SPECIAL ADS

26 April 2013

Letupan bukan untuk bunuh

Ceramah anjuran BN Nibong Tebal dicemari insiden letupan
SHAH ALAM 27 Apr :  Letupan bom yang berlaku di ceramah perdana Barisan Nasional (BN) di Nibong Tebal kelmarin, dikenal pasti bukan bertujuan untuk membunuh sebaliknya hanya untuk mendatangkan kecederaan terhadap orang awam.

Menurut sumber polis, letupan bom itu boleh membunuh sekiranya bahan bom dicampur dengan paku atau besi.

“Jika bahan utama membuat bom itu dicampur dengan paku atau besi, orang awam yang menjadi mangsa boleh terbunuh.

“Ini kerana paku dan besi itu boleh menembusi badan seperti peluru,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, bom buatan sendiri atau jerangkap letupan rekaan itu hanya mendatangkan kemusnahan dalam lingkungan 50 hingga 100 meter radius.

Katanya, antara bahan utama yang boleh digunakan untuk membuat bom tersebut adalah sulfur, baja urea dan karbaid.

“Kos untuk membuat bom ini hanya kurang daripada RM200,” katanya.

Bagaimanapun katanya, bom buatan sendiri itu hanya boleh dibuat oleh individu yang pakar.

Ini kerana katanya, bom tersebut mempunyai sistem kawalan masa yang dapat diaktifkan oleh individu berkemahiran.

“Bom itu dibuat dengan penuh teliti dan akan meletup mengikut masa yang ditetapkan,” katanya.

Tiada ulasan: