SPECIAL ADS

28 April 2013

Husam : Tolak Dakwaan Hishammuddin

PUTRAJAYA 28 Apr  : Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menolak dakwaan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussien yang mendakwa beliau tidak sensitif dan biadab dalam isu pembunuhan pegawai tinggi kastam dua hari lepas.

Datuk Shaharuddin Ibrahim, 58, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/ Cukai Dalam Negeri) ditembak mati dua penjenayah dalam perjalanannya ke pejabat, Jumaat lepas.


Selain menyantuni anggota keluarga allahyarham di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin atau lebih dikenali dengan Masjid Besi, Husam menunggu ketibaan jenazah Shaharuddin sejak sebelum solat asar dan turut sama menghantar jenazah ke kubur sehingga hampir maghrib.

Sepanjang waktu itu Husam mendakwa tiada seorangpun wakil kerajaan yang hadir ke masjid atau ke tanah perkuburan.

Husam  yang juga calon PAS bagi Parlimen Putrajaya menegaskan, kenyataan Hishamudin tersebut hanyalah untuk menutup malu apabila kerajaan interim gagal menunjukkan kebersamaan mereka dengan tidak mewakilkan walau hanya seorang menteri dari 28 orang menteri dan 40 timbalan menteri sewaktu solat dan pengebumian.

"Saya menyentuh perkara ini untuk menyatakan kesedihan terhadap kejadian yang menimpa arwah, iaitu pegawai tinggi kerajaan yang terlibat dengan penguatkuasaan.

"Kedua, saya mengutuk sekeras-kerasnya pihak yang tidak berperikemanusiaan. Saya bertegas mahu Kerajaan khususnya Menterinya bertindak cepat mengesan penjenayah yg melakukan heinous crime ini. Adakah ini menjadikan saya insensitive dan biadab?" Soal beliau dengan tegas.

Menurut Husam rakyat dan warga kastam dan anggota agensi penguatkuasaan juga tertunggu tindakan segera kerajaan bagi menangani jenayah yang mengejutkan apabila ia berlaku di Putrajaya.

Harakahdaily difahamkan calon BN, Tengku Adnan Mansor turut hadir di masjid, namun beliau hanya berada di saf belakang.

Manakala berbeza dengan Husam, selepas selesai majlis, anggota keluarga mangsa, datang menemui calon PAS mengucapkan terima kasih dan penghargaan anggota keluarga terhadap keprihatinan calon PAS tersebut.

Tiada ulasan: