SPECIAL ADS

30 April 2013

Lahad Datu: Tunjuk bukti, kata Musa kepada Zahid


KUALA LUMPUR 30 Apr : Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan semalam berkata pihak yang mengeluarkan kenyataan bahawa tiga pemimpin pembangkang mendalangi pencerobohan pengganas di Sabah baru-baru ini perlu mengemukan bukti.

Bercakap pada satu sidang media di sebuah hotel di sini semalam, beliau berkata adalah tidak wajar membuat sesuatu tuduhan tanpa menunjukkan bukti.

"Jangan cakap sajalah, tunjukkan bukti. Kalu you spaculate, ini akan membuat orang tidak berpuas hati ataupun orang curiga sama ada statement you itu betul atau tidak," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan wartawan behubung satu kenyataan yang dikeluarkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid beberapa hari lalu mendakwa kerajaan mempunyai bukti penglibatan tiga pemimpin popular pembangkang yang dipercayai mendalangi tindakan pencerobohan pengganas Kiram di Sabah baru-baru ini.

Beliau juga berkata bukti-bukti dari segi perundangan sedang dilakukan bagi membolehkan mereka diheret ke mahkamah selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini.

Kenyataan Zahid itu kemudian dicabar oleh Pakatan Rakyat agar mendedahkan nama-nama pemimpin yang dikaitkan itu.

Zahid bagaimanapun berkata, Kerajaan tidak bercadang mendedahkan nama-nama tersebut sebaliknya akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk melakukan siasatan terperinci dan diselesaikan mengikut perspektif undang-undang.

Mengulas lanjut, Musa yang baru dilantik sebagai Penasihat Majlis Penasihat Keselamatan Pakatan Rakyat semalam berkata, mana-mana pihak khususnya autoriti perlu berhati-hati dalam membuat kenyataan.

"Baru-baru ini keluar kenyataan kata militan Sultan Sulu 'mungkin' sudah ditembak mati, tetapi kemudian kerajaan filipina menafikan.

"Pada saya kena hati-hati buat kenyataan. Buatlah kenyataan terhadap sesuatu yang benar berlaku, kalau spekulasi ini berkemungkinan bembuat ketakutan kepada rakyat," katanya.


Nazri Abdullah,

Tiada ulasan: