KUALA LUMPUR 28 Apr : Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menyeru para pengundi Melayu jadikan PRU13 ini sebagai peluang untuk memerdekakan bangsa dari politik sempit dan politik kotor yang selama ini disemai oleh parti politik yang berasaskan nasionalisme dan sekular.
Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, jika bangsa Melayu mahu merasai erti kebebasan tulen dan kemerdekaan yang sebenar, maka memenangkan calon yang menjiwai prinsip agama dari parti yang menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai dasar iaitu PAS adalah satu-satunya pilihan.
"Di bawah perintahan sekular sekarang, demokrasi telah disalahguna oleh penguasa sewenangnya untuk mengekalkan kuasa sehingga bangsa Melayu menjadi mangsa kepada politik kotor," ujarnya dalam satu kenyataan, sebagaimanan di bawah.
Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menyeru para pengundi Melayu jadikan PRU13 ini sebagai peluang untuk memerdekakan bangsa dari politik sempit dan politik kotor yang selama ini disemai oleh parti politik yang berasaskan nasionalisme dan sekular.
Jika bangsa Melayu mahu merasai erti kebebasan tulen dan kemerdekaan yang sebenar, maka memenangkan calon yang menjiwai prinsip agama dari parti yang menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai dasar iaitu PAS adalah satu-satunya pilihan.
Di bawah perintahan sekular sekarang, demokrasi telah disalahguna oleh penguasa sewenangnya untuk mengekalkan kuasa sehingga bangsa Melayu menjadi mangsa kepada politik kotor.

Bangsa Melayu perlu insaf betapa parti nasionalisme sekular Umno tidak boleh menjamin keselamatan bangsa kerana ia telah sarat dijangkiti kuman perkauman assobiyah yang ditolak oleh Islam akibat dasar sekular parti tersebut.
Malah ia adalah parti yang bahaya kerana menanam budaya politik "matlamat menghalalkan cara". Budaya politik lucah dan fitnah serta politik samseng jelas kini berleluasa adalah kerana parti Melayu yang tidak berasaskan Islam.
Bangsa Melayu berhak untuk mendapat sebuah kerajaan yang berhasrat menjadikan landasan Islam sebagai pilihan daripada mengekalkan kerajaan yang sekular.
Teras berpendapat bangsa Melayu sudah terlalu lama berkerajaankan parti yang sekular dan berlandaskan nasionalisme sempit sebagai pegangan.
PRU 13 ini harus memberi peluang bangsa Melayu melakukan ‘hurriyah siasiyyah’(pembebasan politik) untuk menubuhkan kerajaan yang sah dan bertunjangkan Islam.
Kerajaan yang membendung rakyat dengan ugutan, memanipulasi pilihanraya dan mengguna undang-undang yang menindas rakyat wajib diubah supaya dapat menghapuskan segala kezaliman.
Kezaliman ekonomi, politik, budaya, sosial, media, undang-undang dan atas nama keselamatan telah menyebabkan orang Melayu terbelenggu dalam minda feudal yang merosakkan.
Hanya dengan perubahan politik dalam PRU13 ini, kehormatan dan maruah bangsa dapat dipulih.
Bangsa Melayu tidak harus ragu-ragu untuk menilai prestasi pemerintah dengan kritikal dan membuat keputusan menukar kerajaan tanpa rasa takut.
Pada asasnya orang Melayu mesti diberi kuasa memilih dengan bebas siapa yang mereka mahu untuk mengurus urusan mereka.
Pengundi Melayu berhak untuk memilih, mengkritik dan menamatkan kuasa pemerintah yang sedia ada jika terbukti parti yang memerintah melakukan pengkhianatan dan salahguna kuasa.
Cukuplah bangsa Melayu dihina dengan sogokan wang untuk memberi undi kepada parti yang hanya mengkayakan beberapa kerat Melayu elit.
Teras menegaskan bangsa Melayu memikul amanah menjaga kemuliaan agama dengan berusaha melaksanakan hukum Allah dan bukan menurut hawa nafsu memesongkan rakyat dari hukum Allah.
Inilah yang diperintah oleh Al-Quran yang bermaksud: "Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan Allah dan janganlah engkau menurut hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkan kamu dari suatu hukum yang telah diturunkan Allah kepadamu.” (al-Maidah, 5:49)
Soalnya setelah sedemikian lama parti nasionalis memerintah, hukum Allah bukan sahaja diketepikan malah telah ditohmah dan dimomokkan sebagai tidak sesuai dengan zaman dan dituduh sebagai hukum parti pembangkang.
Dengan memilih mereka yang tidak berhasrat melaksanakan hukum Allah bermakna menjadi pembela kepada orang-orang yang khianat.
Ketegasan Al-Quran tidak dapat dimungkiri, yang bermaksud, “Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu wahai Muhammad kitab (al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyu-Nya); dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat.” (an-Nisa’, 4:105)
Sebab itu Teras menegaskan PRU13 hendaklah memenangkan calon Muslim dari parti yang beriltizam untuk menegakkan hukum kebenaran dan keadilan.
Menolak mereka untuk dipilih dalam pilihanraya akan menyebabkan suara Islam dalam Parlimen dan Dun akan tersisih. Pengundi Muslim hendaklah turut menyokong parti Islam yang menambah bilangan calon Islam sebagai wakil rakyat.
Parti Islam yang berteraskan Islam wajib diterima sebagai alternatif kepada parti sekular yang menolak dasar Islam.
Memilih dan menyerahkan amanah kepimpinan kepada mereka yang bertjuan menegakkan agama Allah adalah amal besar dalam Islam. Bangsa Melayu hanya selamat dengan Islam, tidak dengan yang lain.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan