Penasihat ekonomi Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK)
Dr Rosli Yaakob berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat agung perwakilan khas KPF pada 27 Oktober lalu.
Katanya, KPF hanya dibayar RM2.2 bilion (RM19.61 sesaham) untuk menjual kepentingannya tetapi Felda dibayar RM5.6 bilion (RM52.1 sesaham) untuk 49 peratus kepentingan.
"Sekiranya dibayar pada harga yang sama (RM52.1 sesaham), KPF sepatutnya dibayar RM6.3 bilion, bermakna KPF dikurang bayar sebanyak RM4.1 bilion.
"Ini bermakna KPF dibayar hanya 37.6 peratus daripada nilai munasabah 51 peratus kepentingan dalam FHB.
"Kenapakah harta yang sama dari segala aspeknya tetapi harga amat jauh berbeza?" soalnya dalam sidang media hari ini.
Dr Rosli juga berkata, jumlah RM2.2 bilion harga paling murah jika dibandingkan dengan penilaian empat firma penyelidikan.
Katanya, TA Securities, Kenanga Research, CIMB dan firma perakuanan EY menganggarkan nilainya antara RM2.3 bilion hingga RM4.081 bilion.
"Harga RM2.2 bilion yang diluluskan oleh perwakilan memberi tanggapan bahawa wujud kemungkinan berlakunya konspirasi untuk shortchange KPF," kata Dr Rosli.
Turut hadir dalam sidang media itu Presiden ANAK Mazlan Aliman.
Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi KPF berhubung perkara itu. MK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan