PEKAN 28 Apr : Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa yang juga ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR menyifatkan pencalonannya di Parlimen Pekan yang disandang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sejak sekian lama adalah suatu titik permulaan terhadap segala usaha yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat di setiap peringkat.
Menurutnya, walaupun Pekan adalah kubu kuat Barisan Nasional (BN) namun ada beberapa isu yang dibangkitkan di parlimen ini mampu mengganggu-gugat kredibiliti Najib.
“Kita (PKR) telah membuktikan kemampuan untuk menampilkan figura seorang pemimpin yang mampu melunaskan tanggungjawab diamanahkan oleh rakyat selain bijak menyesuaikan diri dan menangani apa jua konflik serta situasi.
“Perubahan yang dilakukan merupakan satu anjakan yang memberi pelbagai persepsi dan rakyat pasti menaruh harapan untuk melihat perubahan yang akan dibawa oleh wakil rakyat baru jika berjaya meletakkan diri sebagai pemimpin pilihan,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan