SPECIAL ADS

31 Disember 2014

QZ8501 dijumpai, perasaan Tony hancur luluh

Tony Fernandes
KUALA LUMPUR - AirAsia Indonesia mengaku serpihan yang dijumpai semalam adalah daripada penerbangan QZ8501 yang hilang, seperti yang disahkan Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Republik Indonesia (Basarnas).
   
Dalam kenyataannya, syarikat penerbangan berkenaan berkata, serpihan pesawat Airbus A320-200 itu dijumpai di Selat Karimata, kira-kira 110 batu nautika ke barat daya Pangkalan Bun di Kalimantan Tengah.
   
Ketua pegawai eksekutif kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, perasaannya hancur luluh dengan perkembangan itu.
   
"Ini adalah detik yang amat getir bagi kami semua di Air Asia dalam menanti perkembangan selanjutnya tentang operasi mencari, tetapi perkara yang menjadi keutamaan kami sekarang ialah kebajikan anggota keluarga mereka yang menaiki QZ8501," katanya.
   
Kenyataan itu berkata, Air Asia Indonesia akan menjemput anggota keluarga terbabit ke Surabaya di mana sekumpulan penjaga kebajikan yang dedikasi akan ditugaskan membantu setiap keluarga bagi memastikan semua keperluan mereka dipenuhi.
   
"Kaunselor, ahli agama dan pakar kerohanian juga diundang ke pusat keluarga untuk memberi apa jua khidmat yang diperlukan," katanya.
   
Kenyataan itu berkata, operasi mencari dan menyelamat kini diteruskan dan siasatan lanjut terhadap serpihan yang dijumpai juga sedang dijalankan.
   
Presiden Indonesia Joko Widodo memberitahu media bahawa semua aset udara dan maritim akan digunakan dalam gerakan mencari secara besar-besaran bagi mengesan pesawat itu, yang hilang daripada pengesanan radar pada Ahad ketika dalam penerbangan ke Singapura dari Surabaya, Indonesia.
   
Katanya, fokus sekarang ialah memungut mayat mangsa tragedi itu. Penerbangan QZ8501 membawa 162 penumpang dan anak kapal.
   
Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, Malaysia komited untuk memberi segala bantuan yang mungkin dan terus menyokong usaha mencari dan menyelamat yang sedang dilakukan dengan diterajui Indonesia.
   
"Malaysia sentiasa bersama-sama dengan keluarga dan orang tersayang mereka yang menaiki pesawat berkenaan dan kami mengutuskan ucapan takziah kepada mereka.
   
"Ini adalah detik-detik yang amat memedihkan bagi mereka yang berkenaan dan kami amat sedih dengan tragedi ini," katanya.
   
Pesawat Airbus itu berlepas dari Surabaya pada 5.35 pagi Ahad waktu tempatan dan dijadual mendarat di Singapura pada 8.20 pagi. Ia terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara Indonesia sekitar 7.24 pagi waktu tempatan. - Bernama

Heboh Tentera Israel Pakai Pampers Kerana Ketakutan


Seorang ahli perubatan Indonesia yang kerap memasuki Gaza, Dr Joserizal Wartawan berkata, tentera Israel merasakan takut yang luar biasa apabila memasuki Gaza. Kerana itu, mereka memasuki Gaza dengan Tank Merkava.

Mereka tidak berani keluar dari kereta kebal dan menghabiskan masa berhari-hari di dalam sana. "Mereka menahan kencing dan berak dengan menggunakan pempers," jelas Jose menceritakan pengalamannya ke Gaza pada 2009.

Sementara di luar tank, katanya, pasukan elit Palestin, Briged Izzuddin al-Qassam, menyebar. Bermodalkan senjata AK-47, mereka mengintai pasukan Israel.

Ia menjelaskan, mereka menahan lapar dan haus dengan berpuasa. Sesekali mereka berzikir sambil tetap melakukan pengintaian. Ketika tudung tank terbuka, mereka masuk dan melakukan menyerbu dan mengalahkan pasukan Israel.

Aksi yang sama diramal akan berulang kembali jika Israel melakukan serangan darat. Brigade Izzuddin al-Qassam selalu menyeru Gaza akan menjadi neraka bagi Israel. DAIRISHARE

Misteri Penemuan 'Orang Pendek' Di Sumatera

Orang Pendek' Di Sumatera
Gambar hiasan orang pendek

Sekitar tahun 2001-2003, sepasukan tiga orang pengkaji British dan seorang penunjuk arah yang ketika itu sedang meredah hutan tebal di Taman Negara Kerinci, Sumatera telah menyaksikan kelibat makhluk seakan Bigfoot melintasi mereka. Namun, saiz mereka amat rendah dan kecil untuk dikatakan sebagai Bigfoot.


Kelibat makhluk itu begitu pantas dan sukar dikesan. Namun mereka berjaya menemui sampel rambut dan dibawa pulang untuk ujikaji DNA makhluk tersebut.

Hasil daripada ujikaji itu menunjukkan ia berasal dari spesis primat besar seperti orang utan atau cimpanzi, namun bukan milik kedua-dua spesis berkenaan. Apa yang pasti, rambut berkenaan dari spesis primat yang tidak dapat dikenal pasti.

Apa yang disaksikan oleh sepasukan pengkaji ini bukanlah yang pertama direkodkan. 'Orang Pendek' adalah gelaran yang diberikan kepada makhluk 'Cryptid' atau haiwan 'Cryptozoological' ini, yang mana dilaporkan sememangnya telah lama mendiami hutan terpencil di kawasan pergunungan dan kawasan pulau sekitar wilayah Sumatera.

Menurut beberapa penemuan, kewujudan makhluk ini sememangnya sudah didokumentasikan oleh penduduk asal di sekitar kawasan ini semenjak ratusan tahun lamapu lagi dan juga turut didokumentasikan oleh penjajah Belanda serta para pelancong dan para pengkaji dari barat.

Dari persamaan yang dicatatkan dikalangan saksi, makhluk ini menyerupai seakan-akan primat berkaki dua, tubuhnya diliputi bulu pendek berwarna kelabu atau kecoklatan dan berketinggian sekitar 80 hingga 150 sentimeter.

Sifat-sifat orang pendek ini turut disahkan kebenarannya oleh Debbie Martyr, seorang pengkaji yang telah menghabiskan 15 tahun hidupnya mengkaji mengenai 'Orang Pendek'.

Tambahan lagi, menurut apa yang dicatatkan oleh saksi ketika zaman penjajahan Belanda ke atas tanah ini, 'Orang Pendek' juga mempunyai kekuatan luar biasa dan pernah dilihat merobek sebatang kayu balak sendirian.

Perkara ini turut disokong oleh penduduk di sekitar Kampung Kerinci yang mana selalu melihat kehadiran makhluk ini dihutan sekitar kampung berkenaan.

Menurut mereka, beberapa orang penduduk pernah beberapa kali melihat makhluk ini mencabut sebatang pohon sebesar lengan dengan mudah walaupun fizikal mereka kecil. Walaupun perkasa, ia tidaklah berbahaya ataupun menyerang manusia kerana 'Orang Pendek' dipercayai bersifat herbivor.

Namun, sehingga ke hari ini, 'Orang Pendek' masih lagi menjadi teka-teki yang belum terjawab.

Tapak Kaki Orang Pendek' Di Sumatera
Penemuan tapak kaki 'Orang Pendek'.

Walaupun ia seringkali dilaporkan dilihat, tiada seorang pun lagi yang berjaya menangkap makhluk ini hidup-hidup mahupun yang berjaya menemui jasadnya. Tiada juga sebarang bukti bergambar berjaya dirakam.

Setakat ini, hanya penemuan kesan jejak kaki oleh pakar zoologist dan zoological, Richard Freeman, yang boleh dijadikan pengukuh cerita kewujudan 'Orang Pendek'.

-Sentiasapanas.com

Berita Terkini RON95 Harga Minyak Petrol Turun : Harga Baru RON95 (RM1.91) RON97 (RM2.11) 1 Januari 2015

berita ron95
Berita Terkini RON 95 RON97 Harga Minyak Petrol Turun; Harga Baru RON95 (RM1.91) RON97 (RM2.11) 1 Januari 2015 : Setelah rakyat “dihadiahkan” untuk “menikmati” harga minyak RON95 turun sebanyak 4 sen selama sebulan sejak 1 Disember 2014 dan selepas hampir sebulan berlalu, kerajaan Malaysia mengumumkan penurunan harga RON95 minyak petrol sebanyak 35 sen bermula 1 Januari 2015 ini.
Berita terkini yang baru sahaja Berita Semasa terima yang mana kerajaan Malaysia berbesar hati mengumukan harga baru RON95, RON97 dan minyak diesel bagi awal tahun baru 2015 seperti di bawah ini :

Berita Terkini RON95 RON97 2015 : Senarai Harga Minyak Petrol Turun?

  • harga petrol RON95 2015 : RM1.91 seliter
  • harga baru petrol RON97 2015 : RM2.11 seliter
  • harga baru minyak diesel RM2.20 2015 : RM1.93 seliter
Sehingga 31 Disember 2014, harga minyak yang dijual adalah seperti di bawah ini :
  • harga minyak RON95 31 Disember 2014 : RM2.26 seliter
  • harga minyak RON97 31 Dismeber 2014 : RM2.46 seliter
  • harga minyak diesel 31 Disember 2014 : RM2.23 seliter
minyak ron95
Pada ketika ini, harga minyak dunia berlegar pada kadar US$57 setong. Dengan penurunan harga minyak RON95 turun ini, Ahmad Maslan mahukan peniaga-peniaga menurunkan harga barang.
P/S : Dengan trend harga minyak dunia turun ini dan juga harga ron95 2015 turun di bawah paras RM2.00 seliter selepas sekian lama, dapat mengurangkan sedikit sebanyak beban rakyat Malaysia berbelanja. Apa kata anda pula?
harga ron95 2015

Penumpang Sudah Pengsan Sebelum Pesawat Terhempas?

Perubahan tekanan udara yang drastik mungkin menyebabkan semua penumpang dan anak kapal pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 sudah pengsan sewaktu ia terjunam dari ketinggian 32,000 kaki ke atas permukaan laut.
Andaian itu dibuat oleh bekas Jeneral Perhubungan Udara, Budhi M Suyitno menerusi laporan Detiknews.com, hari ini.
Menurutnya lagi, tidak mustahil ada juga yang sudah meninggal dunia di saat pesawat itu masih lagi di udara.
Budhi turut menjawab pertanyaan wartawan mengenai beberapa mayat yang kelihatan sempurna ketika ditemui terapung di kawasan perairan berhampiran Pangkalan Bun di Kalimantan Tengah.
“Mayat yang terapung itu kelihatan sempurna di luarnya, tetapi di dalamnya sudah cedera teruk. Kalau jatuh dari ketinggian 60 meter itu sama dengan impak 9 G yang bermaksud sembilan kali berat badan anda,” jelasnya.
Penjelasan itu diharap dapat melegakan sedikit hati keluarga penumpang yang mungkin membayangkan ketakutan yang dialami oleh mangsa sebelum terhempas. –MYNEWSHUB.CC
Oleh: ELZA

Fazura Nafi Terlibat Dalam Video Lucah, Buat Laporan Polis

Belum pun reda isu perbalahan antara pelakon jelita, Nur Fazura dan Sara Ali, timbul pula cerita lain yang lebih panas.
Khabarnya, sebuah video lucah berdurasi seminit yang membabitkan dirinya mula tersebar di internet dan ia turut dihantar kepada wartawan Harian Metro menerusi email pada 23 Disember lalu.
Bagaimanapun, Fazura menafikan sekeras-kerasnya dia terlibat dalam video tersebut dan sudahpun membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (SKMM).
“Saya tidak pernah terbabit dengan mana-mana video lucah.
“Saya juga mendapatkan nasihat undang-undang dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap penyebar video berkenaan,” katanya, memetik Harian Metro.
Sebenarnya, ini bukan kali pertama nama Fazura dikaitkan dengan penyebaran video lucah.
Beberapa tahun lalu, kecoh seantero Malaysia apabila rakaman seorang gadis yang dikatakan mirip wajahnya sedang melakukan aksi seks bersama seorang lelaki.
Bagaimanapun, kes tersebut lenyap begitu sahaja selepas Fazura menafikan gadis itu adalah dirinya.
mirip fazura
Aduhai, sabarlah Fazura. Lagipun, bukan sekali dua isu ‘pelanduk dua serupa’ yang melibatkan artis kita.
Sebelum ini, pelakon Ida Nerina juga pernah dikaitkan dengan video lucah hanya kerana si pelaku mempunyai wajah miripnya.
Anggap saja ini antara dugaan besar yang perlu dihadapi apabila bergelar public figure… -MYNEWSHUB.CC
Oleh: ELZA

Rosmah menggunakan jet rasmi kerajaan untuk tujuan peribadi

Rosmah Mansor
KUALA LUMPUR: Isu Rosmah Mansor menggunakan jet rasmi kerajaan telah sekali lagi menjadi subjek gosip, dan menyertai perbualan itu adalah Shahbudin Husin, seorang pengkritik kerajaan yang keras dan seorang penulis blog dengan pengikut yang ramai.
Dalam laman blog beliau, Shahbudin mencatatkan bahawa Najib pulang dari bercuti tanpa isteri dan bahawa dia telah mendarat di sebuah jet Tentera Udara walaupun dia dan keluarganya berhijrah ke Amerika Syarikat dalam pesawat swasta kerajaan.
Beliau meminta pengesahan rasmi bahawa Rosmah masih bercuti di Amerika Syarikat, mengulangi soalan yang ditanya di dalam kenyataan akhbar rasmi oleh Pemuda PKR: Mengapa tidak Najib kembali dalam jet rasmi? Adakah benar bahawa jet yang kini di Indianapolis di Midwest Amerika? Siapa yang menggunakan jet?
Beliau berkata orang ramai memerlukan jawapan kepada soalan-soalan ini kerana ternyata bahawa dana awam disalahgunakan. "Penggunaan jet Tentera Udara untuk membawa Najib rumah sudah tentu beregu kos," tambah beliau.
Beliau berkata bahawa walaupun Najib telah agak dikurangkan kesilapannya daripada pergi bercuti di tengah-tengah krisis banjir dengan memotong bercuti pendek, dia telah melakukan kesilapan yang lebih buruk dalam membenarkan isterinya untuk menggunakan jet rasmi kerana dia tidak mempunyai hak untuk itu dan kerana ia melibatkan dana awam.
Beliau membayangkan bahawa ini mungkin menjadi sebab mengapa beberapa menteri telah melanggar perintah Perdana Menteri bagi mereka untuk memotong percutian mereka pendek untuk menangani krisis banjir.
"Rosmah telah menggunakan jet rasmi beberapa kali untuk tujuan peribadi dan ia seolah-olah tidak ada yang dapat menahannya," katanya. "Kali ini ia digunakan untuk dia bercuti manakala Najib adalah di negara ini. Ini hanya menambah kebencian dan dendam. "
Shahbudin mengimbas kembali kenyataan Timbalan Perdana Muhyiddin Yassin ketika diminta mengulas mengenai Najib bermain golf di Hawaii dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama."Tinggalkan Perdana Menteri sahaja," kata Muhyiddin. "Seperti mana-mana manusia biasa, dia juga perlu bercuti."
Dia menterjemah komen TPM sebagai kritikan bertudung, menggunakan ungkapan Melayu yang diterjemahkan ke dalam "madu beracun". Beliau membuat spekulasi bahawa Muhyiddin, jika diminta mengulas gosip mengenai Rosmah, akan berkata, "Biarkan Rosmah menggunakan jet. Beliau juga telah membuat pengorbanan yang besar untuk negara." FMT

Najib perlu jawab ‘kehilangan’ jet rasmi kerajaan

najib razak_300

Ia bukan saja berkaitan kelayakan menggunakan jet rasmi itu 
tetapi juga menambahkan lagi pembaziran wang negara
PETALING JAYA: Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak perlu memberikan jawapan mengenai ‘kehilangan’ jet rasmi kerajaan di dalam negara tatkala beliau sedang sibuk melawat mangsa banjir.
Bekas Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Shahbudin Husin mendakwa, ‘kehilangan’ tersebut merupakan kesilapan besar yang membayangi percutian Perdana Menteri bermain golf di Hawaii bersama Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama.
Beliau menambah, kerja keras Najib selama beberapa hari menyelesaikan masalah banjir tidak akan dikenang rakyat apabila mendapati jet tersebut digunakan oleh Datin Seri Rosmah Mansor meneruskan percutian ke Indianapollis.
”Ketika orang ramai bercakap soal banjir dan pesawat Air Asia hilang, mereka juga turut bercakap mengenai pesawat rasmi kerajaan yang juga ‘hilang’ sedangkan Najib sudah berada di dalam negara.
“Ia bukan saja berkaitan kelayakan menggunakan jet rasmi itu tetapi juga menambahkan lagi pembaziran wang negara,” katanya, dalam entri terbaru shahbudindotcom.blogspot.com.
Kata Shahbudin, tindakan isteri Perdana Menteri menggunakan jet rasmi kerajaan telah menjadi alasan terbaik pembangkang untuk melancarkan kecaman dan burukkan lagi sikap tidak peduli terhadap kemarahan rakyat.
Dakwanya, Najib seolah-olah menganggap penggunaan jet oleh isterinya tidak menjadi kesalahan dan bukan pembaziran kerana beliau Rosmah banyak berjasa kepada negara.
“Barangkali jawapannya, ‘biarlah Rosmah menggunakannya, pengorbanannya amat besar kepada negara. Dia juga penyokong dan pendokong Najib dengan sepenuh hati selama ini. Lagi banyak jet digunakannya, tambah makmur negara kita’,” tambah Sahahbudin. FMT

QZ8501 Kapal Terbang AirAsia Jatuh Terhempas! Sepihan, Objek & Mayat Dikeluarkan! Takziah!

berita QZ8501
AirAsia QZ8501 ; Berita Terkini QZ8501 Kapal Terbang AirAsia Jatuh Terhempas! Sepihan, Objek & Mayat Dikeluarkan! Takziah! Nampaknya usaha yang bertungkus lumus daripada pasukan misi mencari dan menyelamat (SAR) untuk tragedi kehilangan kapal terbang AirAsia QZ 8501 membuah hasil.
Berita terkini yang… Berita Semasa terima apabila misteri kehilangan kapal terbang QZ 8501 milik Airsia yang hilang telah telah terungkai berikutan penemuan beberapa serpihan yang ada kaitan dengan tragedi pesawat AirAsia hilang tempoh hari yang mana telah disahkan sendiri oleh Ketua Penyelaras SAR Indonesia, F. Henry Bambang Sulistyo dan juga semakan di laporan berita Indonesia, Kompas (kompas.com)
Pasukan mencari kehilangan kapal terbang AirAsia QZ 8501 telah terjumpa :
BERITA BERKAITAN : Berita Terkini Pesawat AirAsia QZ8501 Hilang? Kapal Terbang AirAsia QZ8501 Jatuh Terhempas di Laut Belitung Timur?
Lokasi objek milik pesawat QZ 8501 dilihat terapung di sekitar Selat Karimata, Indonesia pada ketika pasukan mencari SAR berada di kawasan perairan di sekitar Ketapang, Kalimantan Barat.
berita terkini QZ8501

Berita Terkini QZ8501 Kapal Terbang AirAsia : Senarai Objek & Sepihan Yang Dijumpai?

Antara serpihan dan objek yang dijumpai ialah :
  1. bagasi penumpang kapal terbang QZ8501
  2. jasad manusia yang sudah membengkak (6 mayat setakat awal pagi hari ini)
  3. pelampung pesawat QZ8501
  4. jaket keselamatan
  5. serpihan pesawat AirAsia QZ 8501 termasuklah luncur kecemasan, pintu pesawat
berita airasia QZ8501
Berita Semasa difahamkan lokasi terjumpanya serpihan dan objek daripada pesawat AirAsia QZ 8501 adalah sejauh 10 kilometer daripada lokasi QZ8501 dikesan hilang daripada radar.
P/S : Salam takziah kepada keluarga mangsa di atas tragedi kehilangan kapal terbang QZ 8501 yang berakhir dengan berita jatuh terhempas sekitar perairan Indonesia.
PP/S : Koleksi gambar sepanjang misi sehingga terjumpanya mayat dan objek disertakan di bawah ini.

RON95 Harga Minyak Petrol Turun : Harga Baru RON95 (RM1.93) RON97 (RM2.13) 1 Januari 2015

berita ron95
Berita Terkini RON 95 RON97 Harga Minyak Petrol Turun; Harga Baru RON95 (RM1.93) RON97 (RM2.13) 1 Januari 2015 : Setelah rakyat “dihadiahkan” untuk “menikmati” harga minyak RON95 turun sebanyak 4 sen selama sebulan sejak 1 Disember 2014 dan selepas hampir sebulan berlalu, kerajaan Malaysia mengumumkan penurunan harga RON95 minyak petrol sebanyak 30 sen bermula 1 Januari 2015 ini.
Berita terkini yang baru sahaja Berita Semasa terima yang mana kerajaan Malaysia berbesar hati mengumukan harga baru RON95, RON97 dan minyak diesel bagi awal tahun baru 2015 seperti di bawah ini :

Berita Terkini RON95 RON97 2015 : Senarai Harga Minyak Petrol Turun?

  • harga petrol RON95 2015 : RM1.93 seliter
  • harga baru petrol RON97 2015 : RM2.13 seliter
  • harga baru minyak diesel RM2.20 2015 : RM1.96 seliter
Sehingga 31 Disember 2014, harga minyak yang dijual adalah seperti di bawah ini :
  • harga minyak RON95 31 Disember 2014 : RM2.26 seliter
  • harga minyak RON97 31 Dismeber 2014 : RM2.46 seliter
  • harga minyak diesel 31 Disember 2014 : RM2.23 seliter
minyak ron95
Pada ketika ini, harga minyak dunia berlegar pada kadar US$57 setong. Dengan penurunan harga minyak RON95 turun ini, Ahmad Maslan mahukan peniaga-peniaga menurunkan harga barang.
P/S : Dengan trend harga minyak dunia turun ini dan juga harga ron95 2015 turun di bawah paras RM2.00 seliter selepas sekian lama, dapat mengurangkan sedikit sebanyak beban rakyat Malaysia berbelanja. Apa kata anda pula?
harga ron95 2015

Saham FGVH turun lagi?

SAHAM FGVH hanya tinggal RM2.13 sesaham pada hari ini (semalam). Kenyataan Datuk Razali Ibrahim, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang mengaitkannya dengan pasaran dunia amat melucukan. Ketinggalan keretapi dia!

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) telah membuat sekian banyak analisis mengenai unjuran ekonomi dunia, kejatuhan harga komoditi, kos tanam semula pokok sawit tua dan ketidakstabilan urusniaga global yang menjadi petunjuk risiko kepada penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia.

Perbincangan dibuat melalui konvensyen, wacana dan penyerahan memorandum yang diserah kepada SKMM, Bank Negara, Suruhanjaya Securiti dan YAB Perdana Menteri sendiri.

Ia kemudiannya dibukukan oleh Penasihat Ekonomi ANAK, Dr Rosli Yaakop melalui bukunya, 'Penyenaraian FGVH, menang sorak kampung tergadai'. Dr Rosli menghuraikannya secara berfakta melalui semua dokumen yang diperoleh daripada berbagai-bagai sumber.

Selepas dua tahun FGVH di senaraikan, iaitu 28 jun 2012; pada kadar terbitan RM4.55 Sesaham, dengan penurunan saham lebih 50 peratus, baru sekarang Datuk Razali Ibrahim menyalahkan pasaran dunia?

Yang dulunya pemimpin Umno terjerit-jerit mempertahankan penyenaraian FGVH, di mana mereka sekarang?

Lebih teruk, Datuk Razali tidak menyalahkan Felda atas apa yang berlaku. Episod yang pedih dari zaman sebelumnya hinggalah pada Tan Sri Isa Samad; pengurusan FGVH tidak salah?

Isa Samad ganti Datuk Dzulkifly Abd Wahab sebagai Pengarah Besar Felda, sekarang Datuk Faizoull Ahmad, hingga haru biru Felda; Datuk Razali masih berselindung lagi?

Kesian pada beliau yang begitu naif mengenai keadaan Felda waktu ini. Atau enggan berterus terang mengenai dalaman Felda yang sedang parah!

Saya telah menghantar surat susulan kepada Tan Sri Isa Samad untuk bertemu, setelah gagal pada 23 Disember lalu. Saya juga masih menunggu jawapan balas daripada Datuk Razali mengenai tarikh baru perbincangan dua hala seperti yang dimaklumi bersama. Mari kita berbincang, ketepikan sentimen, demi kepentingan rakyat.

1.5 juta warga Felda sama ada Peneroka, Generasi ke-2 dan kakitangan kumpulan Felda sedang menanti tindakan Kerajaan mengenai masa depan FGVH yang sahamnya turun dan terus turun pada waktu ini. Ada orang kata, adatlah main saham, ada turun naik. Hebatnya saham FGVH, turun dan tak naik-naik!

Macam Amanah Saham Johor, turun hingga tinggal 15 sen, akhirnya lingkup!  HD

Pelakon Bollywood masuk Islam selepas ikuti ceramah

TITIK balik awal kehidupannya terjadi saat kematian Yash Chopra - pengarah ternama Bollywood. Boleh dikatakan ia mengalami kemurungan berat sepeninggalan orang terdekatnya itu, lapor laman web Islampos.

"Saya sangat dekat dengan Yash Chopra. Kematiannya benar-benar menggegarkan kehidupan saya. Saya begitu tertekan," kenang dia seperti yang dilaporkan oleh Muslimvillage, Ahad (28/12/2014).

Murcyleen Peerzada, seorang pelakon Bollywood yang di kala itu terbiasa hidup mewah. Namun, seperti yang dituturkan Peerzada selepas kematian Yash Chopra ia mula berfikir tentang kehidupan dan kekuatan yang lebih tinggi yang mengawal segalanya.

"Ketika kemurungan, entahlah saya tiba-tiba dan tidak sengaja melihat ceramah Nouman Ali Khan dan Yasmin Mogahed."

Ketika mendengar ceramah itu, Peerzada terkejut. Ia seperti mendengar nasihat langsung daripada Tuhan. Dan itulah titik balik kehidupannya.

"Saya mula berdoa dua kali sehari. Setiap doa itu, saya meminta Tuhan membimbing saya menunjukan jalan yang benar," katanya.

Malamnya, ia memutuskan arah masa depan kehidupnya. Ia mula belajar Islam di bawah bimbingan Farah Naik, isteri Zakir Naik. Selepas itu, Peerzada menjadi muallaf. Beliau pun menjadi aktivis Yayasan Islam Zakir Naik.

Penampilannya kini berubah setelah menjadi Muslim. Peerzada telah memakai tudung. Pembantu pengarah filem 'Ek Tha Tiger' ini, bergaya hidup sederhana. Ia sumbangkan seluruh koleksi busana dan aksesori yang dimilikinya kepada rumah anak yatim.

"Sebelum saya memakai tudung, saya perlu tahu kenapa saya harus memakai. Ini bermaksud, saya ingin apa yang saya kenakan kerana Allah dan kebenaran." [Ra/islampos/muslimvillage]

'Diplomasi golf': Orang Dr M kritik PR Najib

Ketika Tun Dr Mahathir Mohamad tampil mengkritik perdana menteri, dua bekas orang kuatnya turut tampil membangkitkan kelemahan unit komunikasi Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Tan Sri Zainuddin Maidin dan Datuk A Kadir Jasin, kedua-dua orang lama dalam dunia pemberitaan, malah berkongsi pandangan masing-masing berhubung perkara itu.

Kadir, melalui tulisannya yang disiarkan di blog Zainuddin, menyindir unit komunikasi JPM dalam “menangani pengaliran maklumat” dalam isu 'diplomasi golf' antara Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Amerika Syarikat (AS) Barrack Obama.

Najib mencetuskan kontroversi sebelum ini selepas gambar beliau bermain golf bersama Obama di Hawaii, AS ketika banjir besar melanda beberapa negeri, terutamanya di Kelantan.

“Saudara Zam, benar macam kata saudara iaitu Unit Komunikasi JPM perlu pantas mengeluarkan kenyataan mengenai PM bermain golf di Hawaii ketika negara dilanda banjir besar.

“Tetapi saya yakin Saudara sendiri tahu siapa yang menerajui unit itu dan apa pula kepakaran mereka dalam isu perang saraf,” tulis Kadir (kanan), bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times kepada Zainuddin, bekas ketua pengarang kumpulan Utusan Melayu.

Kadir juga menyindir pegawai media perdana menteri yang ramai, termasuk daripada luar negara, tetapi menurutnya “setia kepada banyak pihak” sehingga tiada kata sepakat menangani sesuatu krisis.

Keadaan itu membawa Kadir mengimbau nostalgia mereka di zaman Mahathir yang menyaksikan berlaku perbincangan antara bekas perdana menteri itu dan pengarang media di belakang tabir.

“Kita bersetuju dan tidak bersetuju,” kata Kadir sebagai balasan kepada tulisan Zainuddin atau lebih dikenali sebagai Zam pada Jumaat lalu berkaitan isu sama.

'Populari PM, isteri di tahap rendah'

Zam sebelum ini berkata, unit komunikasi JPM wajar tangkas membetulkan tanggapan negatif berhubung penyebaran gambar Najib dan Obama pada hari Krismas lepas.

“Kepantasan ini diperlukan jika mereka menyedari dan menerima hakikat bahawa populariti Datuk Seri Najib dan isterinya berada pada tahap yang sangat rendah.

“Rakyat sinis terhadap kenyataan timbalannya bahawa Najib terpaksa bercuti kerana telah bekerja keras,” kata Zainuddin (kiri).

Kegagalan itu, katanya lagi, menyebabkan media propembangkang dan pengguna media sosial anti- Najib mempergunakan isu itu secepat kilat.

Pertemuan Najib-Obama itu pada mulanya dilaporkan akhbar terkenal Washington Post sebelum dipetik media di Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ditanya pemberita berhubung ketiadaan Najib ketika bencana besar itu sebelum ini, meminta supaya “berlaku adil” kepada PM yang menurutnya sudah bekerja keras.

Muhyiddin yang juga pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara meminta orang ramai jangan risau dan mempercayainya untuk menangani bencana itu.
MK