SPECIAL ADS

29 April 2013

Pesanan Untuk Kakitangan SPR


29 Apr : Surat terbuka ini saya tujukan khas kepada semua kaki tangan yang terlibat secara langsung mengurus dan mengendalikan proses pilihan raya ke-13 (PRU13). Setelah mengikuti berita-berita dan kenyataan-kenyataan daripada pemimpin Barisan Nasional (BN), Keadilan (PKR) dan pegawai-pegawai Suruhanjaya Pilihan raya Malaysia (SPR), deria ke enam saya mengatakan wujudnya ketidak telusan yang nyata. Saya tidak berhasrat untuk menyenaraikan segala kepincangan, ketidaktelusan, usaha-usaha penipuan dan cobaan untuk menegakkan benang basah oleh pihak SPR sendiri untuk mengjustifikasikan segala tindakan mereka.

SPR perlu faham. Anda memegang amanah yang akan dipertanggungjawabkan kelak. Apabila masyarakat memperkatakan kepincangan anda, bermakna memang ada kepincangan yang serius bagaimana cara anda menguruskan PRU13.

Kepada semua kakitangan SPR, ingatlah, maruah dan integriti kita adalah apabila orang ramai mengiktiraf dan memuji kita. Jawatan yang kita pegang adalah sementara. Akan tiba juga saat untuk kita bersara. Jangan sampai masyarakat mengeji anda dan anak cucu sebagai bekas kakitangan SPR yang khianat. Kejujuran kita dalam menjunjung amanah akan menentukan keberkatan hidup. Ingat, kita orang Islam. Kita akan dipertanggungjawabkan atas segala tanggungjawab dan tindakan kita.

Jika kita Jujur dan Amanah, Allah SWT akan limpahkan keberkatan dan rahmat bukan sahaja di dunia, malah pada hari pengadilan di Yaumil Mahsyar.  Allah akan lindungi orang-orang yang beriman daripada ancaman api Neraka dan Insya-Allah kita akan dikurniakan ganjaran yang berlipat ganda.

Dalam saki baki masa yang ada, berazamlah untuk memperbetulkan segala kepincangan. Selamatkan saki baki integriti SPR yang masih ada. Allah akan bersama kita. Cegahlah segala penipuan yang cuba dilakukan oleh pemimpin yang korup dan khianat. Ingat, mereka mendapat dunia yang sementara walaupun Akhirat yang yang abadi penuh penderitaan untuk mereka. Jika anda bersekongkol, berbaloikah? Di dunia, hasil kekayaan daripada korupsi tidak akan dikongsi dengan anda, malah diakhirat anda akan terlepas daripada segala rahmat yang dijanjikan.

Bantulah aspirasi masyarakat untuk melakukan perubahan dengan cara bersikap jujur dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab anda sebagai kakitangan SPR. Laporkan segala kepincangan yang berlaku. Jika anda diambil tindakan kerana bersikap jujur, banyak NGO yang bersedia untuk membela anda.

Jika perubahan gagal dilakukan disebabkan oleh penipuan oleh SPR, bermakna bencana untuk Negara. Setiap dari anda akan dikutuk zaman berzaman dan ia tidak habis begitu sahaja. Di Akhirat, dihari pengadilan, tiada apa yang boleh melindungi anda daripada dakwaan dan tuntutan oleh jutaan rakyat yang terananya. Penipuan, walaupun sebesar zarah akan diberikan pengadilan yang saksama. Oleh itu fikirkan dan tolonglah!!! Bersikap amanahlah untuk kali ini.

Sekian, semoga saya tidak perlu menuntut dan mendakwa anda dihadapan Allah kelak.!!!

Oleh: Mohd Nizam Badaruddin,


Tiada ulasan: