SPECIAL ADS

29 April 2013

Mahathir Berkempen Parti Bunga


PASIR MAS, 28 April — Tun Dr Mahathir Mohamad memuji calon Barisan Nasional (BN) Che Johan Che Pa hari ini, kerana beliau enggan untuk bertanding bagi memberi laluan kepada Datuk Ibrahim Ali.
Bekas pengerusi BN itu mengalu-alukan tindakan Che Johan semasa Hari Penamaan Calon tempoh hari kerana berkorban untuk kebaikan gabungan tersebut, memberikan peluang kepada calon bebas Ibrahim untuk melawan satu lawan satu dengan calon PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz.
“Sesungguhnya dalam apa juga perjuangan, pengorbanan amat penting
Bukan sahaja dia buat korban, nak kena dera pulak,” kata Dr Mahathir di sini merujuk kepada tindakan disiplin Umno yang tertangguh terhadap Che Johan.
“Ini tak adil .. Saya akan jadi peguamnya kalau jawatankuasa nak bicarakan, saya akan jadi peguam untuk pertahankan dia.”
Dr Mahathir disambut oleh beberapa orang  penyokong kebanyakkannya terdiri daripada golongan tua yang sanggup berpanas di luar rumah Che Johan  berkempen kepada Mursyidur Am Tuan Haji Ibrahim Ali, Presiden Parti Bunga. 

Kesian UMNO Kelantan terpaksa menumpang Parti Bunga untuk berkempen di Pasir Mas.

Paling kesian tak ramai yang hadir dan yang hadir pun lebih kepada nak makan bukan nak dengar 'latah orang tua'.

Kita akan lihat bagaimana Tun Mahathir membantu menghancurkan UMNO!! 



Tiada ulasan: