SPECIAL ADS

30 April 2013

Undi pos di London kurang telus


30 Apr : Saya ingin berterima kasih kepada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) kerana telah memulakan dan membukapengundian pos untuk semua warganegara Malaysia yang bermaustutin di luar negara. 

Saya ingin membawa kepada perhatian SPR mengenai beberapa kesilapan yang jelas dalam protokol pengundian pos yang telah dijalankan di Konsulat Malaysia di Belgrave Square London semalam yang tidak masuk akal dan menyebabkan sistem yang sedia ada tidak sah, terbuka kepada penyalahgunaan dan penyelewengan dan kurang ketelusan(transparensi) . 

Soalan yang ditanyakan oleh semua yang hadir ialah:

a) Mengapakah kertas undi tidak dikira terus selepas semua yang hadir telah habis undi (oleh wakil SPR di London, dan kiraan ini disaksikan oleh pemerhati indepen serta representasi daripada setiap parti). Sebaliknya kertas undi dimasukkan ke dalam “beg undi khas luar Negara” dan akan dihantar pulang ke Malaysia, dan dari situ diedarkan kepada 222 kawasan. Soalan yang ditanya disini ialah:

i) beg ini akan di bawa balik oleh siapa? Dan apabila di Malaysia pula, siapa yang akan mengedar sampul kertas undi ini kepada dua ratus dua puluh dua kawasan di seluruh Malaysia? 

Langkah ini dalam protokol SPR untuk mengundi adalah tidak telus, dan tidak boleh di pantau. Di tangan individu yang tidak soleh boleh ditukarkan. Langkah ini batal dan tidak sah, dan menyebabkan rakyat Malaysia yang keluar mengundi semalam meragui perkhidmatan yang ditawarkan dan kredibiliti SPR.

ii) mengapakah individu dibenarkan, membawa sampul dengan kertas undi yang telah diisikan, keluar dari bilik mengundi dan kertas undi ini dihantar melalui pelbagai cara (melalui rakan, courier, etc), balik ke Malaysia untuk sampul undi yang telah diisikan sampai kepada tangan ketua undi di kawasan masing-masing? Langkah ini terbuka kepada penyelewengan undi dan undi hatu untuk di sertakan sekali. Langkah ini tidak telus dan tidak boleh di pantau.

iii) Bagaimanakah pilihan undi saya sulit dan persendirian, jika borang butir peribadi seperti nama, number IC dan tandatangan dimasukkan sekali gus dalam sampul undi bersamaan dengan undi saya sekali?

Saya berharap pihak SPR boleh memberi penjelasan dan klarifikasi mengenai perkara yang dinyatakan di atas, dan membalas pertanyaan ini.

Saya yang menjalankan tugas sebagai seorang Anak Bangsa Malaysia.M/Insider

Oleh W.V. Perera

* Ini adalah pandangan peribadi penulis.


Tiada ulasan: