SPECIAL ADS

30 April 2013

Khalid : Saya Tunggu Najib Di Pelabuhan Klang


SHAH ALAM 30 APRIL : Saya akan tunggu Perdana Menteri dan calon Menteri Besarnya di satu restoran di Pelabuhan Klang esok jam 10.30 pagi untuk berdebat dengan mereka.
Itu respons daripada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terhadap cabaran daripada Datuk Seri Najib Razak.
Najib telah mencabar Abdul Khalid untuk membentangkan laporan pencapaian lima tahun pentadbiran Pakatan Rakyat  Selangor.
“Saya dengan hati terbuka menerima cabaran itu dan telah menyatakan kesediaan saya untuk mengadakan perbahasan dengan beliau.
“Walau bagaimanapun sehingga ke saat ini saya tidak menerima sebarang reaksi daripada Perdana Menteri,” kata Abdul Khalid di dalam satu kenyataan media di sini hari ini.
Abdul Khalid berkata beliau serta rakyat Selangor akan menunggu Najib esok, di Perkarangan Restoran Iskandar di Pandamaran Jaya, Pelabuhan Klang.
Abdul Khalid, yang juga calon kerusi DUN Pelabuhan Klang, mahu Najib membawa calon Menteri Besar Selangornya bagi orang ramai mengenali siapa yang akan menerajui pentadbiran negeri sekiranya Umno-BN berjaya tawan Selangor.

Tiada ulasan: