SPECIAL ADS

30 Disember 2014

QZ8501 diperkirakan terhempas di perairan Pulau Lingga

Riau-Islands-Map
BANGKA: Kapten Kapal Bahari Maju, Fariawan mendakwa melihat sebuah pesawat berwarna merah terbang rendah semasa berlayar dari Batam menuju Pelabuhan Pangkalbalam Pangkalpinang pada pagi Ahad.
Maklumat beliau itu telah menjadi petunjuk kepada pasukan mencari dan menyelamat pesawat QZ8501 walaupun tidak dapat dipastikan sama ada yang dilihatnya itu merupakan kapal terbang terbabit.
Menurut Fariawan, pesawat tersebut terbang rendah di bahagian timur perairan Pulau Lingga, Riau pada sekitar pukul 7.35 – 7.40 pagi (waktu Indonesia Barat).
Lokasi tempat beliau melihat pesawat terbang rendah adalah berhampiran dengan koordinat pesawat terputus hubungan.
“Semasa saya sampai di Pangkalpinang. Saya dengar ada berita itu. Jadi saya membuat perkiraan kemungkinan besar pesawat terhempas bukan di perairan Belitung tetapi di perairan Lingga Kabupaten Riau,” ujarnya, lapor Bangka Pos.
Fariawan memberitahu, beliau selalu berlayar dari Batam menuju Ke Pangkalpinang dari pukul 4 pagi – 8 pagi dan pada kira-kira pukul 7.40 pagi telah ternampak pesawat besar berwarna merah sedang terbang rendah.
“Pada masa itu haluan kapal ialah 130 darjah pada kedudukan 10 batu nautika sebelah timur pulau Lingga, pandangan visual saya dari lambung kiri depan dari sebelah samping kanan kapal kelihatan ada pesawat berwarna merah terbang rendah. Kalau posisi perairan dianggarkan dari Pulau Tujuh sekitar 80 batu nautika, kalau dari Pangkalbalam sekitar 115 batu nautika,” jelasnya.
Fariawan berkata, beliau tidak mengesyaki sesuatu yang buruk pada masa itu dan hanya menyedari ada pesawat yang terputus hubungan sebaik tiba di Pangkalpinang.
“Dari titik putus hubungan terakhir, dari perhitungan jarak visual kelajuan pesawat saat itu, sekitar 700 batu nautika, anggaran saya kalau jatuh ialah 30-40 batu nautika di perairan Pulau Lingga Riau.
”Jika kelajuan angin mencapai kelajuan 20 batu nautika dan kelajuan pesawat 800 batu nautika sejam, maka maksimum kelajuan ialah 768 batu nautika,” jelasnya.
Fariawan memberitahu, berdasarkan keadaan cuaca dan seandaianya QZ8501 terhempas di peraiaran Laut Lingga, beliau menjangkakan pesawat akan hanyut ke Pulau Bangka dan bukan Belitung.
“Kalau melihat ombak dan arus di musim tengkujuh ini, kemungkinan hanyutnya ke pulau Bangka. Satu dua hari ini, kemungkinan besar di perairan Basel,” tambah beliau. – Bangka Pos

Tiada ulasan: