Pemimpin PAS menyambut baik cadangan agar Pakatan Rakyat (PR) mempunyai calon perdana menteri menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang kerana ia perlu jika mahu diterima dengan baik menjelang pilihan raya.
Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli berkata bahawa ia adalah satu cadangan yang wajar dan Pakatan masih mempunyai masa untuk memikirkannya.
"Kami tidak mencapai kata sepakat menjelang pilihan raya umum lepas. Tetapi kami yakin masih ada masa untuk berbuat demikian menjelang pilihan raya umum ke 14 nanti.
"Jika kita mahu mendapatkan imaginasi majoriti rakyat Malaysia, kita mesti mempunyai idola negara,"kata ahli Parlimen Kuala Krai itu.
Ketiadaan calon perdana menteri telah dijadikan isu oleh parti lawan Pakatan yang mendakwa tidak ada kesepakatan di kalangan mereka.
Dr Hatta (tengah dalam gambar, kanan) memberikan reaksi ke atas cadangan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng yang berkata, PR perlu mempunyai calon perdana menteri yang jelas untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
"Dalam PRU14, kita hanya akan menang jika kita ada calon perdana menteri dari PR," katanya.
Bila ditanya reaksi PAS terhadap cadangan DAP tentang isu hudud, Dr Hatta berkata, itu hak DAP.
"Perlu ada pendirian tegas, kerajaan PR di Putrajaya tidak akan melaksanakan undang-undang hudud. Itu mesti jelas sama sekali.
"Saya menyeru semua pemimpin PR menyatukan kuasa propgresif untuk mengalahkan Umno," kata Lim Guan Eng.
Dr Hatta juga menolak dakwaan PAS tidak memberikan layanan yang baik kepada DAP apabila hanya menghantar seorang sahaja pemimpin ke perhimpunan itu, berbanding PKR yang menghantar presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah dan timbalan yang juga menteri besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.
"Semua pemimpin PAS menyertai mesyuarat Jawatankuasa Pusat hari ini. Saya juga patut menyertainya. Tetapi saya telah diminta mewakili seluruh pemimpin PAS," katanya.
Semasa Muktamar PAS Julai lalu, DAP juga hanya menghantar seorang pemimpinnya iaitu Liew Chin Tong. TMI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan