SPECIAL ADS

29 April 2013

Umno Amal Budaya Songsang?



29 Apr : Rakyat diseru menolak Umno/BN kerana menggalakkan budaya lucah. Ini kerana  sejak akhir-akhir ini mereka menayangkan klip-klip video lucah samada majlis kempen mereka mahupun di blog-blog pro-Umno/BN.

Ini bermakna budaya Umno telah rosak dan biadap yangmana cuba memancing undi dengan menggunakan klip video lucah. Kejadian ini berlaku di Terengganu dan seluruh negara.  Malu dan sedih kita mengenangkan sikap pemimpin Umno yang tidak tahu halal haram, dosa pahala dan malu ini.



Penglibatan orang tua, budak-budak, Pak Imam dan Pak Haji diajak oleh mereka menonton klip video porno dan gambar-gambar lucah dan separa lucah. Diaibkan insan-insan tertentu dalam klip video tersebut walaupun ianya tidak dibuktikan atau disahkan benar. 

Apakah elok atau manisnya  kita tayangkan benda-benda lucah itu di khalayak ramai. Tidak takutkah kepada amaran Allah. Dalam Islam,  orang yang dituduh berzina mesti dibawa ke muka pengadilan mahkamah syariah dan si penuduh mesti membawa 4 orang saksi yang adil. Bukan cara Islam menayangkan klip video lucah di khalayak ramai untuk menarik sokongan orang ramai.

Kita berkempen dan berjuang untuk menjadikan rakyat lebih baik bukannya diajak menjadi penggemar video porno sebegini.  "Setelah mutakhir ini terlalu banyak didedahkan video ini, orang ramai tidak percaya dengan video ini sama ada betul atau sebaliknya itu semua orang ramai tidak bercaya kerana bagi orang ramai, BN seolah-olah menggalakkan budaya lucah ini.


"Saya menyeru orang ramai menolak budaya ini dengan menolak Umno dari menjadi peneraju negara dalam PRU13," kata Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS.

Tiada ulasan: