SPECIAL ADS

28 April 2013

Aishah : Saya hampir jadi mangsa fitnah politik lucah


28 Apr : Sebaik sahaja memilih PAS sebagai wadah perjuangan, tekanan demi tekanan dihadapi oleh penyanyi, Aishah ataupun namanya, Wan Aishah Wan Ariffin (gambar) hinggakan ada usaha mensabotaj beliau dengan taktik jahat dan kotor.

Aishah mendakwa beliau hampir menjadi mangsa perbuatan jahat musuh politik PAS apabila rumahnya ditebuk atapnya untuk dipasang dengan kamera.

Namun nasib menyebelahinya dengan cara ia disedari lebih awal apabila atas rumahnya bocor apabila ditimpa hujan.

Ekoran itu, beliau menyedari bumbung bahagian bilik tidurnya dikorek dipercayai untuk memasang kamera CCTV.

“Syukur alhamdulillah, Allah memelihara kita, Allah sentiasa bersama kita, begitu juga dalam kes Dato’ Mustafa Ali, insya- Allah, Allah akan memberi petunjuknya nanti,” ujar Aishah.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kejadian penyebaran video tidak bermoral Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali, yang kini menjadi bulan hangat di seluruh negara sejak beberapa hari lalu.

Bagi Aishah, sesiapa sahaja yang berada bersama PAS termasuk Pakatan Rakyat akan menjadi mangsa politik kotor pihak lawan sebagai modal akhir untuk mempertahankan hayat.

Artis yang juga calon PAS Jempol, Negeri Sembilan itu berkata, ianya dijangka “bom” hayat untuk menyelamatkan parti pemerintah sebelum ini untuk berhadapan dengan pihak lawan yang semakin mendapat sokongan rakyat.

Tambahnya, sedangkan tindakan begitu juga akan menjadi senjata “makan diri” kerana akhirnya akan terpalit terkena diri.

Beliau yakin rakyat tidak akan menelan fitnah itu mentah-mentah kerana mereka telah sedar dan cerdik untuk terus bermimpi.

Oleh SALMAH MAT HUSSAIN

Tiada ulasan: