SPECIAL ADS

12 Disember 2014

FGV : SUDUT ANALISIS DARI AKBAR

Mencari berita tentang FGV, tapi 2-2 akhbar yg kritis ini memaparkan berita yg merisaukan tentang FGV. 


1. Akhbar - Focus Malaysia : 

Berita di ruangan depan - maksudnya isu-isu utama : 

Much-Hyped FGV fails to deliver - FGV yang kononnya GAH kini gagal mencapai untung yg di  banggakan!

Intipati - Selepas 2 tahun di senaraikan pada June 2012, harga saham FGV telah menjunam jatuh sebanyak 34%. FGV yg di senaraian pada harga RM4.55 dan pernah melonjak ke paras tertinggi RM5.07 pada bulan Julai tahun yg sama (lebih kurang sebulan selepas di senaraikan). 

Namun, itu sajalah yang boleh di banggakan pencapaiannya, kerana selepas itu harganya terus merudum dan kemuncak penurunannya adalah pada 16 Oktober tahun ini  apabila harganya tinggal RM3.00 saja - jatuh RM1.55sen atau 34% dari harga mula-mula di senaraikan. 


Yang pasti pemegang saham minoriti - yakni para peneroka yang di paksa sebenarnya membeli terbitan saham FGV ni masa mula nak di senaraikan di janjikan harapan setinggi langit.. kini hanya boleh menggigit jari melihat harga sekarang. Atau mereka tak tau apa-apa pun apa yang berlaku, mungkin masih leka dgn janji-janji PM semasa penyenaraian dulu. Walhal suasana sebenar - kalau katakan lah peneroka dulu ada duit RM1,000 ringgit masa beli saham felda, duit yang seribu tu kini dah tinggi 600 lebih saja pakcik! makcik.. itu lah realitinya.. mana janji Najib nak bagi durian runtuh? Ini bukan durian runtuh, tapi bala runtuh! 

Selepas penyenaraian - FGV begitu sakan membeli belah dgn duit perolehan dari penyenaraian. Ibarat peneroka baru jadi jutawan.., pembelian mereka seolah-olah orang yang gelap mata dapat duit terpijak. Mereka bershopping bukan di malaysia - tapi di kota London! membeli apartment sampai beratus juta! alasan untuk pelaburan hartanah! walhal ini bukan bidang kepakaran mereka. 


Dalam bidang perladangan - mereka membeli syarikat perladangan Pontian United Plantation pada harga begitu tinggi - 1.2 billion! (1200 juta tu pakcik! banyak kosong..kosong..kosong.. ! bukan sikit tu) , juga membeli syarikat perladangan tak di kenali yg di senaraikan di London pasda harga RM650juta dan juga bekerjasama dgn kerajaan Junta Myanmar ( jika benar)untuk membeli tanah ladang getah di sana ???.. sedangkan kita tahu betapa kejamnnya kerajaan myanmar menyembelih dan membakar lalu menghalau penduduk-penduduk Islam di Myanmar dari kampung2 mereka. Kita tau mereka ini semua adalah pekerja ladang dan penoreh getah di sana.,  Adakah Felda melibatkan diri dgn 'blood money'? satu perkara yang harus di siasat di mana sebenarnya tanah2 ladang yg di labur felda ini. 


Di mana silapnya? bagaimana boleh silap? Sebelum penyenaraian felda - banyak yang mengatakan penyenaraian ini telah di 'bulldoze' di lakukan secara tergesa-gesa.. sebelum pilihanraya ke -13 , adakah kerana para peneroka felda yang merupakan simpanan tetap BN utk pengundi luar bandar? Bantahan juga di terima dari KPF  dan fakta bahawa lebih 50% dari ladang-ladang milik felda adalah ladang tua.., dan FGV berjanji sebahagian dari duit hasil penyenaraian akan di gunakan untuk penanaman semula pokok tua.. dan membeli tanah ladang baru di dalam dan luar negara.  Terdapat juga persoalan mengenai perlantikan Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusi nya. 

Para Penganalisis pasaran juga banyak kali menegur dan menyatakan keresahan mereka tentang cara pengurusan felda yang sangat tidak berhemat (cermat berbelanja dgn bijak). Walhal sepatutnya mereka perlu memperuntukkan rezab tunai mereka untuk penanaman semula yg lagi penting utk menjamin hasil berterusan kepada FGV. 


Para penganalisis juga telah memberi amaran kepada pengurusan berkenaan peratusan begitu tinggi pelabur institusi domestik yang membuatkan pelabur-pelabur baru meminggirkan saham fgv. Umum semua tahu siapa pelabur besar FGV - Felda holding memegang (40%), Lembaga Tabung Haji (7.6%) KWSP (tak dapat di pastikan berapa % terbaru, terakhir di ketahui hampir sama dgn LTH - 7%) , KWAP (Kumpulan wang amanah pencen) - 6.7%) dan 5 tabung agensi pelaburan negeri (antaranya- pahang, sabah, perak?, johor? ) - 5% setiap negeri. 

Buat masa ini - penganilisis pasaran memberikan rating yang sangat rendah kepada FGv, dan potensi FGV juga nampak begitu malap! Harapan untuk pelabur minoriti mendapat keuntungan dari saham-saham FGV mereka sangatlah tipis .. lagi 2-3 tahun pun belum tentu. 

Yang pasti - FGV adalah kaunter perladangan yang paling buruk prestasinya di bursa untuk 2014 . Apa lagi alasan pihak pengurusan untuk menidakkan fakta ini sangat menarik untuk kita tunggu! 

Adakah akan berlaku rombakan besar-besaran terhadap pengurusan FGV? Alasan untuk menuding jari kepada kejatuhan harga sawit bukan lah alasan yang baik untuk menyelamatkan diri! Itu dari sebelum di senarai lagi banyak pihak telah mengingatkan FGV! 



Dari Akhbar kedua - The Edge Weekly - 

An Analysis of FGV's massive downstream losses. 

Analisa dari kerugian besar sektor hiliran (downstream) FGV. 

Kerugian suku ketiga 2014 yang di laporkan oleh FGV sejak penyenaraian berprofil tingginya membuatkan banyak pemerhati pasaran terperanjat besar. 

Syarikat gergasi komoditi pertanian ini melaporkan kerugian bersih RM9.3juta untuk suku ketiga berakhir September 2014 di sebalik perolehan kasar sebanyak RM4.3bllion.

Segmen hilirannya yang berada di malaysia dan Kanada rupanya penyumbang utama kerugian besar ini. Sejumlah RM105.54 juta kerugian di rekodkan dalam segmen ini berpunca dari transaksi derivatif yang berkaitan dgn pasaran hadapan dan kontrak akan datang dan juga perolehan negatif dari margin pemperosesan minyak sawit di malaysia. 

Kebanyakan dari kerugian akibat derivatif dan kontrak komoditi berlaku pada awal tahun ini. 

Alamak.. artikel ini begitu teknikal untuk saya translatekan.. berbelit kepala saya.. jadi saya berhenti di sini..  

teruskan membaca artikel asal di bawah ini.. 




Pada pendapat saya yg kurang  bijak ini - harap Dr. Rosli dapat terus menerbitkan artikel2 berkenaan pemulangan paku buah keras ni! dulu lagi kita dah kata - penyenaraian ini hanya membawa kemusnahan kepada apa yang di usahakan oleh Allahyarham Tun Abd Razak. 

Cuba audit akaun fgv ! kita tengok kemana pegi dana dari IPO! banyak pembelian-pembelian yang harga sangat tak masuk akal! atas kertas.. mmg tulis utk pembelian.., 


Selepas ini.. FGV tidak lain hanya akan jadi seperti MAS yg perlu di 'bail-out'.. , yang pastinya duit cukai rakyat lagi akan di guna! 

Dalam FGV sendiri kini dah penuh dgn duit cukai rakyat, duit simpanan rakyat marhaen utk menunaikan haji.., duit rakyat marhaen utk persaraan mereka! baik swasta atau kerajaan! dua-dua tabung persaraan di paksa membeli saham fgv ni., malah tabung angkatan tentera tak terkecuali.. 

Apa nasib peneroka selepas ni? - Yang saya nampak, selepas hasil ladang tiada.., mana felda2 yg dekat dgn kawasan bandar mungkin akan jadi target felda untuk di tukar status tanah menjadi tanah komersil.. mungkin untuk perumahan atau di jual begitu saja kepada mana2 pihak yang berminat! apa saja yang boleh datangkan wang. Asalkan ada yang kenyang. 

Gaya Peneroka

Tiada ulasan: