SPECIAL ADS

27 Disember 2014

Kerajaan masih cakap tak serupa bikin

ibrahim ali
PETALING JAYA: Persiden Pribumi Pekasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali menegur kerajaan yang disifatkan sebagai orang yang sudah terhantuk baru tengandah semasa menghadapi bencana banjir yang sedang melanda.
Menurutnya, kerajaan sepatutnya mempunyai simpanan bekalan makanan yang sentiasa ada dan mencukupi pada masa kecemasan seperti banjir.
Beliau berkata, sebelum ini sudah berkali-kali cadangan untuk mengatasi masalah banjir diajukan kepada kerajaan namun langsung tidak diendahkan.
“Saya telah berhujah serta mencadangkan agar bantuan makanan hendaklah disimpan dalam stor di semua tempat yang selalu dilanda banjir.
“Secara peribadi saya mahu cakap, bila dikritik melenting, suruh beri cadangan membina. Bila beri cadangan tidak diambil kisah dan tidak dipandang pun,” katanya dalam satu kenyataan.
Tegasnya, kerajaan masih mengamalkan sikap ‘cakap tak serupa bikin’, apabila setiap cadangan yang diberi hanya sekadar didengar tanpa tindakan susulan.
Menurut Ibrahim, beliau pernah memberikan cadangan semasa menjadi anggota Dewan Rakyat ketika membahaskan Belanjawan Peringkat Jawatankuasa Majlis Keselamatan Negara.
“Jika awal makanan disimpan di tempat-tempat yang dikenal pasti berisiko tinggi, tidaklah kelam kabut dan ramai yang tidak kebuluran atau minum air hujan,” katanya.
Sebelum ini media melaporkan, kebanyakan kawasan yang mengalami banjir di Kelantan terputus bekalan makanan selain elektrik dan air sejak 6 hari lepas kerana bantuan tidak dapat disalurkan, kata Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.
Beliau berkata bantuan sukar disalurkan berikutan semua jalan masuk ke daerah berkenaan dinaiki air menyebabkan ia terputus hubungan manakala helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan polis juga tidak dapat melakukan penerbangan berikutan kedudukan awan terlalu rendah. FMT

Tiada ulasan: