SPECIAL ADS

11 Disember 2014

Saya jadi MB untuk berkerja, bukan ‘politicking’

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyertai perhimpunan pagi kakitangan awam daerah Hulu Langat di Bangi, pagi ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 12 Disember, 2014.
Menteri Besar Selangor ‎Mohamed Azmin Ali hari ini menyahut seruan Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk menggalas tanggungjawabnya dengan memberi khidmat terbaik kepada rakyat di negeri terkaya itu.
Azmin berkata, beliau yakin apabila melihat sokongan daripada barisan kepimpinan negeri termasuk penjawat awam sejak dilantik menjadi menteri besar Selangor lebih dua bulan lalu.
"Saya ada sokongan penuh penjawat awam sejak 3 bulan lepas, saya berada di sini untuk bekerja," katanya kepada pemberita ‎selepas merasmikan program penjawat awam daerah Hulu Langat bersama menteri besar, di Hulu Selangor hari ini.
Mengulas mengenai titah Sultan Selangor dalam satu temubual khas dengan portal The Star semalam, ‎Azmin mahu tempoh bertenang dalam pentadbirannya dan menggesa "politicking" dihentikan.
"Saya memberitahu secara jelas dan lantang, mari kita bertenang, tidak ada lagi politicking dan mempolitikkan isu," katanya.
‎Dalam tembual khas dengan The Star sempena hari keputeraannya semalam, Sultan Selangor bertitah Azmin dan kepimpinan barunya perlu bekerja lebih keras untuk memberikan khidmat kepada rakyat negeri itu.
Menyifatkan sudah "penat" dengan permainan politik, Sultan Selangor bertitah baginda mahu melihat hasil kepimpinan Azmin mulai sekarang.
"Beta mahu Azmin memberikan khidmat kepada rakyat.
"Rancang dengan baik untuk jangka masa panjang, dapatkan orang yang tepat untuk melaksanakan pelan dan tinggalkan warisan pembangunan yang memberi manfaat kepada rakyat dan generasi akan datang," titah Sultan Sharafuddin seperti dilaporkan The Star semalam.
‎Azmin dilantik menjadi menteri besar Selangor pada 23 September selepas kemelut jawatan tersebut melibatkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan PKR berlangsung selama 6 bulan. TMI

Tiada ulasan: