Naib Ketua Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mencuri perhatian ramai apabila menjadi pemimpin Umno pertama yang secara terbuka menggesa pengurusan kewangan 1MDB disiasat perjalanannya.
Laporan polis yang dibuatnya terhadap 1MDB - satu projek cetusan ilham Datuk Seri Najib Razak - mengundang persoalan dari mereka yang mengamati perkembangan politik tanah air.
Namun buat penggemar gosip hiburan tanah air, Khairuddin bukan satu nama asing.
Beliau yang lebih dikenali sebagai 'Abang K' pada satu ketika menjadi buruan wartawan apabila diumumkan bertunang dengan dramatis Umie Aida.
Tidak cukup setakat itu, Khairuddin dan Umie Aida (yang kini memakai gelaran Datin) akhirnya melangsungkan pernikahan di hadapan Kaabah di kota suci Mekah.
Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini, Khairuddin berulang kali menegaskan yang beliau membuat laporan itu sebagai seorang “anggota kerdil" Umno semata-mata.
Namun, ini bukan kemunculan pertama Khairuddin dalam politik nasional negara.
Pada tahun 1998, Khairuddin mencuri perhatian sebagai penerbit buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM.
Beliau turut mengaku sebagai orang pertama membuat laporan polis terhadap Anwar berdasarkan kandungan buku itu.
"Kalau kita ingat semula sejarah politik tanah air tahun 1998, sayalah orang yang menerbitkan buku 50 Dalil kenapa Anwar tidak boleh menjadi perdana menteri yang ditulis oleh sahabat karib saya Allahyarham Datuk Khalid Jafri.
"Saya orang pertama yang membuat tiga laporan polis terhadap timbalan presiden Umno, timbalan perdana menteri, menteri kewangan Malaysia pada tahun 1998.
"Pemimpin-pemimpin Umno pada masa itu masih cium tangan penyangak Anwar Ibrahim tetapi saya seorang bangun untuk melawan kemungkaran Anwar Ibrahim," katanya.
Buku tersebut akhirnya mencetuskan kejatuhan karier Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Umno.
Ironinya, Khairuddin dan Anwar adalah bersaudara - mereka merupakan sepupu generasi ketiga.
Proksi Mahathir?
Pada tahun 1998, Khairuddin dilihat sebagai proksi Tun Dr Mahathir Mohamad dalam pemecatan dan kejatuhan Anwar.
Kini, antara persoalan yang timbul adalah sama ada laporan polis pada minggu lalu mempunyai kaitan dengan Mahathir, yang secara terbuka kelihatan menarik kembali sokongannya kepada Najib Razak.
Namun, Khairuddin yang menganggap Mahathir sebagai mentornya menegaskan negarawan itu tiada kena mengena dengan tindakannya.
Jelasnya, beliau sendiri sejak tiga bulan lalu sudah berusaha sebanyak sembilan kali untuk mendapatkan temujanji dengan bekas perdana menteri itu.
"Dia tak ada masa untuk orang-orang kerdil macam saya. Saya tak pernah bincang pun isu 1MDB dengannya.
"Tetapi masalahnya muka saya, imej saya, apa-apa sahaja yang saya buat saya perjuangkan orang akan tuduh beliau berdiri di belakang saya.
"Itu tidak benar sama sekali, itu tiada asas sama sekali. Tun tidak perlu orang-orang macam saya untuk berjuang," katanya.
Selain kejatuhan Anwar pada tahun 1998, desas-desus hubungan Khairuddin dan Mahathir boleh ditelusuri sejak tahun 1978 lagi.
Bapa saudara Khairuddin, allahyarham Sulaiman Palestin mencabar jawatan presiden Umno yang disandang perdana menteri pada masa itu, Tun Hussein Onn.
Walaupun Hussein Onn berjaya mempertahankan kerusinya, ia melemahkan pengaruh beliau dalam Umno dan beliau kemudian digantikan oleh Mahathir.
Menurut Khairuddin, walaupun Sulaiman Palestin adalah seorang kawan kepada Mahathir, tindakan Sulaiman mencabar Hussein Onn pada masa itu dimarahi oleh Mahathir.
"Beliau tegur Sulaiman Palestin kerana baginya tidak sesuai untuk Sulaiman Palestin mencabar presiden Umno pada masa itu.
"Tun Hussein Onn mendapat 750 undi - saya masih ingat kerana saya hadir persidangan Umno pada masa itu.
"Sulaiman Palestin tanpa berkempen mendapat 250 undi. Seperempat daripada undi presiden Umno dan perdana menteri Malaysia.
"Itu sekali lagi menyebabkan satu kejutan yang besar kepada ahli-ahli Umno dan juga masyarakat pada masa itu," katanya.
Mengulas laporan polisnya terhadap 1MDB, Khairuddin kini menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasatnya.
Namun, dengan penuh berteka-teki, Khairuddin menegaskan bahawa permainan di antaranya dan 1MDB 'belum lagi berakhir'.
"Kepada 1MDB, saya ingin terangkan secara jelas, permainan belum lagi berakhir, perjalanannya masih panjang.
"Jika benar ada unsur rasuah dalam 1MDB, saya berikrar kepada orang ramai, saya akan pikul tanggungjawab ini tanpa sebarang rasa takut - untuk melawan 1MDB sehingga ke penghujungnya," tegas beliau.
Kini, semua orang ternanti-nanti jika laporan polis Khairuddin yang menyebabkan sejarah kejatuhan ahli politik, bakal berulang dengan watak utama yang berbeza - Najib Razak. MK

Tiada ulasan:
Catat Ulasan