SPECIAL ADS

25 Januari 2014

Inflasi berpunca dari pengurangan subsidi

inflasi
25 Jan : Tindakan kerajaan menarik sebahagian subsidi kepada rakyat dikenalpasti punca meningkatnya inflasi, kata ahli panel ekonomi Institut Rakyat, Azrul Azwa Ahmad Tajuddin.
Beliau mengunjurkan inflasi akan naik sekitar 3.5 peratus bagi 9 bulan pertama tahun ini yang diukur berdasarkan indeks harga pengguna (CPI).
“Jika tidak ditangani segera akan menyebabkan kuasa beli rakyat semakin menyusut dan menyebabkan pengguna mengambil sikap berhati-hati,” kata Azrul (gambar) kepada Keadilandaily.
Azrul
Tambahnya ia memberi kesan negatif terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang akhirnya menyebabkan ekonomi negara lembab.
“Berdasarkan peningkatan CPI, saya menjangkakan unjuran tahap inflasi negara pada 2014 sekitar 3-4 peratus, dimana 9 bulan pertama kadar inflasi saya ramalkan akan lebih dari 3.5 peratus.
“Peningkatan ini berpunca dari tindakan kerajaan mengurangkan subsidi terutama berkaitan bahan bakar seperti LPG, petrol dan disel selepas Barisan Nasional menang pada pilihan raya lalu,” katanya.
Kerajaan menurutnya membentangkan belanjawan tidak bertanggungjawab tanpa mempedulikan nasib rakyat walaupun tahu kesan yang bakal ditanggung.
“Semasa membentangkan belanjawan kerajaan harus tahu kesan pengurangan subsidi kepada rakyat.
“Seharusnya ada pelan pemulihan bagi mengatasi masalah berkaitan langkah tersebut seperti (dicadangkan dalam belanjawan (alternatif) Pakatan Rakyat,” jelasnya.

Tiada ulasan: