SPECIAL ADS

30 April 2013

Siapa Penipu, Siapa Kena Tipu?



30 Apr : Perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak ketika turun berkempen di negeri Selangor yakin Barisan Nasional dapat rampas semula pada PRU 13 5 Mei ini.

Hujjah perdana menteri tidak lain dan tidak bukan ialah ketidakpuasan rakyat Selangor terhadap kerajaan Pakatan rakyat yang memerintah selama lima tahun itu.

Manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim orang yang dikatakan tidak layak jadi perdana menteri Malaysia selepas PRU 13 ini yakin menang dan dapat lawan Putrajaya.

Hujjah Penasihat pakatan rakyat tidak lain dan tidak bukan ialah kerana sudah muak dengan kerajaan BN yang banyak melakukan penyeleweangan dan salahgunakuasa, termasuk rakus dengan rasuah  selama lima puluh tahun lebih itu.

Namun begitu,  penulis fokuskan tulisan ini sepertimana judul diatas iaitu cuba buat analisis pasal kerusi milik BN di Selangor yang kemungkinan besar tidak selamat pada PRU 13 ini.

Sekarang ini 9 kerusi DUN yang dimiliki BN tidak selamat kerana majoritinya dibawah angka satu ribu, manakala parti keadilan rakyat hanya satu kerusi sahaja, itu N 10, DUN Bukit Melawati milik Muthiah Maria Pillay yang majoritinya  608 undi.

Satu kerusi milik DAP turut tidak selamat iaitu N 4 Dun Sekincahan miliki Ng Suee Lim yang majoritinya hanya 190 undi sahaja.

Lapan Kerusi dun yang dimiliki PAS boleh dikatakan hampir semuanya selamat, Cuma kerusi DUN  N. 45 Selat Klang miliki Dr Halimah Ali kerana majoritinya 1,459 undi berbanding dengan lain lain majoriti lebih dua ribu keatas.

Mari sama sama kita lihat 9 kerusi milik BN dari 20 kerusi yang dikatakan sangat tidak selamat bagi membalas hujah Najib yang yakin Selangor dapat dirampas dan diperintah semula BN pada PRU 13  5 Mei ini.

Lihat N 1, Sungai Air Tawar, kerusi miliki Raja Ideris@ Raja Idris Raja Ahmad yang majoritinya 123 undi sahaja. N2, Sabak,kerusi  milik Dr Warno Dogol yang majoritinya 117 undi. N6 Kuala Kubu Bahru kerusi milik Koon Mun yang majoritinya 448 undi
.
N9, Permatang, kerusi milik  Sulaiman Abdul Razak yang marojitinya 608. N13 Kuang kerusi milik Abdul Shukur Idrus yang majoritinya 517 undi.

N15, Taman Templer kerusi milik Datuk Sei Subahan Kamal yang majoritinya 613 undi. N38 Paya Jaras kerusi milik Datuk Muhamad Bushro Mat Johor yang majoritinya 642 undi. N29 Seri Serdang kerusi milik Datuk Dr. Mohamad Satim Diman yang majoritinya 45 undi sahaja. N53 Morib kerusi milik Hasiman Sidom yang majoritinya 286 undi.

Bagaimana pun tumbangkan kerajaan BN Selangor pada PRU 12 dahulu atas sebab ketidakpuasan rakyat Selangor atas sebab kerakusan seorang menteri besar.

Atas sebab itu, Najib telah mencanangkan bahawa menteri Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim adalah seorang penipu. Oleh itu, orang Selangor hari ini, cukuplah sekali di tipu, agar jangan sampai kena tipu lagi pada PRU 13 ini.

Siapakah yang menipu dan siapakah pula yang kena tipu. Pada penulis rakyat jelata Malaysia ini sudah 50 lebih kena tipu BN. Oleh itu, jangan sekali kali ditipu dan tertipu lagi pada PRU 13 5 mei ini.

Oleh: anaabdullah

Tiada ulasan: