummah.

“Institusi Raja berperlembagaan, institusi angkatan bersenjata, tentera dan polis, jabatan pentadbiran awam, badan-badan berkanun seperti Majlis-majlis dan Jabatan-jabatan Agama Negeri-negeri, dan kesemua NGO akan terus berperanan mempertahankan survival dan kelangsungan kekuasaan ummah di bumi Malaysia,” ujarnya.

Kajian Unisel PRU13: PR 50.6%, BN 49.4%


PETALING JAYA 30 Apr : Dapatan kajian Universiti Selangor (Unisel) menunjukkan Pakatan Rakyat (PR) mencatatkan 50.6 peratus manakala BN mencatat 49.4 peratus dalam aspek jangkaan menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) di peringkat Persekutuan.

Di peringkat negeri Selangor pula, PR mencatatkan 61.4 peratus dan BN 38.6 peratus dalam jangkaan menang dalam PRU13. 

Kajian tersebut dilakukan ke atas 1,015 responden terdiri daripada pengundi berdaftar di Selangor bermula 1 Februari hingga 31 Mac lalu.

Pembentangan oleh pensyarah Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial Unisel, Dr. Muhammad Shamshinor Abdul Azzizs itu turut menunjukkan dapatan kajian berkaitan parti yang dijangka menang dalam PRU13 di peringkat persekutuan dan negeri.

Di peringkat persekutuan, responden di kalangan pengundi Cina mencatatkan peratusan tertinggi yang menjangkakan PR akan menang iaitu sebanyak 53.5 peratus manakala sebanyak 46.5 peratus menjangkakan BN akan menang.

Bagi kaum Melayu pula, sebanyak 52.3 peratus menjangkakan PR akan menang dan 47.7 peratus menjangkakan BN akan menang.

Manakala responden India cenderung meramalkan BN akan menang di persekutuan iaitu sebanyak 62.9 peratus dan 37.1 menjangkakan PR akan menang.

Sementara itu, kajian berkaitan persepsi ketokohan kepimpinan di Negeri Selangor mendapati kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim lebih tinggi berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Razak.

Sebanyak 63.1 peratus responden meyakini kepimpinan Khalid, 58.4 peratus meyakini kepimpinan Anwar dan 51.2 peratus meyakini kepimpinan Najib.

Pembentangan kajian impak program kerajaan terhadap pola pengundian di Selangor menjelang PRU yang diadakan di Menara Yayasan Selangor itu turut turut mendapati inisiatif 20 meter padu air percuma sebulan paling disukai iaitu sebanyak 91 responden menyokongnya.

Kajian berkaitan persepsi positif terhadap program kerajaan negeri mendapati sebanyak 79 peratus menyokong program Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas), 77 peratus menyokong program baucar RM100 'jom shopping' warga emas, 83 peratus menyokong hadiah anak masuk universiti RM1000 dan 83 peratus menyokong khairat kematian RM2500.

Dakwat kekal hilang, surirumah buat laporan polis


( Isteri anggota tentera menunjukkan laporan polis yang dibuatnya)

KLUANG 30 Apr : Ekoraan, dakwat 'kekal' Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hilang dalam masa beberapa jam sahaja, seorang isteri tentera membuat laporan polis hari ini.

Seorang isteri tentera di Kem Batu 3 Jalan Mersing di sini yang membuang undi awal  pagi ini terkejut apabila dakwat yang dicalit di jarinya hilang selepas beliau memasak, membuat kerja-kerja rumah dan membasuh baju sesampainya di rumah pada awal petang.

(Isteri anggota tentera menunjukkan dakwat pada jarinya yang telah hilang kepada calon DAP Kluang)

“Saya terkejut kerana saya ada membaca laporan akhbar yang mengatakan pengerusi SPR berkata bahawa dakwat itu boleh kekal selama lima hari. Saya terus menelefon bapa saya untuk memberitahu hal ini,” katanya kepada Roketkini.com, sambil menambah bahawa suaminya berada di luar kawasan kerana menyertai operasi.

Beliau yang enggan namanya disiarkan telah dinasihatkan oleh bapanya untuk membuat laporan polis tentang perkara itu di sini petang tadi.

Surirumah yang berusia 25 tahun dan mempunyai dua anak itu turut memaklumkan perkara tersebut kepada calon PAS bagi DUN Mahkota, Khairul Faizi dan calon DAP bagi Parlimen Kluang, Liew Chin Tong.

“Saya membuat laporan polis kerana saya bimbang berlakunya manipulasi kerana saya dimaklumkan bahawa dakwat ini tidak boleh hilang (warna) selama lima hari sepertimana yang dikatakan oleh pihak SPR,” tambah beliau.

Rocket Kini

PRU13 : Noktah Rakyat Hentikan Kezaliman, Penipuan & Penindasan


29 Apr : Sebelum ini kita melihat bagaimana gelabah dan takutnya Mahathir, Najib dan pemimpin UMNO dengan sambutan yang diberikan oleh majoriti rakyat terhadap ceramah-ceramah anjuran Pakatan Rakyat di seluruh negara. Ketakutan kerana bimbang jika BN/UMNO benar-benar tumbang pada PRU13 kelak.

Namun begitu ada seorang lagi bekas makhluk perosak yang seangkatan dengan Mahathir dulu rupanya juga tidak lena tidur dan tidak lalu makan apabila melihat situasi yang berlaku sekarang ini.

 Daim, yang selama ini senyap dan hilang entah kemana, tiba-tiba muncul disaat PRU13 menjelang tiba dengan membebel, merungut menghentam PR umpama orang baru terkejut dari mimpi ngeri. Mengapa beliau jadi begitu?

Mudah sahaja kiraanya. Manusia yang tidak buat silap, tidak buat dosa, tidak menipu harta rakyat dan negara, tidak salahguna kuasa, tidak menyeleweng ketika berkuasa tidak akan merasa apa-apa dengan situasi yang sedang berlaku sekarang kerana tidak apa yang perlu mereka bimbang dan takutkan kerana mereka tidak buat salah. Tetapi yang merasakan diri mereka banyak buat salah terhadap rakyat dan negara, takut hilang harta dan kuasa tidak akan duduk diam, kesana kemari menghasut rakyat, merekacipta cerita yang diolah dan diubahsuai dengan harapan semoga rakyat akan percaya dan terpedaya.

Minta maaflah Mahathir, Daim dan Najib. Bercakaplah kamu sepuasnya, bertempiklah ke sana ke mari...hanya rakyat yang buta hati dan rosak otaknya sahaja yang akan percaya dengan cerita palsu kamu itu. Kalau kamu bercakap dengan makhluk di hutan belantara pun belum tentu puak-puak itu akan percaya kerana seluruh makhluk di lautan, di daratan dan di udara sudah tahu akan perangai, kezaliman, penindasan, penyelewengan, akhlak dan pembohongan kamu semasa kamu berkuasa.

Walaupun kamu gunakan ramai profesor kangkung yang cari makan, tokoh akademik setiap malam dan hampir disemua saluran TV dan akhbar milik kamu dengan hujah-hujah palsu dan cetek, rakyat sudah tidak peduli, tidak ada masa untuk mendengar apatahlagi untuk mempercayai omongan kosong puak-puak pengampu yang hidupnya lebih mementingkan jawatan, tembolok sendiri tanpa memikirkan kesusahan majoriti rakyat yang ditindas, dinafikan hak, dirampas hak kepunyaan mereka hampir 60 tahun sepanjang UMNO/BN berkuasa. Apatah lagi kebanyakan profesor dan tokoh akademik yang setiap malam bersiaran berkempen untuk UMNO/BN dalam TV itu diketahui akan latarbelakang buruk dan rendahnya akhlak mereka itu.
Kita tengok sahaja cara BN/UMNO berkempen dan cara PR berkempen. PR berkempen dengan menerangkan kepada rakyat apakah juadah yang bakal disediakan dan akan dinikmati oleh rakyat jika PR berjaya ke Putrajaya nanti. Sebaliknya UMNO/BN berkempen dengan cara menghasut, menabur fitnah, tayang video lucah,mengugut rakyat. Sepatutnya BN/UMNO turut menerangkan kepada rakyat akan perkara yang akan diperolehi oleh rakyat sekiranya mereka menang dalam PRU13 kelak. Namun begitu mereka tidak mampu berkempen sama seperti cara PR kerana mereka sedar bahawa rakyat sudah tahu apa yang mereka kempen dan janji untuk rakyat hanyalah umpan dan janji palsu sahaja dan rakyat tidak akan termakan lagi dengan penipuan mereka itu.

Pegawai tinggi kerajaan termasuk polis, tentera dan lainya diarahkan oleh UMNO/BN supaya memastikan kakitangan dibawah mereka akan mengundi BN. Tahukah kamu wahai pegawai tinggi hoi! Seandainya PR berjaya ke Putrajaya nanti, kemana kamu hendak letak muka? Kemana kamu hendak berhijrah? Kerajaan baru nanti sudah tidak perlukan lagi khidmat manusia seperti kamu lagi.

Kami mempunyai pakar-pakar dalam semua bidang yang sudah bersedia untuk mengambilalih tempat kamu nanti yang amanah dan jujur dalam menguruskan tugas. Kamu boleh berambus dengan UMNO/BN kamu itu.
Negara , rakyat dan kerajaan baru nanti akan lebih aman, selamat tanpa manusia seperti kamu yang menjadi barua dan balaci UMNO/BN selama ini. Yang pastinya lesen penyiaran TV3, lesen percetakan akhbar milik UMNO/BN akan ditarik dan dibatalkan nanti. Ini adalah antara jentera UMNO/BN yang menjadi perosak masyarakat selama ini.

Kepada dua ekor makhluk istidroj lagi terkutuk yang menjadi perosak negara dan masyarakat selama ini, elok sahaja kamu berdua masuk ke hutan dan bercakaplah kamu disana sepuasnya kerana disitu sahaja tempat yang layak untuk kamu berbicara dusta atau tunggu sahaja penjara-penjara yang sentiasa terbuka menunggu kamu sekeluarga dan mereka yang gila kuasa serta pengkhianat negara.

Bagi semua rakyat Malaysia, ini sahaja peluang untuk kamu menentukan hidup masa depan kamu dan zuriat kamu. Jangan dipersiakan peluang ini. Jika kamu ingkar dan gagal dan masih mengundi UMNO/BN tunggulah saat kehancuran bakal menjelma dimana kezaliman, penindasan, penipuan, salahguna kuasa serta dendam kesumat mereka akan menjadi lebih bermaharajalela dan berluas-luasa. Sifat ganas, samseng yang mereka pamerkan selama ini akan menjadi lebih kejam lagi jika UMNO/BN menang dalam PRU13 nanti. Mereka kebal dari tindakan. Polis hanya mampu memerhatikan sahaja tindakan ganas puak mereka. Undang-undang adalah mereka, dan mereka adalah undang-undnag.

Harta negara dan harta rakyat adalah hak mereka. Mereka boleh ambil bila-bila mereka suka samada secara halus, secara kasar dan secara paksa. Siapa yang mneghalang pasti akan binasa. Mereka sudah sama seperti zionis dan komunis. Jadi siapa yang akan melindungi rakyat kelak? Polis sudah tidak mampu. Rakyat akan terus menderita umpama saudara kita di Palestin.

 Oleh itu marilah kita bersama-sama menghentikan semua ini demi untuk keturunan kita. Tinggalkan UMNO/BN dan UNDILAH PAKATAN RAKYAT. Jangan biarkan kita hidup dalam kesyirikan dan kekufuran bersama UMNO yang “istidroj” itu.

Benarlak kata Nik Aziz, bahawa solat orang UMNO tidak mendapat pahala. Bukan sahaja solat bahkan semua ibadahnya hanya sia-sia. Hujahnya, bagaimana Allah nak terima dan bagi pahala golongan yang melakukan kezaliman, penindasan, penipuan (termasuk menipu dalam pilihanraya)?

Bahkan Allah mengatakan tempat golongan zalim ialah di dalam neraka termasuk pengikut, penyokong (termasuk pengundinya) tak kiralah samada mereka iut golongan ulama, ustaz, ustazah, tok guru pondok (RM2juta), mufti atau siapa sahaja, jika menyokong golongan zalim, penipu, penindas apatah lagi menghina dan mempersendakan syariat Allah dan Sunnah nabi, tidak ada jalan buat mereka kecuali ke neraka. Manusia yang beriman dengan 6 rukun iman tidak akan sekali-kali menyokong golongan zalim, penipu, pendusta, penindas seperti UMNO itu. Wallahualam.

Oleh: Tok janggut