SPECIAL ADS

29 April 2013

Johor: Pakatan kuasai hampir separuh kerusi sasaran

29 Apr : Dalam suasana kempen yang hanya berbaki enam hari lagi, Pakatan Rakyat Johor dipercayai telahpun bertapak kukuh di hampir separuh daripada 11 kawasan parlimen yang disasarkannya di Johor dan kini bergerak dengan lebih agresif di enam lagi kawasan.

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berkata Pakatan masih perlu memastikan 10 kerusi dari Johor, Sabah dan Sarawak berada di tangannya untuk membolehkan gabungan parti itu membentuk kerajaan di Putrajaya.

Lima kerusi di Johor tersebut adalah Gelang Patah, Bakri, Kluang, Kulai dan Segamat, yang mengandungi antara 46 hingga 56 peratus majoriti pengundi Cina.

Selain Bakri, yang dimenangi Pakatan dalam pilihan raya umum 2008, empat kerusi lain menunjukkan ciri-ciri sama:
  • Peratusan pengundi Cina tinggi
  • Jumlah penduduk bandar kelas pertengahan yang besar
  • Kehadiran yang ramai di ceramah pembangkang sejak dua minggu lalu
  • Ditandingi pemimpin utama parti dengan kekuatan jentera yang besar
Formula Pakatan untuk memenangi kawasan ini adalah dengan meningkatkan sokongan Cina kepada lebih 75 peratus dan mengekalkan sokongan 25 hingga 30 peratus dari kalangan pengundi Melayu.

Sekiranya trend yang ditunjukkan ini berterusan sehingga akhir tempoh kempen, MCA mungkin akan tewas di tiga kerusi – Kulai, Bakri dan Kluang – daripada tujuh kerusi yang ditandinginya.

DAP pula mungkin menjadi parti pembangkang paling besar di Johor dengan empat kerusi parlimen diikuti PKR dengan satu kerusi.

http://www.freemalaysiakini2.com

Tiada ulasan: