
Ketua penerangannya Muhammad Zahid Md Arip berkata, untuk tujuan itu, kerjasama kementerian dan agensi kerajaan berkaitan serta pihak swasta diperlukan.
Dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini, PERKASA juga menyarankan jawatankuasa khas kabinet bagi mengkaji kos sara hidup – yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin – melihat juga beberapa bidang lain.
Ia menurut Zahid lagi, termasuklah, kos perkhidmatan telefon mudah alih, caj televisyen berbayar Astro dan bank, bil hospital swasta dan bayaran parkir sekitar Kuala Lumpur.
Sementara itu, PERKASA juga berkata, sudah sampai masanya kerajaan menimbang penubuhan suruhanjaya penetapan harga bagi membendung kenaikan harga yang tidak munasabah.
“Suruhanjaya ini boleh dianggotai oleh wakil-wakil dari segenap lapisan masyarakat,” katanya. MK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan