SPECIAL ADS

30 April 2013

Pakatan terus kumpul angka besar di NS

01 Mei : Menjelang empat hari sebelum pengundian, Pakatan Rakyat terus mengumpulkan angka besar dalam ceramah mereka di Negeri Sembilan, dengan perkembangan terkini sekurang-kurangnya 25,000 orang hadir dalam ceramahnya di Sikamat malam tadi.

Perkembangan itu dilihat cuba memberi isyarat kepada BN agar bersedia berhadapan kemungkinan memberi laluan kepada sebuah kerajaan negeri baru di negeri itu.

NONEBertempat di Jalan Datuk Siamang Gagap, Sikamat malam tadi, pelbagai kaum hadir pada majlis ceramah raksasa menampilkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Orang ramai sabar menunggu beliau yang diperkenalkan sebagai "perdana menteri Malaysia ketujuh" dan menyambutnya dengan sorakan dan laungan sewaktu beliau tiba pada jam 11.20 malam.

"Pilihan raya hujung minggu ini saudara, minggu depan kita batal hutan PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional).

"(Pada) 5 Mei kita pilihan raya, 6 Mei kita bentuk kerajaan baru, dan 7 Mei kita turunkan harga minyak!" kata Anwar disambut sorakan gemuruh daripada hadirin ceramah.

Mood sama di Terminal 2 Seremban


Kehadiran Anwar dilihat menyuntik semangat tambahan kepada kempen Pakatan terutamanya jentera PKR yang bertanding di DUN Ampangan dan Sikamat yang dimenangi dengan majoriti tipis sahaja pada tahun 2008.

Ampangan dimenangi PKR dengan majoriti 165 undi sementara Sikamat pula dimenangi dengan majoriti 499 undi sahaja.

NONE"Sudah pasti kedatangan beliau (Anwar) memberikan dorongan kepada kebangkitan rakyat di Seremban.

"Pada saya lawatan beliau ini adalah untuk memastikan kita terus fokus dalam kempen pada saat-saat terakhir ini," kata pengerusi PKR negeri, Datuk Kamarul Baharin Abbas yang bertanding di kerusi DUN Ampangan dan mempertahankan Parlimen Teluk Kemang.

Pada pilihan raya tahun 2008, Pakatan Rakyat berjaya menafikan majoriti dua pertiga BN di Negeri Sembilan.

Pakatan Rakyat memenangi 15 kerusi (DAP 10 kerusi, PKR empat kerusi dan PAS satu kerusi) sementara BN menguasai 21 kerusi.

"Mood yang sama malam ini dirasai pada ceramah Pakatan bertempat di Terminal 2 Seremban lima tahun lalu tepat dua hari sebelum hari mengundi," kata seorang pengunjung ceramah yang tidak mahu dinamakan kepada Malaysiakini.

'Wyue wu, huan zheng fu'

Ceramah malam tadi juga membuktikan majoriti pengundi Melayu di kawasan bandar terus bersama Pakatan. 

Manakala dua ceramah raksasa DAP di pasar besar Seremban dan Oakland Park sebelum ini berjaya menarik majoriti pengundi Cina.

Jalan Datuk Siamang Gagap yang kebiasaannya adalah laluan empat lorong bertukar menjadi laluan selorong yang hanya muat dilalui motosikal apabila pengunjung ceramah turut melimpahi jalan itu untuk mendengar ucapan Anwar.

Mereka turut beramai-ramai melaungkan ungkapan "wyue wu, huanzheng fu (5 Mei, Kita tukar kerajaan)" berulang-ulang kali sewaktu menanti Anwar tiba ke tapak ceramah.

Di penghujung ceramah, Anwar membakar semangat pengunjung dengan mengetuai laungan "Reformasi", "Membujur lalu melintang patah", dan laungan "Ubah" yang disambut dengan sorakan "Ini Kalilah".res

Tiada ulasan: