10 Jan : Rakyat Malaysia perlu mengambil serius terhadap pendedahan pakar ekonomi bahawa semakin ramai rakyat negara ini akan bankrap ekoran kos sara hidup meningkat.
Bekas Timbalan Pengarah Bank Negara, Dr Rosli Yaakop (gambar)berkata, terdapat tiga item perbelanjaan besar yang ditanggung oleh rakyat negara ini iaitu pinjaman perumahan, kenderaan dan kad kredit.
Dengan itu, katanya sebahagian besar pendapatan individu tiap-tiap bulan digunakan untuk membayar pinjaman tersebut menyebabkan sedikit sahaja daripada pendapatan mereka digunakan untuk perbelanjaan harian yang lain.
Keadaan ini ditambah pula dengan kadar inflasi dan kos sara hidup meningkat, jelasnya ramai individu dan peminjam akan semakin terhimpit membawa kepada ketidakmampuan mereka membayar hutang.
"Tidak dinafikan akan bertambah ramai rakyat negara ini bankrap sekiranya tidak ada tanda-tanda pendapatan mereka akan bertambah.
"Harga barang meningkat khsusnya selepas penarikan subsidi minyak, gula dan tarif eletrik, kos hidup rakyat meningkat ditambah pula komitmen membayar hutang," katanya kepada Harakahdaily.
Tambahnya, jika keberhutangan ini diukur dengan nisbah jumlah hutang dengan KDNK pada masa ini iaitu 85% adalah situasi yang tinggi berbanding di kalangan negara-negara Asean.
"Bermakna kita sama ada kerajaan, sektor korporat atau individu bekerja yang berbelanja lebih besar daripada pendapatan akan menyebabkan kita terpaksa berhutang," katanya.
Bahkan katanya, bukan sahaja rakyat negara ini terjebak dengan situasi keberhutangan yang tinggi, malangnya kerajaan dan sektor perniagaan korporat pun turut sama.
"Nampaknya, negara kita dalam keadaan 'tidak menentu' kerana disebabkan fenomena berhutang ini," katanya.
Justeru bagi mengelakkan lebih ramai rakyat negara ini bankrap, Rosli mendesak kerajaan agar subsidi gula dan petrol disemak semula dan membatalkan pelaksanaan GST nanti.
Di samping itu, katanya Bank Negara pula hendaklah mengenakan syarat ketat dalam penggunaan kad kredit bagi mengelakkan rakyat terjebak dengan hutang dan kebankrapan.
Terkini, Ketua Ekonomi Dr Yeah Kim Leng RAM Holdings mendedahkan bilangan rakyat negara ini akan terus bankrup berikutan langkah rasionalisasi subsidi kerajaan untuk menangani defisit bajet.
"Kami menjangkakan bilangan tunggakan meningkat, terutama di kalangan pekerja muda dalam sektor swasta yang mempunyai akses kepada kredit yang berlebihan melalui kad kredit dan pinjaman peribadi , tetapi tidak mencukupibahawa ia akan menjadi setara dengan gaya hidup mereka.
"Persoalannya ialah , dengan berapa banyak, dan itu adalah sebahagian yang membimbangkan," katanya dipetik .
Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Pengurusan Kredit dan Kaunseling (AKPK) Koid Swee Lian berkata di Malaysia, hanya kira-kira separuh daripada pemegang kad kredit membayar jumlah minimum yang diperlukan sebanyak 5% daripada jumlah yang terhutang kepada bank setiap bulan, manakala di Jepun dan Korea, ia adalah 89% dan 87 masing-masing. HD

Tiada ulasan:
Catat Ulasan