SPECIAL ADS

30 April 2013

Mazlan : Warga Felda Terbela & Hak Dikembalikan

KUALA LUMPUR 30Apr : Nasib 1.6 juta warga Felda akan terbela dan hak mereka akan dikembalikan di bawah Pakatan Rakyat selepas berjaya dalam PRU-13 ini nanti.

Mazlan Aliman yang juga calon PAS Dun Bukit Permai, Kulai berkata, Pakatan Rakyat akan menyemak semula hutang dan potongan yang dikenakan ke atas peneroka selama ini. 

Malah katanya, penempatan Felda yang diuruskan bawah Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKKK) akan menikmati subsidi input pertanian bagi mengurangkan kos sebagaimana dinikmati pekebun kecil.

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan berkata 20 ribu unit rumah mampu daripada 150,000 rumah yang dibina oleh Kerajaan baru Pakatan Rakyat akan diperuntukkan kepada generasi ke-2 dan 3 Felda dengan hanya membayar sekitar RM150 sebulan. 

Tambahnya, mekanisme dengan agensi Kerajaan Pusat seperti Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dengan kerjasama strategik melalui Felda serta Koperasi Permodalan Felda akan dimeterai. 

Bukan itu sahaja, Mazlan turut memeri jaminan semakan dalam tempoh 100 hari terhadap masa depan FGVH menerusi pakar-pakar perundangan di mana segala perjanjian antara FGVH dengan Felda dan Kerajaan Negeri akan diteliti.

"Kedudukan 360,000 hektar Tanah Felda Plantation yg dipajak selama 99 tahun kpd FGVH akan di kaji semula. Dasar pengagihan tanah untuk rakyat akan dikembalikan semula," tegas Mazlan kepada Harakahdaily.

Justeru katanya, jawatan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda, Pengerusi FGVH, Pengerusi Felda Holding dan Pengerusi Anak Syarikat akan ditamatkan dan satu panel siasatan akan ditubuhkan untuk menyiasat beliau atas tuduhan salah guna kuasa dan penyelewengan wang Felda.


Tiada ulasan: