SPECIAL ADS

30 Disember 2014

0 1 0 2 Awan kumulonimbus penyebab QZ8501 jatuh?

air asia_awan
JAKARTA : Pakar penerbangan Indonesia mendakwa bahawa pesawat AirAsia QZ8501 yang hilang semasa penerbangan Surabaya-Singapura itu telah jatuh setelah melalui awan kumulonimbus.
Alvin Lie memberitahu, sekiranya sesuatu pesawat tersebut memasuki awan kumulonimbus, ia akan naik dengan pantas dalam keadaan yang tidak stabil.
“Dengan kelajuan hampir seperti pesawat tempur serta sayap pesawat itu tidak direka sedemikian menyebabkan sayapnya mudah patah dan musnah.
“Posisi pesawat akan naik di dalam awam kumulonimbus dengan keadaan tidak stabil dan semakin sukar untuk dikendalikan,” katanya kepadadetik.com.
Tambahnya, setelah melepasi awan kumulonimbus, pesawat akan berada dalam keadan tidak stabil, boleh menjunam ke bawah, berpusing-pusing dan mungkin sayapnya telah patah kerana tidak dapat menahan tekanan yang kuat sebelum itu.
Beliau turut mempersoalkan bagaimana pesawat canggih seperti itu boleh memasuki awan kumulonimbus.
“Jika kumulonimbus itu jauh boleh dielakkan dan awan sebesar itu dari jauh juga boleh boleh dilihat,” katanya.
Pesawat Airbus A320-200 telah dilengkapi dengan teknologi canggih termasuk radar cuaca yang terkini dan sehingga kini belum ada jawapan kepada punca pesawat tersebut itu hilang.
Awan kumulonimbus merupakan sejenis awan yang tinggi, padat dan merupakan awan pembentuk hujan dan ribut petir serta cuaca sejuk dan lembap. Ia lazimnya terbentuk pada ketinggian 6,500 kaki hingga 60,000 kaki (2,000 meter – 16,000 meter). FMT

Tiada ulasan: