SPECIAL ADS

24 Disember 2014

Melayu 'minoriti' dalam ekonomi

Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) menyokong penuh kenyataan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai kedudukan Melayu yang menurutnya kini menjadi ‘minoriti’.

Presidennya Datuk Moehamad Izat Emir berkata, ini kerana penguasaan ekonomi golongan itu kian terancam.

“Malah, pandangan Tun Dr Mahathir tidak harus diperlekehkan kerana beliau telah melakar pelbagai sejarah yang kekal untuk kesenangan dan dinikmati oleh semua masyarakat,” katanya.

Moehamad mendakwa, orang Melayu juga mempunyai sikap tidak dapat menahan godaan untuk memberi dan menerima rasuah demi kepentingan diri sendiri.

Mengulas komen Mahathir bahawa parti politik Melayu terpaksa mengemis undi Cina, Moehamad berkata perkara itu juga perlu diambil sebagai kritikan positif.

"Hakikat itu mesti diterima dengan kesedaran sebenar tanpa kebencian," katanya.

Beliau berkata, bekas perdana menteri itu benar-benar bimbang tentang masalah Melayu khususnya berkait peluang perniagaan dan juga tanah rizab Melayu.

"Melayu mesti bersatu dan terbuka kepada kritikan untuk memperbaiki dan meningkatkan daya saing mereka," katanya.

Beliau berkata orang Melayu perlu bekerja lebih keras untuk memastikan mereka mendapat bahagian yang baik daripada kekayaan ekonomi negara pada tahun 2020.
 

Tiada ulasan: