SPECIAL ADS

28 April 2013

UMNO Selangor Bergolak!



28 Apr : Maklumat terbaru yang 80% sahih, Umno Selangor terus menghadapi masalah dan jalan untuk merampas Selangor jadi semakin sukar sekiranya berita ini benar. Katanya terdapat 60 cawangan di seluruh Selangor bersiap sedia untuk dibubarkan dan ahlinya akan menyertai Pakatan Rakyat.

Tindakan itu dibuat kerana cawangan Umno berkenaan tidak suka dengan Mohd Zain Abdullah, calon UBN Sepang. Tidak dijelaskan kenapa Mohd Zain menjadi punca kemarahan?

Perkara ini diceritakan oleh seorang wartawan akhbar arus perdana 'khulub' kepada perisik PR semasa ditemui di lokasi ceramah Merampas Putrajaya di Presint 19 malam tadi.

Menurut wartawan itu ada orang tertentu menghubunginya untuk membuat pendedahan perkara itu di media arus perdana kelmarin tetapi ia tidak dapat dilakukan kerana ada sedikit masalah. "Media arus perdana tidak mungkin akan menyiarkannya," ujarnya.

Beliau tidak menyebut siapakah yang menjadi dalang di sebalik protes besar-besaran itu. Apakah kesediaan 60 buah cawanagn itu ekoran penyertaan Muhammad Mohd Taib ke dalam PAS Muhammad antara pemimpin Umno Selangor yang berpengaruh.

Tambah wartawan itu sekiranya media arus perdana enggan menyiarkan kemungkinan berita pembuburan 60 cawangan itu Umno itu akan dibuat menerusi blog atau Facebook. Ini Kalilah.. Ubah..!

Gambar di bawah merupakan proses mengundi bagi rakyat Malaysia yang berada di luar negara pada hari ini 28.04.2013. Lokasi adalah di Melbourne Australia. Pihak PR berharap proses pengundian adalah telus dan tiada penipuan serta manipulasi dengan apa-apa 

Tiada ulasan: