SPECIAL ADS

17 Disember 2014

Harimau Malaya tempang, kalah 0-2 kepada Thailand

Malaysia vs Thailand

BANGKOK: Harimau Malaya bermula sumbang pada perlawanan akhir pertama Piala AFF-Suzuki 2014 apabila tewas dua gol kepada Thailand dalam pertarungan di Stadium Rajamangala.

Kekalahan itu merupakan tamparan dan tugas berat kepada Dollah Salleh dan anak buahnya bagi mengatasi kelebihan pasukan jiran utara itu ketika perlawanan akhir kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam Sabtu ini.
Selepas jaringan sulung pasukan tuan rumah, skuad Harimau Malaya kelihatan sedikit hilang rentak namun kembali melakukan beberapa serangan ke arah gol Thailand.

Namun, kelekaan pertahanan Malaysia dihukum hebat pada minit ke-85 apabila Kroekrit menggegar gawang Mohd Farizal selepas menyempurnakan hantaran lintang Chanathip.

Harimau Malaya tidak putus mencuba ke pintu lawan apabila Indra Putra Mahayuddin yang tidak dikawal kemas, melakukan percubaan terakhir namun tandukannya ditampan kemas penjaga gol Thailand.

Sementara itu Dollah yang ditemui selepas perlawanan berkata, kelekaan barisan pertahanan mengundang padah apabila menghadiahkan sepakan penalti kepada pasukan lawan.

Bagaimanapun Dollah tetap optimis dengan kemampuan anak buahnya untuk melakukan sesuatu pada perlawanan timbal-balik dengan berkata: ”Bola itu bulat dan apa sahaja boleh berlaku.” FMT

Tiada ulasan: