SPECIAL ADS

26 April 2013

Suspek belajar bom dari negara jiran


Ceramah anjuran BN Nibong Tebal dicemari insiden letupan
KUALA LUMPUR 27 Apr : Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak menolak kemungkinan suspek terlibat dalam kejadian meletupkan kawasan kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di Nibong Tebal, Pulau Pinang dan Sekinchan, Selangor, baru-baru ini, cuba mempelajari apa yang berlaku dalam kejadian serangan dan pengeboman semasa proses pilihan raya negara jiran.

“Polis sedang mempertingkatkan risikan mengenal pasti dalang sebenar yang mengupah serta mengarah pelaku menimbulkan keadaan kekecohan dan huru-hara semasa berkempen.

“Kita tidak akan berkompromi dalam soal isu membabitkan sesuatu yang boleh mengancam keselamatan masyarakat, tidak kira dia dari parti mana sekalipun hukuman dan tindakan tegas akan dikenakan mengikut peruntukan undang-undang,” katanya.

Khalid juga berharap agar rakyat menjadikan iktibar dengan apa yang menimpa penduduk di negara jiran selepas beberapa siri letupan dan serangan pihak tidak bertanggungjawab sehingga mengakibatkan pihak tidak berdosa terkorban.

“Jangan bawa masuk budaya meletupkan kawasan awam seperti yang sering berlaku di negara jiran, demi keharmonian dan ketenteraman awam negara ini,’ katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam), Asisten Komisioner  Ramli Mohamed Yoosuf, pelbagai kesalahan sepanjang tempoh seminggu kempen PRU13 antaranya, kes ugutan ke atas seorang calon di Kuala Kubu Baru, Selangor, baru-baru ini.

“Calon dipercayai diugut untuk membayar RM30,000 kepada sekumpulan individu sekiranya ingin menang dalam PRU13,” katanya.

Katanya, PDRM turut menerima laporan kes ugutan bunuh yang diterima Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, pada jam 5.40 petang, 22 April lalu yang dihantar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) oleh individu yang tidak dikenali.

“Kami menerima laporan daripada mangsa, kelmarin. Kes itu masih dalam siasatan,” katanya.

Menurutnya, pihaknya juga menerima laporan kejadian pergaduhan dan merosakkan poster calon bertanding di Rembau, Kuching, Jertih, Tampin dan Menglembu.

Tiada ulasan: