Calon PKR di Penampang, Ignatius Dorrel Leiking malam tadi berkata, beliau mungkin salah satu daripada tiga pemimpin pembangkang dituduh sebagai dalang serangan Sulu ke Lahad Datu.
Leiking (kanan) memberitahu kira-kira 150 hadirin bahawa dua orang lagi mungkin calon PKR Subang, R Sivarasa calon dan calon PKR Batu, Tian Chua.
"Saya telah mendengar tentang (tuduhan) ini sebelum pembubaran Parlimen... Mereka tidak sebut nama, tetapi kita tahu bahawa salah seorang daripada tiga orang itu sepatutnya saya.
"Jadi, jika (Pakatan Rakyat) tidak membentuk kerajaan persekutuan dan kalah di Penampang, maka anda lihat saya masuk lokap ...
"Apa juga yang mereka mungkin lakukan, anda akan tetap di sini dan saya harap doa anda akan membantu kami," katanya.
Menurut Leiking, ketiga-tiga mereka mungkin menjadi suspek kerana mereka baru-baru ini telah pergi ke Manila.
Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa pemergian mereka itu bukan untuk merancang kejadian di Lahad Datu tetapi untuk mencari maklumat mengenai Manuel Amalilio, lelaki yang dituduh menipu ribuan rakyat Filipina
"Kami ke sana untuk mendapatkan bukti yang mengaitkan Amalilio dengan Ketua Menteri (Musa Aman)," katanya.

Semalam, Bernama melaporkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi sebagai berkata Kementerian Pertahanan telah mengenal pasti tiga pemimpin pembangkang yang menjadi dalang kepada insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah.
Zahid dilaporkan berkata, segala maklumat dan butir-butir mengenai dalang tersebut akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan