SPECIAL ADS

11 Disember 2014

Keputusan Malaysia VS Vietnam Piala AFF Suzuki Cup 2014 Mengaum 4 Kali di Hanoi. Tahniah!

AFF Suzuki Cup 2014
Keputusan Malaysia VS Vietnam Piala AFF Suzuki Cup 2014 Mengaum 4 Kali di Hanoi. Tahniah! : Roda itu bulat. Semalam kita dicemuh dan dikritik hari kita dijulang. Semalam kita kalah, hari kita bangkit dengan kemenangan.
Semalam kita nyawa-nyawa ikan, hari ini kita bagai Harimau lapar di atas padang yang menunggu masa meratah siapa sahaja mangsa di hadapannya baik dari Vietnam, Thailand waima sekalipun.
Jikalau sudah….tertulis, perlawanan akhir Piala Aff Suzuki Cup 2014 bakal menemukan Malaysia VS Thailand kelak, tiada siapa boleh menidakkannya ditambah dengan usaha keras dan semangat mahu bangkit. Begitulah yang terjadi keputusan Piala Aff Suzuki Cup 2014 malam tadi yang menemukan perlawanan Malaysia VS Vietnam.

Keputusan Malaysia VS Vietnam Piala AFF Suzuki Cup 2014 : Penyokong Vietnam Terdiam

Final Piala AFF Suzuki Cup 2014
Dengan kembalinya semula pemain tonggak seperti Syukor Adan, Amri Yahya dan taktikal berani Dollah Salleh melatakkan Indra Putra di barisan hadapan pasukan Malaysia. Belum tambah lagi dengan kehadiran Piya yang acapkali berjaya membuat “killer pass” walaupun inilah kali penampilan pertama Piya di pentas antarabangsa. Tahniah diucapkan. Manakala Chopot ula tampak lebih sesuai dan selesai bermain di posisi “Defensive Midfielder”.
Tahniah Berita Semasa ucapkan dengan percaturan berani Dollah Salleh. Tetapi…..tetapi kekuatan Malaysia dalam perlawanan Malaysia VS Vietnam cukup terserlah pada separuh masa pertama sahaja. masuk sahaja separuh masa kedua, acapkali pemain Vietnam mengkucar-kacir pertahanan Malaysia. Nasib baik berkat ketenangan dan pengalaman tinggi Shukor berjaya mengemudi dengan baik prtahanan Malaysia.
Berita Semasa yakin ramai yang tidak senang duduk ketika 15 minit terakhir perlawanan Malaysia Vs Vietnam itu. Nampak benar, Vietnam mahukan pemain Malaysia cepat keletihan apabila tidak mengusai permainan d separuh masa pertama. Tetapi memakan diri Vietnam bukan sekali, dua kali tetapi empat kali apabila pasukan Malaysia menggunakan segala peluang yang ada di depan dengan counter attack dan juga long ball yang acapkali “mengenai sasaran”
Cuma secara terus terangnya Dollah Salleh perlu mencari pair yang “lebih sesuai“. Tidak nampak keserasian di bahagian tengah sehingga sukar untuk Malaysia kawal bola daripada bahagian tengah. Gol-gol pun hampir semuanya daripada counter attack.

Keputusan Malaysia VS Vietnam Piala AFF Suzuki Cup 2014. Malaysia Ke Final!

Walauapapun, keputusan Malaysia VS Vietnam sudah tertulis yang mana Malaysia akan bertemu sekali lagi Malaysia VS Thailand dalam final Piala Aff Suzuki Cup 2014. Berita Semasa ucapkan sekali lagi tahniah kepada pasukan Malaysia di atas keputusan malaysia VS Vietnam apabila berjaya melangkah ke final Piala Aff Suzuki Cup 2014 buat kali yang ketiga.
KLIK SINI : Malaysia VS Thailand Aff Suzuki Cup 2012. Harimau Malaya Berdepan Gajah Putih. Siapa Lagi Kuat?
Apa pula pandangan anda dengan persembahan dan keputusan Malaysia Vs Vietnam malam tadi? Ada apa-apa yang boleh diperbaiki sebagai bekalan perlawanan Malaysia Vs Thailand final Piala Aff Suzuki Cup 2014 pada 17 Disember dan 20 Disember 2014 kelak?
beritasemasa.com.my

Tiada ulasan: