SHAH ALAM 30 Apr : Dasar pendidikan percuma diketengahkan oleh manifesto Pakatan Rakyat (PR) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 tidak akan menyebabkan pelajar pusat pengajian tinggi menjadi malas untuk belajar, demikian menurut seorang penganalisis hari ini.
Pensyarah Fakulti Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara, Profesor Madya Dr Shaharuddin Badaruddin berkata, sebagai bekas penerima dermasiswa beliau mengakui tidak pernah berasa malas untuk belajar.

“Saya tidak malas pun. Yang saya tahu, masa saya belajar di Universiti Malaya (UM) pada tahun 1982, saya menerima dermasiswa, bukannya biasiswa.
“Saya juga dikecualikan dari membayar yuran dan mendapat lagi elaun sara diri,” katanya ketika menjawab soalan hadirin Wacana Sinar Harian Siri ke-19, bertajuk Manifesto PRU13 Barisan Nasional vs Pakatan Rakyat di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini.
Wacana kali ini turut menampilkan penganalisis politik Dr Maszlee Malik dan Ketua Kluster Etnisiti dan Pekerjaan, Institut Kajian Etnik (Kita), Prof Dr Mansor Mohd Noor sebagai ahli panel.
Wacana ini dikendalikan oleh Ketua Eksekutif Institut Bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan.
Selain pendidikan percuma, manifesto PR yang dilancarkan Februari lalu turut disertakan pemberian caj eletrik dan air lebih rendah, penghapusan tol serta pemberian rawatan kesihantan percuma bagi wad dua dan tiga di semua hospital kerajaan.
Shaharuddin menambah, sekiranya pemberian pendidikan percuma boleh dilaksanakan pada tahun 1980an, mengapa perkara sama tidak boleh dilaksanakan pada masa sekarang.
Mengakui ada dakwaan yang mengatakan bahawa pendidikan percuma sukar dilaksanakan memandangkan jumlah pelajar semasa adalah terlalu ramai, Shaharuddin menjelaskan dari sudut lain pendapatan negara ketika ini semakin meningkat.
“Jadi, suasana yang ada pada tahun 1980an itu masih boleh diteruskan.
“Kalau dulu boleh dilakukan mengapa sekarang tidak boleh?” katanya lagi.
Sementara itu, Maszlee pula berpendapat, terdapat perbezaan di antara pendidikan percuma dengan pencapaian yang dicapai negara seperti Jerman dan negara-negara
Scandinavian lain yang dapat memberikan pendidikan percuma kepada rakyatnya.
Namun jelas beliau, pemberian pendidikan percuma di negara-negara terbabit tidak menjadi isu sama ada ia akan menjadikan pelajar menjadi malas ataupun tidak.
“Apa yang perlu menjadi perhatian utama ialah kandungan yang diajar di universiti itu dan juga suasana sekeliling.
“Dalam kes ini, sistem pendidikan awal sebelum itu perlu diberi penumpuan ataupun pemilihan universiti itu satu isu lain,” jelas beliau.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan