20 Jan : Jingga13 Malaysia menyelar tindakan “desperado” dan brutaliti Umno yang telah bertindak melakukan demonstrasi di Bandar Sunway, Seberang Jaya, Pulau Pinang dan pusat khidmat masyarakat Adun Machang Bubuk dengan menggunakan sentimen perkauman sempit serta ugutan tentang rusuhan 13 Mei serta bertindak zalim dan ganas memukul dua orang awam yang melalui tempat demonstrasi tersebut.
Jingga13 Malaysia benar-benar hairan apakah kaitan antara “flash mob I Love Kangkung” dengan sentimen rasis yang cuba diapi-apikan oleh Umno sehingga dilihat begitu “desperado” dan tidak normal serta meronta-ronta sehingga mengungkitkan isu perkauman dan sanggup melakukan jenayah.
Andai tindakan “flash mob” dilihat menghina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ekoran mengeluarkan kenyataan yang menjadi jenaka bukan sahaja di dalam negara tetapi di luar negara berkaitan "kangkung sekarang dah turun harga" sebenarnya dilihat lebih menghina dan merendah-rendahkan maruah rakyat yang sedang dicengkam dengan kenaikan kos sara hidup dan kenaikan harga barang ekoran kenaikan berantai oleh kerajaan UmnoBN.
Sedangkan dalam masa yang sama Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor hidup dalam kemewahan luar biasa dengan isu pembelian jet peribadi dan sebagainya.
Tindakan Umno yang tidak terkawal ini ternyata cuba mengalihkan isu serta malu dengan kenyataan Perdana Menteri yang kini digelar sebagai "PM Kangkung" dengan ugutan dan sentimen perkauman dan agama yang ternyata tidak masuk akal dan tidak relevan langsung dengan isu kenaikan kos sara hidup yang melibatkan kenaikan harga barang makan serta perkhidmatan yang dianjurkan Adun Machang Bubuk Lee Khai Loon.
Adakah kerana “flash mob I Love Kangkung” yang dianjurkan oleh Lee adalah seorang berketurunan Cina maka ianya mempunyai kewajaran menaikkan sentimen rasis isu ketuanan Melayu,13 Mei dan turut mengaitkan isu agama, ternyata tindakan Umno adalah tidak profesional, matang, dangkal dan memalukan.
Jingga13 Malaysia mendesak pihak polis mengambil tindakan dan siasatan terhadap risalah yang bersifat rasis dan menghasut orang ramai menghadiri demonstrasi yang menunjukkan seorang lelaki yang membawa senjata parang serta bahasa yang berbau ugutan dan provokasi yang boleh mengugat keharmanian dan keselamatan rakyat.
Jingga13 Malaysia mendesak Umno menghentikan tindakan yang tidak matang tersebut dan bersama-sama membantah kenaikan kos sara hidup yang lebih penting daripada bertindak melakukan provokasi serta mengamali perkauman sempit. TMI
Oleh: Fariz Musa
Oleh: Fariz Musa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan