SPECIAL ADS

17 Disember 2014

Mansuhkan JKKK, ia pertubuhan haram – sakmongkol

Datuk-Mohd-Ariff-Sabri-Abdul-Aziz
PETALING JAYA: Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang berfungsi sebagai unit asas dan terkecil perlu dimansuhkan kerana ia merupakan pertubuhan haram.
Ahli Parlimen Raub dari DAP, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz mendakwa ia bukan pertubuhan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) serta tidak mempunyai kuasa eksekutif dan membuat dasar-dasar.
Beliau mendakwa: ”Pengalaman saya dengan JKKK ini sejak saya dalam UMNO lagi. Apakah kedudukan JKKK dari sudut undang-undang? Ia bukan pertubuhan yang berdaftar dengan ROS. Ia bukan parti politik.”
”JKKK hanya sebuah pertubuhan yang diujudkan secara sampingan oleh pejabat daerah untuk membantu pejabat daerah menyampaikan kemajuan kepada rakyat. Ia merupakan saluran menerima dan menyampai maklumat. Itu sahaja,” tulisnya dalam entri terbaru sakmongkol.blogspot.com.
Menurut bekas ADUN Pulau Manis itu, Pengerusi JKKK atau Ketua Kampung dikuasai oleh orang UMNO yang terdiri daripada kalangan yang rendah taraf sosial seperti tukang kebun sekolah, bekas jaga bank, pesara penjawat awam, malah kaki buli kampung.
Mohd Ariff mendakwa, semasa berada dalam UMNO dulu beliau pernah mencadangkan agar JKKK dimansuhkan kerana sering berlaku kekecohan semasa pemilihan Ketua Kampung.
Beliau menambah, Ketua Kampung merupakan jawatan tanpa autoriti kerana tidak berdaftar dengan ROS dan bersifat sampingan serta ”Melarang orang bergerak sana sini bererti melanggar hak asasi warga negara.”
Katanya, bangsa Melayu dan kampung-kampung tidak dapat dibangunkan kerana kepimpinan di peringkat asas ini diketuai oleh samseng, jaga bank, tukang kebun dan barisan pemimpin ” yang paling kurang bakat.”
”Saya bukan hendak merendahkan JKKK – tapi mereka mesti sedar bahawa JKKK tidak ada keujudan daripada segi undang-undang kerana mereka bukan pertubuan berdaftar. JKKK tidak ada kuasa untuk mengagihkan tanah, menentukan siapa dapat bantuan atau tidak,” bidasnya.
Menurut Mohd Ariif, JKKK lebih berperanan memudahkan kerja-kerja pejabat daerah dan sehubungan itu mencadangkan jawatan dan fungsinya diganti oleh penjawat awam kerana ”JKKK bertindak di luar bidang kuasa mereka, ini suatu kesalahan undang-undang.”
Ahli Parlimen Raub itu dipercayai membidas JKKK disebabkan insiden di sebuah kampung di Negeri Sembilan, menyaksikan rombongan politik dipercayai Parti Keadilan Rakyat dilarang menyampaikan bantuan.
Rombongan parti politik terbabit memasuki kampung menyampaikan bantuan tanpa memaklumkan terlebih dahulu sehingga mencetuskan rasa tidak puas hati dan suasana kecoh. FMT

Tiada ulasan: