SPECIAL ADS

24 Disember 2014

Obama dan Najib berseronok main golf di Hawaii

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kelihatan menghabiskan masa bersama bermain golf di Hawaii. – Gambar Reuters 25 Disember, 2014.
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menghabiskan cuti Krismas di Hawaii ditemani rakan-rakan dan keluarga bermain golf serta beristirehat. Namun, bersama beliau di lapangan golf adalah tetamu mengejutkan, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak.
The Washington Post melaporkan hari ini, Najib antara empat orang termasuk Joe Paulsen dan Mike Brush, bermain golf bersama Obama di pengkalan Marine Corps, Kanehoe Bay.
Obama pada April lalu menjadi presiden Amerika dalam tempoh 50 tahun yang melawat Malaysia.
Bagaimanapun, pentadbiran Najib kebelakangan ini dikritik hebat kerana menekan lawannya dengan menggunakan Akta Hasutan, antara yang menjadi mangsa termasuk pemimpin pembangkang dan ahli akademik.
Media Amerika juga mengkritik Obama kerana tidak menyatakan pendiriannya keatas Putrajaya susulan penggunaan akta penjajah tersebut.
Najib ketika ini sedang bercuti ke Hawaii dan ketiadaan beliau dalam negara juga menimbulkan pelbagai reaksi tidak senang, malah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga mengkritik Najib secara terbuka.
Kumpulan pendesak Melayu, Perkasa juga memberi kata dua kepada Najib supaya berhenti banyak menghabiskan masa ke luar negara jika tidak mahu hilang kuasa.
Kejatuhan mata wang ringgit dan harga pasaran minyak dunia yang memberi impak kepada keadaan ekonomi negara juga membimbangkan ramai, bagaimanapun Najib dilihat tidak serius.
Negara juga ketika ini dilanda bencana banjir besar khususnya di pantai timur.
Sementara itu di Hawaii, wartawan dibenarkan masuk di lubang ke-18 untuk membuat liputan ringkas.

Tiada ulasan: